Thursday, January 21, 2016

Kerana Terkunci Tombol Pintu Melayang RM30!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai buat semua blogger :)

tombol pintu
sumber gambar : Blog AzmanHayaty

Hanya kerana terkunci tombol pintu melayang RM30!

Terjadi pada hari kedua aku bekerja di tempat kerja baharu. Gila punya gusar aku hari tu bila office-boy kata semua kunci ada di dalam. Memang kebiasaannya diorang tak kunci pun bilik staff. Sudahlah pagi tu bos ada meeting pukul sepuluh! Gila.

Hampir 30 minit aku dengan Jasrin mencuba pelbagai cara untuk buka tombol. Pakai kad, gunting, semua tak berhasil. Tak ada jalan lain aku turun ke bawah jumpa security Menara MAA. Manalah tahu kut-kut ada kunci tapi malangnya takda. Hu hu kecewa tapi nasib baik kebetulan ada budak maintenance dekat situ. Aku ceritalah apa yang terjadi then dia follow aku ke office.

"Takda jalan lain ni, kena rosakkan tombol then ganti dengan tombol baru. Tapi saya caj RM30". Masa tu aku tak fikir sudah pasal duit, terus setuju. Kurang dalam sepuluh minit akhirnya tombol pintu diganti dengan tombol baru. Tak lama lepas tu client bos datang. Fuhh mujurlah bos tak tahu. Aku rasa sampai sekarang bos pun tak tahu pasal tu.

Berbalik dengan budak maintenance tadi sebelum dia pergi masih sempat berpesan "Tapi jangan beritahu management ya pasal ni sebab ini sendiri-sendiri punya" Aku sekadar senyum dan angguk mengiyakan. Untunglah kau. Aku juga yang rugi tak pasal-pasal melayang RM30. Huuu masa tu hebat aku menyumpah seranah dalam hati. Geram dengan diri sendiri!

Pada mereka yang banyak duit tu mungkin RM30 tu sikit ja tapi pada aku orang biasa ni RM30 tu sangat berharga ok. Tambang pergi dan balik ke Kota Belud tu! Pengajaran untuk aku, lain kali jangan cuai!

Sekian dan salam sayang buat semua blogger :)


with love~rrp.cik itah

15 comments:

  1. Ini maksudnya pintu jame lah ni.tak boleh claim kah.?

    ReplyDelete
  2. Byk tu 3orgt blh bli beras 10kilo mkn sebln pun x hbs..brtabah la ita,dugaan kecil tu

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya... next time kena extra careful...

    ReplyDelete
  4. Fuhh dugaan... saya baca pun dapat rasa panik waktu tu... moga tak berlaku lagilah mcm tu..

    ReplyDelete
  5. Seriously panic bab2 pintu tak blh human..
    Nasib baik Cik Itah okay..

    ReplyDelete
  6. Alala.. ada hikmah terjadi macam tu.. lenkali kena hati2.. :)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...

    mselim3 pernah mengalami hal nie.. pintu terkunci daripada dalam..
    Permasalah nie boleh settle.. dengan cara.
    1- Pakai kad bank atau pape kad masukan ikut celah pintu sambil pusing tanpa pecahkan tombol. Nak buat nie memang ada susah sikit.. bergantung pada keadaan pintu kalau pintu baik susah sikit. kalau tak boleh...
    2- Pecahkan ikut tombol .. tanpa rosakkan tombol. Ambil besi padat ketuk di tengah2 tombol dengan sekali ketuk. (ketuk kena betul kuat jangan teragak2... ). Ketuk sambil pusing tombol.

    mselim3

    pls: pengalaman mselim3 pasang tombol nie sangat mudah rosak .. untuk keselamatan setiap rumah buatlah selak pintu...

    ReplyDelete
  8. Akak pun pernah kena.. Tp tombol pintu Rumah.. Masa tu da x pikir apa da.. Amik bata, pecahkan terus tombol.. Berlubang pintu.. Esoknya baru ganti..

    ReplyDelete
  9. kat Czech, sy belajar bawak kunci setiap kali keluar pintu besar. :D pintu utama sini jenis yg terkunci dari luar, majoritinya. :) security katanya.

    ReplyDelete
  10. mahal RM 30...tapi tak apa...kalau terkunci lagi bermasalah...asalkan semuanya dah setel

    ReplyDelete
  11. Cik Itah, nasib tombol pintu jenis tu... Kalau macam ofis lama Zumal tombol satu set pun dah RM120, tu pun pasang sendiri sebab bos yang hilangkan kunci...

    ReplyDelete