Saturday, December 28, 2013

Kena HACK ke apa tu?!


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Alhamdulillah akhirnya aku dapat semula akaun Google+ dan Blog aku. Kena hack ke apa tu aku pun tak tahu. Tiba-tiba ja tak dapat login katanya Your password was changed 2 hours ago. Hah? Since when aku tukar pasword entahlah. Sentap juga aku berkali-kali login tak dapat. Siapa tak nangis weh blog kesayangan kena hack. Its okaylah kalau hackers tu tak buat apa-apa tapi dibuatnya kang simpan or post benda yang bukan-bukan dekat blog dan G+, tak ke niaya tu??

Aku terima komen positif dari blogger Hunyeda, terus aku refresh balik link-link yang aku klik masa blogwalking semalam. Teringat aku terklik satu link blog yang tinggalkan jejak melalui Cbox(shoutmix) blog aku. Sepantas kilat bila dapat semula akaun blog terus aku semak balik Cbox shoutmix dan pencarian aku tak sia-sia bila aku terjumpa link blogger tersebut. Apa yang peliknya bila aku klik link blogger ni, jadi macam kat bawah ni...


Aku yang tak tahu apa-apa ni login saja la kan dan bila dah login baru boleh nampak blog dia. Setengah jam sebelum balik kerja tetiba tergerak hati nak cek blog dan masa nak login tu disitulah bermula segalanya. Mak aii! Bukan sahaja password ditukar, recovery email aku pun habis ditukarnya. Amboii hackers, bukan main busuk hati engkau ya? Terima kasihlah aku ucapkan. Macam sajalah blog aku ni blog famous yang kau nak hack-hack bagai kan..

So pesanan aku buat blogger diluar sana tu berhati-hatilah bila blogwalking. Jadikan kisah aku ni sebagai pengajaran buat korang. Jangan main sembarang login saja, ye?! Perhatikan dengan teliti gambar dibawah ni dan ingat perbezaannya :

KIRI : Link yang betul. KANAN : Hackers punya!

P/S : kut-kut ada orang sakit hati dengan mana-mana penulisan sepanjang aku berblog ni, maafkanlah aku. mungkin aku tak sedar silap aku. manusia mana yang tak buat silap kan? nak nak lagi kita, umat akhir zaman ni.

P/S 2 : aku tak salahkan blogger tersebut sebab mungkin dia sendiripun tak tahu link dia mengandungi link hackers sebab itu identiti link aku rahsiakan. tapi jangan pula godek-godek Cbox shoutmix aku ye, aku tak izin haha but yes! i really meant it sebab tak nak la kan masalah lain timbul nanti. ok tutup kes!



with love~rrp.cik itah

28 comments:

  1. wah,bahaya ni.
    lepas ni kena lebih berhati-hati. Tak silap saya petang tadi pun saya ada terbaca sorang blogger kena macam ni. Alhamdulillah,dia dah dapat blog dia balik. And thanks ingatkan. ^-^

    ReplyDelete
  2. Salam.. nasib baik dapat balik. Sekadar bkongsi sbnarnya benda ni tak boleh nak bawa maen2..coz sekali je masuk kat kotak tu IP kita terus tertangkap. Ip ni bahaya jika seorang pakar computer yang dapatnya sebab dye boleh apa saja atau lebih senang mejahanamkan leptop kita jadi heng. Email ibaratkan nyawa dlm internet, IP ibaratkan kad pgenalan... Ini risiko kita semua perlu hadapi..

    ReplyDelete
  3. Wah.. bahayanya....alhamdulillah dpt balik log in ya..boleh jadi panduan utk blogger lain..

    ReplyDelete
  4. ada jugak jumpa blog yang macam tu, ingatkan sengaja jak buat muka depan macam tu. tapi anne tak masukkan email ngn pasword la, anne terus tekan sign in je..

    bahaya betul sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. bikin takut nie org pandai hack2 blog kita..tapi syukurla blog itah dah ok semula

    ReplyDelete
  6. Kejadian sama macam blogger kak aiza, rasanya semalam juga kot. Alahai hacker.. ko dh xde kerja nak buat ke? Langsung x berfaedah, menyusahkan orang je..

    ReplyDelete
  7. thanks wat entry nih . kena lah berjaga - jaga lepas ni . sya punya google+ mmg dah kena hack dgn cinabeng hongkong weh !

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah ^_^ naseb baik blog tak apa-apa

    ReplyDelete
  9. tq share itah^^lepasni memang kena berhati2..huhu...

    ReplyDelete
  10. Fuh nasib baik dapat balik blog kan...

    ReplyDelete
  11. akak pun kena juga adik.. alhamdulillah dapat reset balik password.. baru akak tahu kepentingan kita bagi nombor telefon ketika mendaftar..

    ReplyDelete
  12. Blog sy pun ada masalh pelik bila dlm list blog yg sy follow ada blog yg saya tak pernah follow.... Blog tu takde button follower pun bila saya nak unfollow.... Blog tu blog tak bagus.... Sakit hati betul sy tak tahu macamana nak buang dpfeed blog tu...

    ReplyDelete
  13. waa bahayanya. :(
    saya pun pnah kena dekat email.
    tp nasib baik, saya boleh trace balik guna email lain and phone number dlm google.
    nasib blog u dah okay.
    thanks for sharing.

    ReplyDelete
  14. alahai ada jugak yg dengki. kesian itah

    ReplyDelete
  15. alahai ada jugak yg dengki. kesian itah

    ReplyDelete
  16. selalu kalau page pelik2 suruh sign in sy abaikan je.. tengok url tu jugak lah.. kalau lain mcm je, abaikan je lah. huhu

    ReplyDelete
  17. salam dear.. hm.. licha pun kena. habis dia pergi tukar pswrd nuffnang, 8 share semua.. geram jgk la sebab ada blogger ni bagitau yg hackers tu publish pasword kita

    ReplyDelete
  18. @Liza Licha laa yke dear? habis tu da dapat ke semua akaun yang da kena hack tu? hmm

    ReplyDelete
  19. Bahaya ni samapi jadi macam tu.. lepas ni Ros pun kena hati2, jgn main klik je...

    ReplyDelete
  20. ee pun pernah kena. jumpa link macam tu. dah log in. lepastu baru tersedar. cepat-cepat tukar password lain. hehehe.

    ReplyDelete
  21. kenapa kerap pula ye hackers ni menyerang....rasanya blogger lain pun ada kena juga T_T

    ReplyDelete
  22. Kenapa tiba2 hackers ni wat hal..eii...xde keje ke..bahaya jugak dorg bleh hack melalui cbox tu..thanks for sharing itah...byk jgak blogger yg kena ni..kena hati2 la pasni...

    ReplyDelete
  23. thanks for sharing this entry..boleh menjadi langkah-langkah berjaga kepada blogger yang lain...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. blogger kak aiza pun kene perkara yg sama.. risaunye...

    ReplyDelete
  25. tak pepasal je kena kan..ada saje yang dengki..ish ish

    ReplyDelete