Tuesday, May 3, 2016

Ada Sesiapa Yang Tahu Resepi Kerabu Ini?

Assalamualaikum..

Kerabu
Gambar hiasan dari Google. Dikreditkan kepada http://mforum2.cari.com.my


Ada sesiapa yang tahu resepi kerabu ini?


Okay Frankly speaking, aku bukanlah seorang yang pandai memasak. Reti tu reti tapi bukan pro macam orang lain. Nak dijadikan cerita empat bulan lepas aku datang majlis hari jadi ni. Disebabkan rushing nak balik (tetiba ada urgent matter) aku tak sempat nak makan so tuan rumah tapaukan beberapa makanan untuk aku..

Ada satu menu yang buat aku tertarik. Aku rasa ianya Kerabu tapi aku tak tahu kerabu apa dan apa resepinya. Yang aku pasti antara bahan yang digunakan ialah perut lembu, pucuk paku, taugeh, mangga, bunga kantan dan bahan basic (bawang, lada). Macam ada kerisik juga. Macam lah. Bahan lain yang digunakan mungkin ada tapi aku tak tahu. Dia tidak terlalu basah (sampai berkuah). Kering tapi bila makan dia still basah. Ehh? Entah. Aku tak tahu nak explain macam mana hoho

Sejak beberapa bulan ni juga gigih aku google dan sampai sekarang aku tak jumpa resepinya. Kalau boleh aku nak resepinya betul-betul sama macam kerabu yang aku makan tu. Rasanya sedap dan unik.

Aku gigih cari resepi kerabu ni bukan apa. That day aku bawa balik dari majlis hari jadi tu, mak aku suka sangat makan. Dia makan sampai habis. Sebab tu aku nak sangat dapatkan resepi kerabu tu. Kononnya nak buatkan untuk mak aku hehehe (mana tahu boleh buat dia happy heeee).


with love ~ Cik Itah | ramaramapendek