Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Sekadar Muhasabah Diri | Buat Hubungan Dengan Suami Orang??
Terlebih dahulu aku nak minta maaf kepada Mrs Anonymous yang hantar email kat aku sebab tulis entri pasal ni. Tiada niat untuk memalukan, hanya sekadar berkongsi untuk renungan para suami dan untuk kaum Hawa sendiri. Jangan risau nama Mrs Anon takkan aku mention dalam entri ini. Yes. Aku belum berkahwin dan belum merasa perasaan menjadi seorang isteri tapi at least aku dapat memahami perasaan seorang wanita dan aku faham perasaan anda.Untuk pencerahan Mrs Anonymous, segala apa yang anda tanya tu, itu bukan identiti aku. Aku bukan seorang pensyarah, aku bukan bekas pelajar UKM dan aku tak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana suami, tunang ataupun kekasih orang lain. Soal nama yang sama tu, aku rasa ramai kut orang nama Itah. Nak tahu identiti aku boleh klik SINI untuk kepastian.
Nasihat aku untuk para suami ;
Kalau rasa masih boleh teruskan dengan isteri tolonglah ceriakan semula untuk hubungan yang terasa pudar atau perasaan yang makin hilang tu. Selagi mampu setialah dengan isteri. Kalau rasa betul-betul nak kahwin lain apa salahnya jika terus berbincang dengan isteri?
Jangan seksa jiwa isteri sampai nak kena siasat apa semua. Jangan buat hubungan dibelakang isteri tanpa dia tahu. Tak baik ok. Tak kesian ke dengan isteri? Sedangkan dulu..kaulah permata, kaulah intan payung, kaulah segalanya. So? Fix it then! Ingat balik susah senang yang pernah anda dan isteri lalui dulu. Saat-saat manis bersama
Untuk kaum hawa ;
Seperti aku nasihatkan dalam gambar diatas, selagi boleh dielakkan tolonglah elakkan. Jangan jadi orang ketiga dalam perhubungan orang lain. Kalau betul-betul nak jugak, sebelum buat keputusan nak jadi orang ketiga..bayangkan dulu jika anda berasa ditempat si isteri. Apakah perasaan anda? Bagaimana anda menghadapinya?? Kuatkah?? Tabahkah?? Sabarkah?? Tepuk dada tanya hati!
Untuk kita semua ;
Jangan lupa, setiap yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Jika itu kemahuan Nya maka akan berlakulah ia. Namun jangan pernah lupa, bukankah ada disebutkan dalam Surah Ar-Ra'd ayat :11
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka"
Sesuatu itu sebelum terjadi kita boleh elak, kita masih boleh elak. Macam mana nak elak? Jawapannya terletak pada pilihan yang kita buat. So sebelum membuat pilihan fikirlah secara waras. Lihat dengan hati, tapis dengan akal.... SEKIAN.
Entri ini hanya sekadar pendapat peribadi so jika ada tersilap atau terkurang, silalah tegur ok. Salam kosong-kosong :)
with love~rrp.cik itah
agk nyer ramai sgt nama itah kt laman sosial ni tu yg dia main tembak je ;-)
ReplyDeletesalah faham rupanya. hehe. itulah pentingnya setia berbanding sweet :)
ReplyDeletesetuju dgn Itah... kalau boleh elak, cubalah elakkan...
ReplyDelete@Khai♥Rin : anies entahla..yg peliknya mana dia dapat email sy..sy tanya..tak berjawab pulak..
ReplyDeletesentap jugak sy dia nasihat bgitu..terkejut!
@budak betul tu
ReplyDelete@Siti Aisya Ibrahim elak seboleh yg mungkin kan?..
ReplyDeleteteringat mak saya pesan..suka macam mana pun jangan dgn suami org..banyak lg yg bujang..kita bt perasaan wanita lain terluka..satu hari nanti mungkin kita pulak akan terluka..
ReplyDeleteSepatutnya pasangan suami&Isteri tahu tanggungjawab msing2..InshaaAllah semua akan Baik2..
ReplyDeleteBuat yang bergelar isteri... jangan cari masalah... dan jangan create masalah tu... sebolehnya elakkan diri dari skandal2 yang menyusahkan kita kemudian hari... huhuhu... pesanan untuk diri sendiri juga... :D
ReplyDeletesetuju kak.. menakotkan laaa.. tak pasal2 lukakn aty org.. smoga dijauhkan laa :)
ReplyDeleteKita berusaha menghindar dari keadaan yang menyakiti wanita lain, tapi ada juga wanita yang menjadi begitu disebabkan diri mereka dilakukan begitu.. urmm.. tepuk dada tanyalah IMAN
ReplyDeleteHehehe...macam mana boleh salah orang lak..:-)
ReplyDeleteapa lah,,.. macam-macam hal dorang ni..
ReplyDeleteMenggunakan kepercayaan yg diberikan serta memberi kepercayaan adalah nilai yg besar dlm perhubungan rumahtangga.. berkawan biar berjuta, berkasih satu jelah.. :)
ReplyDeletebukanlah satu benda yang seronok jadi orang ke-3. lain laa.. seseorang tuu dah takde perasaan malu. kalau si suami rasa yakin untuk tambah pintu yang kedua, bincanglah elok elok. perit oo.. bila sembunyik sembunyik ni. tapi kan kak... remy tak kawen lagi kan? hehehe
ReplyDeletehuhu..sentap..sbb timm pun brkwan dgn suami org..
ReplyDeletep/S: kwan je tau..hehe..sja nk buat suspense kt cik itah..hehe..lma xblogwalking sini..
selisih la... xmau jatuh cinta dengan suami org... kesian si isterinye.. elak sebaik mungkin... mungkin sengaja dia nasihat cik itah kot.. :)
ReplyDeleteHmm..boleh bayangkan kalau kita kat tempat Ita..apa-apa pun nasihat Ita tu memang betul...
ReplyDeletedah byk kali jugak telinga dgr cerita org sekeliling ada affair dgn laki org ni. hmm.. yg seksanya perempuan, laki pulak hati berbunga2.. geram je.. huhu
ReplyDeleteErmm anggap itu satu teguran yg baik.. Klau kita tak lakukan.. Jadi abaikan.. Mungkin dia salah org
ReplyDeleteelakkan sedaya yg mampu dan sekudrat yg terdaya. Namun, jika itu adalah ketentuan dan kehendak-Nya.. Kita terpaksa..
ReplyDeleteErm.. Sabar ye cik itah.. Mngkin ada hikmahnya jgk email tu tersalah hntar kan. Bukan apa, kalau bkn krna email tu, awk pun x buat entry peringatan cmni kn.. Fkir positif. Sebab kita x buat pun kan.. :)
ReplyDeletesetuju.kalau blh elak, sila la elak kan.kalau dah jodoh nak buat mcm mana kan.
ReplyDeletemacam mana boleh terhanta pada akak agaknya...
ReplyDeleteselagi boleh elak, tolonglah elak...
Amboi! Mcm tu sekali ya? Mmm, lelaki. Bukan sbb sy kontra dgn lelaki tapi perangai yang mcm ni. Entahlah. Susah nak komen.
ReplyDeleteApapun, terima kasih sbb drop by n tglkan komen kt blog sy.
alamak, dia salah orang pulak ya.. tp nasib baik dia tanya cara baikkan? huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum itah. sheila paham.. sedangkan waktu bercinta dulu kalau tahu pakwe ada skandal pun mengamuk macam gila. inikan pula pasangan hidup kita.. hmm
ReplyDeletebetul tue..selagi boleh elak tue elak la.. tak semua perempuan/isteri yg boleh terima orang ketiga dalam rumahtangga kan..=D
ReplyDeleteehh..cik Itah pulak yg kena..kasihan kepada mereka yg jadi mangsa kan..so lelaki di laur sana sayangi isteri kalian hingga ke akhir hayat
ReplyDeletekesian mrs anon tu. sampai kena stalk dan beranikan diri utk siasat.
ReplyDeletesaya tak tahu nak komen apa isu ini.
ReplyDeleteHmmm kena pandai jaga diri. :)
be yourself ok
ReplyDelete