Friday, February 7, 2014

Jangkitan H1N1 DiKesan Di Kota Kinabalu Sabah


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

GOOGLE

Tujuh individu (dua dewasa termasuk lima kanak-kanak) disahkan positif Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dekat Likas, selasa minggu lalu. Menurut laporan dari Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi, setakat ini keadaan masih terkawal dan pihak mereka juga sudah mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan ia berjangkit. Pengarah Hospital, Dr Tan Bee Hwai pula berkata, pegawai perubatan turut berusaha bagi mengenalpasti sumber yang membawa wabak tersebut.
sumber : BH Online & Pilihan anda

Huish~terdengar pasal berita H1N1 ni jadi tak keruan aku mengalahkan orang yang jatuh cinta huhuhu mana taknya dah kalau akupun tinggal dekat Kota Kinabalu. Simpang malaikat 44, minta dijauhkan dari jangkitan ini. Pesanan aku buat mereka-mereka yang tinggal di KK ni, jagalah kesihatan korang jangan sampai terkena jangkitan.

Sedikit info tentang Influenza A H1N1 :

Tanda-tanda jangkitan ;
  • Demam panas ( 38 *C keatas )
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit badan / sakit kepala
  • Sesak nafas
  • Lemah tubuh badan / selera makan berkurangan
Langkah-langkah kawalan dan perlindungan diri ;
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk.
  • Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang tercemar.
  • Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.
  • Pakai penutup mulut dan hidung (mask) ketika dijangkiti Influenza A (H1N1).
  • Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A (H1N1).
  • Elakkan dari melawat/melancong ke negara‐negara yang dilaporkan mempunyai kes-kes Influenza A (H1N1).
  • Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda‐tanda Influenza A (H1N1).
sumber : Google

with love~rrp.cik itah

34 comments:

  1. alamak yka itah..lama suda ni virus kenyap tiba2 ada dtg balik.bikin takut ehh

    ReplyDelete
  2. Hubby akak kt kk..huhuhu..risau la pulak
    support churp2 itah

    ReplyDelete
  3. virus yg bahaya tue.
    hope stanby awal ler.
    dh boleh bli pnutup mulut tue.
    hope x merebak ler.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...risau nya.Sekrang tempat cik(Sandakan) dah ada 1..semoga di jauhkan lah..

    ReplyDelete
  5. @Cik Puan laa yke? bertambah risau la pulak urmm..sama sama la kita berdoa minta dijauhkan dari wabak ni..amin

    ReplyDelete
  6. dah ada balik ke virus ni..take care cik itah :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cik itah, kena jaga diri tau. banyakkan minum air. pakai mask kalau nak keluar.. bahayanya sekarang T______T

    ReplyDelete
  8. uihh..bahaya..harap2 xmerebak la kan..jaga diri itah!

    ReplyDelete
  9. semalam ada dengar gak berita nie..setelah lama menyepi tetiba muncul balik..apa2 pun nanti cik itah sila laa jaga kesihatan diri yaa..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Gelabah dgr... Akk dah 3 minggu da sesema batuk bagai.... Minta dilindungi....

    ReplyDelete
  11. Gelabah dgr... Akk dah 3 minggu da sesema batuk bagai.... Minta dilindungi....

    ReplyDelete
  12. kena pakai mask. hehe.
    sharing is caring. thank you.

    ReplyDelete
  13. Gelabah gak dgr... Akk da 3 minggu sesema batuk bagai....

    ReplyDelete
  14. Seorang anak k idah pernah suspected H1N1 dulu... pastu dia kuarantin dlm 1 ward... + ramai2... setelah 3 hari duduk hosp... dr pakar datang dan sahkan dia bukan H1N1 dan suruh discaj... cuba pikir dah 3 hari duduk dengan yg lain... kot ada dikalangan tu yg +ve H1N1 camana? x pasal2 jer dari tak ada jadi ada... ermm...

    ReplyDelete
  15. moga virus ni tak merebak terus.bahaya betul

    ReplyDelete
  16. Mintak djauhkan...bahaya ni..kena berdoa banyak-banayk cik ta...

    ReplyDelete
  17. Oh no.. the nightmare is back D:
    May Allah protect us all from the unfortune diseases

    ReplyDelete
  18. virus H1N1 kembali? alahai, takut. Kena berjaga jaga lah ni

    ReplyDelete
  19. ayark.. bahaya ni....dneo baru baik sakit 3 beradik tu...

    ReplyDelete
  20. awat boleh jadi lagu ni..
    cik Itah pun jaga-jaga tau.
    itu langkah-langkah tu betul-betul.
    huhu..

    ReplyDelete
  21. Hmmm.. Masih ada lagi virus ni. Aduii.. Take care!! :)

    ReplyDelete
  22. CIK ITAH AMBILLAH TINDAKAN YANG PATUT UNTUK ELAKAN PENYAKIT NI..

    BERHATI-HATILAH..

    ReplyDelete
  23. bahaya ka . hati hatilah . benda ni tak boleh nak halang .

    ReplyDelete
  24. ada balik virus ni kan.bahaya btol

    ReplyDelete
  25. bagus maklumat ini..
    bleh dijadikan panduan....

    mnabung nervea :)

    ReplyDelete
  26. Bln dpn nk ke sabah,dpt pulak tau ade h1n1..risau pulak

    ReplyDelete