Tuesday, March 4, 2014

Mayat Bayi Ditemui Di IPTA Sepanggar, Kota Kinabalu!


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credit : myMetro
Credit : FACEBOOK

Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di dalam pondok pembuangan sampah di institusi pengajian tinggi awam Jalan Sepanggar, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketika ditemui, mayat bayi cukup sifat tersebut ditinggalkan di atas tong sampah kecil dan disimpan di dalam kotak kasut yang dibaluti dengan plastik hitam. 
Kes masih dalam siasatan.
sumber-myMetro.

Betapa kejamnya aku rasakan manusia yang membuang bayi ni. Kalau betullah kes ni berlaku dekat IPTA tempat aku belajar dulu ianya sungguh memalukan! Nama sahaja pelajar IPTA tapi otak entah letak mana. Baiknya bagi dengan aku bayi tu daripada buang macam tu. Ramai orang yang diluar sana yang menginginkan bayi tersebut.

Mahu membuat silap tetapi tidak mahu menanggung akibatnya. Mengecewakan mak bapak yang bersusah payah menghantar masuk ke IPTA.

Sungguh sedih dan terkilan tengok gambar bayi yang tak berdosa tersebut :(

P/S : selanjutnya insyAllah aku akan update setelah semuanya dipastikan kerana buat masa ini kes masih dalam siasatan. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga sebab kita tak tahu kisah sebenar. Berdoa sajalah semoga orang yang bertanggungjawab tu akan berubah dan menyedari kesilapannya, amin.

with love~rrp.cik itah

46 comments:

  1. ini bukan manusia punya kerja nie,
    binatang punya kerja nie,

    ReplyDelete
  2. @Shark Kay tu la Shark..apa nak jadi dengan remaja sekarang. kejam~sampai sanggup buang bayi sendiri. tak ada hati perut ke dia hmm :(

    ReplyDelete
  3. janganlah kita salahlan perempuan tu tetapi lelaki yang membuat kepadanya...soalnya sekarang nie didikan agama kurang didedahkan...malah generasi sekarang bila diajar berlagak walaupun belum cukup ilmu di dada...apapun ambil iktibar untuk kita

    ReplyDelete
  4. janganlah kita salahlan perempuan tu tetapi lelaki yang membuat kepadanya...soalnya sekarang nie didikan agama kurang didedahkan...malah generasi sekarang bila diajar berlagak walaupun belum cukup ilmu di dada...apapun ambil iktibar untuk kita

    ReplyDelete
  5. sangat tak berperikemanusiaan..alangkah baiknya kalau letak ja baby tu kat rumah kebajikan drpd d buang mcm sampah..adehh

    ReplyDelete
  6. @Kancil 8349 perempuan mahupun lelaki dua-dua bertanggungjawab dalam hal ini. kita sudah diberikan pilihan cuma terkadang kita tersalah membuat pilihan :) kita ambik iktibar sajalah untuk diri sendiri kan :)

    ReplyDelete
  7. @Asha Lya itula tu dear..aku pun terkilan dan sedih :( kesian bayi tuu..

    ReplyDelete
  8. apa nak jadi la dengan manusia zaman sekarang.. macam dah kembali ke zaman jahiliyah.. :(

    ReplyDelete
  9. Sudah la buat dosa... ditambah buat dosa lagi dengan membuang bayi tu.. Nauzubillah... jawab la nanti diakhirat sana...

    ReplyDelete
  10. terus-terusan membuat dosa...Nauzubilahminzalik...apa sudah jadi lah..berfikiran singka betul..

    ReplyDelete
  11. uiks...pelakuan dah serupa macam bintang dah...belajar tinggi2 tapi tak ada belas kasihan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. SANGAT KEJAM DAN TIADA ERTI KEMANUSIAAN..

    ReplyDelete
  13. sedih..kenapa buat baby gitu??

    ReplyDelete
  14. bila dh hangat bercinta pandai setinggi mana pon xkan nak igt apa dh .. yg tau hnya seronok ja

    ReplyDelete
  15. Ya Allah sedihnya sampai hati :(

    ReplyDelete
  16. Ya Allah ngerinya...siapalha yang nakal sangat tu...Hmm..Isi tabung ita..

    ReplyDelete
  17. orang yg buat ni, hidup takkan aman.. hurmm.. semoga dia diberi hidayah oleh Allah.. ):

    ReplyDelete
  18. siapalah yang tergamak buat macam tu..memang kejam

    ReplyDelete
  19. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  20. IPTA di jalan sepanggar. ini bukan UMS. tp msti org akn fikir ums. ipta di sepanggar ada 3. ums,uitm n politeknik. kejam !

    ReplyDelete
  21. balasan utk si pembuang bayi tu tetap ada ...

    ReplyDelete
  22. @Anonymous ramai yang kata ini dekat perumahan staf PKK ..kuaters..tak tahu la pulak kebenarannya hihi

    ReplyDelete
  23. ya allah, sampai hati nye lah.. huhu..

    ReplyDelete
  24. astaghfirullahalaziim..
    cuma terfikir pasal bayi tu.. macamana rasa sakitnya mati oleh ibu sendiri :'(

    ReplyDelete
  25. Ya Allah..kesiannya baby dibuang macam tu..masih ada manusia kejam macam ni

    ReplyDelete
  26. kejamnya sanggup buang bayi,nauzubillah minzalik..

    ReplyDelete
  27. Ya Allah..binatang pun syg anak ok..kenapa manusia yg Allah bg Akal dan fikiran xboleh fikir.. :(

    ReplyDelete
  28. ya allah knapa dibuang.. erm.. sedih bila baca..

    ReplyDelete
  29. Subhanallah...! Apa nak jadi la dengan manusia skrg nie... macam dah takder rasa peri kemanusiaan lagi dah... :(

    ReplyDelete
  30. Dunia kembali kepada zaman jahiliah antara tanda-tanda akhir zaman.

    ReplyDelete
  31. Manusia..mengaku manusia tapi hati dah serupa binatang...

    ReplyDelete
  32. kejamnya manusia yang buat macam ni...sakit jiwa nak tengok

    ReplyDelete
  33. ya allah.kejamnyer.tak mampu nak tgk gambar baby tu.

    ReplyDelete
  34. allahuakbar... mengapa jadi begini..

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum itah. Allahurabbi. Masyallah. Keji betul buang baby.. bagi kat orang yang memerlukan lah. sedihnya, anak syurga diperlakukan sebegini Y________Y

    ReplyDelete
  36. masyaALLAH ..

    sys meh la join ni http://adindaevangelistanil.blogspot.com/2014/03/segmen-rm100-x-2-daily-ahmad-by-nil.html

    ReplyDelete
  37. sedihnye ngk baby kene buang cm tu... tak berperikemanusiaan langsung...

    ReplyDelete
  38. sangat kejam! xnak baby tuu bagi la orang ! ni tak pegi buang. ape jenis manusia laa ><

    ReplyDelete
  39. sudah lebih 50 tahun kita merdeka. Tapi masih ada yang belum merdeka
    Tergamak buat perkara seperti ini

    ReplyDelete