Monday, December 9, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)




Jumaat minggu lepas aku terpaksa ambil MC kerana demam tapi alhamdulillah aku kini sihat walaupun batuk masih bersisa dan alhamdulillah perjalanan balik kampung hari tu tiada halangan dan dugaan :)

Kenapa aku jadi blogger? Aku mula berblog pada Februari 2011, masih baru dalam dunia blog ni hehe. Mulanya aku tak tahupun blog tu apa benda, macam mana nak handle apa semua. Blog pertama yang aku jejak adalah blog ex-classmate aku masa di PKK, 9ge3nMyworld. Tengok blog dia buat aku tertarik nak ada blog sendiri. Dengan widget-widget yang ada buat aku rasa tak sabar nak creat blog. Ingatkan nak letak widget dalam blog just copy and paste macam copy paste assignment dalam Microsoft Word terus ada, aku tak tahupun fungsi Edit template dan Layout tu semua hahaha boleh dinilai betapa kunonya aku pasal blog ni.

Aku pun tanya la si kawan macam mana nak letak widget comel macam kat blog dia tu nasib la si kawan ni bukan jenis yang kedekut ilmu. Teringin mencuba kelainan pada blog aku try la GOOGLE dan terjumpa tutorial dari tiga orang blogger ni ; Lyssa Faizureen | Tutorial Bina Blog | Tutorial Untuk Blog. Terima kasih kerana menyediakan tutorial yang sangat berguna untuk blogger baru macam aku ni :)

Dari situ bermulalah kehidupan aku sebagai seorang insan yang boleh dikategorikan sebagai seorang blogger hehe tapi dulu semua yang aku tulis totally about my personal life, pelbagai macam kisah yang terjadi dalam hidup aku semuanya aku tulis di blog. BlogKu DiariKu la kiranya haha. Bila usia dah semakin meningkat akupun mula berfikir mungkin aku patut ubah penulisan di blog, malu pula bila orang tahu kisah hidup aku iyalah, semua hal aku kongsi macam dah tak ada rahsia lagi dah, nasib la masa tu aku tak ramai follower.

Lepas dari tu, akupun tendang keluar semua entry-entry lama satupun tak tinggal dan dari situ juga aku mula memasang iklan Nuffnang di blog. Untuk pengetahuan korang aku dah pernah tukar Blog Address aku sebanyak 3 kali. First, llalin.blogspot.com. Second, itahmahdi.blogspot.com and third, ramaramapendek.blogspot.com.

Kenapa aku jadi blogger? Sebab minat yang mendalam. Aku suka mengarang dan menulis sesuatu yang datangnya dari minda ini tanpa perlu aku copy pastekan cerita dan tulisan orang lain. Mungkin idea penulisan aku tak sehebat dan menarik macam blogger lain tapi aku tetap bahagia sebab inilah dunia aku, simple dan tak puitis. Ayat pun kadang macam tak kena hahaha.

Rasanya tu ja kut yang aku nak kongsi dalam segmen ni he he so for those yang join segmen Acik ni, selamat bersegmen all the best and good luck semua :)


with love~rrp.cik itah

32 comments:

  1. semoga sukses sbg blogger yer :)

    ReplyDelete
  2. gud job itah..dah agak lama juga tu itah brblog..

    ReplyDelete
  3. syukur adik dah semakin sihat.. dah lama akak nak tanya apa rahsia nama rama-rama pendek tu? semoga berjaya dalam segmen ini.. :D

    ReplyDelete
  4. susah kan nk menghias2 blog ni bila melibatkan coding2 yg memeningkan..apa2 pn selamat bersegmen itah.. :)

    ReplyDelete
  5. menarik story cik itah.. smoga berjaya ya...

    ReplyDelete
  6. "..tendang keluar semua entry-entry lama satupun tak tinggal.."

    alahai sayangnya cik Itah kalau buang terus..tiadalah kenangan terindah mula2 berblog dulu. ~ hepi blogging.

    ReplyDelete
  7. ooo kira agak lama gak... sekarang dah maju dah...

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah ^_^ terima kasih kerana sudi join segmen acik nie

    ReplyDelete
  9. nice..
    ha..ha.. sama la saya buat blog pun sbab masa tu kawan2 sklas ada blog..mula2 x tertarik pun..lpas lama duk dlm dunia blogging rasa best plak.. rasanya sampai skrg just blog saya yg aktif antara smua blog2 kawan2 skelas saya..

    ReplyDelete
  10. Minat mengarang yer. Ni kat sekolah dulu mesti karangan boleh tulis panjang berjela kan. Hehe

    ReplyDelete
  11. sama la kita . dah 3 kali tukar url ... isi tabung pusat pungutan zakat

    ReplyDelete
  12. selamat bersegmen...best jer baca kisah orang mula2 blog ini...sy pun nak join jugak laa nanti..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. oo.saya nak join segmen ni jugalah

    ReplyDelete
  14. OOO.. GITU RUPANYA CERITANYA..

    SAYA DULU BERBLOG PASAL NAK BUAT PUISI JE.. :)

    ReplyDelete
  15. selamat bersegmen dah teruskan berblogging!^^

    ReplyDelete
  16. Slmt bersegmen cik itah..sya pun mau join ni..:)

    ReplyDelete
  17. haha tendang entri lama keluar tu kelakar..haha..

    dah lama2 baru tau kan camne berblog sebenarnya..

    ReplyDelete
  18. gd luck itah.. cerita pun best nie..

    ReplyDelete
  19. salam..ayu singgah dr segmen yg sama..

    ada masa singgah la ke blog ayu...ayu ada buat segmen juga..tq

    http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  20. wish u luck dik...selamat bersegmen

    ReplyDelete
  21. assalamulaikum.... ekin datang dari segmen yang sama... jemput la singgah ke blog ekin ya...

    http://cikash.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  22. salam gud luck, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    ReplyDelete
  23. Salam singgah bw dari segmen yg sama. Saya dah follow sini ye.. Salam ukhwah & semoga terus sukses.. :)

    http://www.khirkhalid.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete