Friday, May 9, 2014

Wanita Bunuh Diri Di Center Point KK ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Wanita Bunuh Diri Di Centre Point KK. Info yang diperoleh dari teksi murah kota kinabalu, seorang wanita berusia 20-an berasal dari Bongawan terjun dari tingkat enam pusat membeli belah Centre Point (CP) Kota Kinabalu kira-kira jam 12.30 pagi tadi. Punca kejadian masih belum diketahui dan kes masih dalam siasatan.

Agak mengejutkan berita ni. Ada yang mengatakan ianya melibatkan kes cinta namun sejauh mana kebenarannya akupun tidak tahu. Apapun salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga dosa-dosanya diampuni dan semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman, amin.

Nasihat aku kepada Adam & Hawa diluar sana, seteruk manapun anda rasa down dengan sesuatu perkara itu, bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Kita semua ada agama dan pegangan masing-masing, agamapun melarang kita daripada membuat perkara sebegini. Sayangilah nyawa anda.

credit to : teksi murah kota kinabalu
credit to : Ni Kali Lah

28 comments:

  1. makin menjadi2 pulak kejadian bunuh diri ni..Allahuakbar..minta kita dijauhkan dari pemikiran macam ni..
    kenapa perlu bunuh diri? cinta? aduhai...

    ReplyDelete
  2. astagfirullah....kenapalah ikut emosi sangat..ermmmm...semoga di ampun semua dosa2 beliau.

    ReplyDelete
  3. nauzubillah...mintak dijauhkan dari anak cucu dan generasi kita dari perkara2 macam ini...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...kesiannya... :'( kita xtau apa yg dia fikir..semoga kita dijauhkan dan dilindungi dr perkara mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...mati itu seksa..tapi mati dgn cara sebegini lagi seksa

    ReplyDelete
  6. Ya Allah kenapalah jadi macam ni..Moga allah mengampuni dosa-dosa dia..Speechless baca notes dia tu..

    Isi dua tabung untuk Ita..

    ReplyDelete
  7. Inalillah..knp la plak sapai nak bunuh2 diri..mesti rohnya tengah berlega2 kat situ

    ReplyDelete
  8. haritu pun kat tempat sy ada gadis terjun bunuh diri gak...aish...

    ReplyDelete
  9. rasanya ni bukan kali pertama di cp kan. ohh poor girl.

    ReplyDelete
  10. arwah da slmat dkbumikn d kg kelanahan papar sblm asar... al fatihah kpd fmlynya. cntik owg nya.. salm takziah dr sy n fmly kpd sdara kmi ini.

    ReplyDelete
  11. Allah.! Kenapa sesetengah org suka ambik jalan yg mudah.

    ReplyDelete
  12. seriously mmmg scary abes..kenapalah x fikir panjang..hmm..

    ReplyDelete
  13. Cuba pkir dgn logik,,mgkin ini kes bunuh,,sdngkan facbook skrg ne Blum tntu dia yg taip tu pkatan..

    ReplyDelete
  14. adoi la...kat hospital tu ramai yg berjuang nk teruskan hidup.yg ini pegi bunuh diri.bg adik2 yg bercinta..pesan akak jg diri dan hati baik2.jgn bunuh diri dan jgn hamil sebelum nikah

    ReplyDelete
  15. makin banyak pulak kes bunuh diri terjun bangunan ni..ngeri tengok

    ReplyDelete
  16. kenapa lah dia x memikirkan perasaan hati ibu yang mengandung , melahirkan dan membesarkan dia ...

    ReplyDelete
  17. Inna lillah hiwainnalliilsh hi rojiun, ya allah..salam takziah buat keluarga mangsa

    ReplyDelete
  18. macam ramailah ndak mahu datang ke sana....generasi sekarang terlalu cetek pemikiran (tidak semua..:)

    ReplyDelete
  19. sorry sebab sy tag anda. kekeke.. sini : http://isyapurple.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

    ReplyDelete
  20. ne lah cik risau adik2 zaman sekarang ne...suka membuat keputusan yang singkat tanpa fikir perasaan mama bapa...nauzubilah minzalik..semoga kita dan famly kita di jauhkan lah dri prkara2 mcm ne

    ReplyDelete
  21. ya Allah! jauh lagi terpesong tu lari dari masalah dengan bunuh diri. ish ish! apa2pun takziah buat ahli keluarga arwah.

    ReplyDelete
  22. org islam kenapa buat macam ni ,, ya ampun...

    ReplyDelete
  23. astagfirullah al azim.. semoga arwah diampuni oleh Allah swt :(

    ReplyDelete
  24. sayangnya kalau benar dikatan sebab cinta..ai cinta dgn nyawa mana lg bsar nilainya..fikirkanlah..klikx2

    ReplyDelete
  25. uiks....aritu waktu kat sabah tempat tinggal saya dekat2 ngan area centre point nie..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  26. hai la dunia., mati bunuh diri tmpatnye dah pasti takkn dapat ke syurga

    ReplyDelete
  27. sanggup yea diorg ni.harap2 tak ada la kejadian mcm tu lagi

    ReplyDelete
  28. takutnya.. hidup nie hanya sekali jer.. hargai nyawa yg ada pada kita..

    ReplyDelete