You are reading:
Selalu Demam atau Selesma? Kuatkan Antibody Dengan Air Lemon

Selalu Demam atau Selesma? Kuatkan Antibody Dengan Air Lemon

Posted on: Thursday, April 21, 2016

Assalamualaikum..

kebaikan lemon


Selalu Demam atau Selesma? Kuatkan Antibody Dengan Air Lemon | Lemon terkenal dengan pelbagai khasiat diantaranya ialah dapat menguatkan sistem pertahanan tubuh (antibody) dari benda asing seperti bakteria, virus, parasit dan racun yang boleh menyebabkan demam dan selesma. Sifat lemon yang antioksidan dapat mematikan radikal bebas dan mencegah daripada pelbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser.

Nak sihat dan cantik? Ikut cara aku.

Amalkan meminum jus lemon setiap pagi. Sebaiknya selepas bangun tidur tu terus ja minum air lemon tapi kalau nak minum air suam terlebih dahulu pun takpa.  Ambil sehiris dua lemon lepas tu tuang air panas. Tidak perlu perah kerana air panas mampu mengeluarkan jus lemon, kalau perah pahit nanti. Lepas tuang air panas biarkan suam lepas tu minum. Tapi pastikan tiada gula okay. Kalau rasa-rasa tak boleh telan sebab terlebih masam, letaklah sedikit madu untuk mengurangkan rasa masam.

Cara lain, ambil sehiris dua lemon lepas tuang air panas. Bila dah suam campur dengan beberapa hirisan timun dan tiga helai daun pudina. Lepas tu simpan dalam peti sejuk, biarkan semalaman. Esok paginya, bangun terus minum. Rasanya mungkin pelik tapi khasiatnya sangat bagus.

Untuk permulaan, dua atau tiga bulan pertama amalkan pada setiap waktu pagi. Sebaiknya selepas bangun tidur atau sebelum sarapan pagi. Selepas tiga atau empat bulan pengambilan air lemon bolehlah dikurangkan. Minum selang dua hari pun sudah memadai.

Percaya atau tidak selepas mengamalkan minum lemon selama lebih dari tujuh bulan antibody aku makin kuat. Dah tak pernah selesma atau demam walau terkena hujan sekalipun. Masalah resdung pun makin berkurangan. Kalau dulu tak payah cakap, pantang kena hujan dah demam. Kadang dalam sebulan tu dua kali jatuh demam. Bila officemate demam akupun terjangkit sekali. Tapi sekarang, biar satu rumah demam aku jugak yang sihat walafiat hehe. Alhamdulillah biarpun cuaca panas yang melampau sekarang ni, badan masih kuat dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kulit pun semakin cantik, berseri!

Apa kaitan dengan resdung? Resdung tu sebenarnya berpunca dari sejenis bakteria yang tinggal di dalam rongga sinus. Apabila sistem pertahanan tubuh seseorang itu lemah bakteria akan membiak dengan banyak dan ianya menyebabkan masalah resdung. Apabila sistem antibody tubuh kuat bakteria tersebut tidak akan mampu hidup atau membiak di dalam rongga sinus.

Nak cantik dan sihat? Amalkan segelas jus lemon setiap hari :)


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Akak pun amalkan minum air lemon cenggini...segar badan dan antibodi jadi kuat

    ReplyDelete
  2. yui amalkan.. tp cmpur dlm green tea tnpa gula.

    ReplyDelete
  3. betul betul.. lemon byk khasiat. Aina da amal kan minum lemon before breakfast start tahun lepas. =)

    ReplyDelete
  4. Bagus perkongsian cik itah..
    Tapi memang kena istiqamah kan..
    Akak ada buat tapi tak istiqamah..
    Tu yg lemah jer..
    Good sharing 👍👍💪💪

    ReplyDelete
  5. saya rajin jugak minum air lemon...tapi selalu dengan madu...suam2...sedapnya..

    ReplyDelete
  6. Air lemon memg bagus..myah toksin dlm bdn

    ReplyDelete
  7. Baru saya tau info ni... tak susah nak amalkan ni. Thanks sharing Cik Itah... :)

    ReplyDelete
  8. for me yg xsuka mnuman or mknn masam sgt xprefer lemon tp i take vitamin c daily utk antibodi + kulit

    ReplyDelete
  9. sis rebus lemon tu dgn halia dan halba . minum waktu siang . minum sikit-sikit utk detoks dan kempiskan perut ... berbaloi ...

    ReplyDelete
  10. Pernah amalkan tapi perut tak tahan.. sebab asidkan..

    ReplyDelete