Friday, November 11, 2016

Entri Throwback : Jalan-Jalan Dengan TZ

Assalamualaikum & hi..

Entri throwback bersama TZ, tiga hari di Kota Kinabalu. Cinta jarak jauh kami setahun tak jumpa tapi bila dah jumpa still malu-malu lagi hahaha awkward okay! Maklumlah lama tak jumpa. Selama tiga hari tu kami jalan-jalan sekitar bandar KK ja..Center Point (CP), Compleks Karamunsing, Wisma Merdeka, Suria Sabah, Oceanus, Pantai Teluk Likas dan Signal Hill. Imago terlupa nak pergi hiihi

Antara tempat yang kami kunjungi ialah 3D Fun Art Gallery Oceanus Waterfront Mall. Nak tahu seronok atau tak boleh klik SINI dan SINI.

Apa yang best di Signal Hills? Bestnya boleh tengok view sekitar bandar Kota Kinabalu. Tempatnya menarik dan cantik! Apa yang aku tak boleh lupa apabila terjumpa ular dalam perjalanan menaiki tangga untuk ke Signal Hills. Masa tu redha ja kalau apa-apa terjadi huhu.

Pantai Teluk Likas pun boleh tahan best! Kalau nak santai-santai tengok pantai datanglah ke Teluk Likas. Ramai orang tempatan juga pelancong beriadah ke TL tak kira lah hari-hari bekerja ke hujung minggu. Tetapi kebiasannya hujung minggu memang ramai pengunjung. Ada yang sambut birthday, ber'BBQ' dsbg. FYI, banyak kiosk beroperasi di sepanjang Teluk Likas, ada yang jual makan ringan, jeruk dan macam-macam lagi.

At Nasi Ayam Singapore Restauran, Karamunsing Complex
KKCity view from Signal Hills
tanjung lipat
At Pantai Teluk Likas (also known as Tanjung Lipat)
At Oceanus



with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

12 comments:

  1. So sweet..nak mkn nasi org kawin jgn lupa undang kita taw hihi

    ReplyDelete
  2. Yeah ! saya singgah baca kisah CJJ korang ^^ hehe nice !

    ReplyDelete
  3. Rindu sabah. Cantik pemandangan dr Signal Hills

    ReplyDelete
  4. Saya lom sampai ke teluk likas. Teluk cempedak dah pergi.
    Nanti saya pergi.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. belum pernah sampai yang Signal Hill tu sis..nti lah ke KK, boleh singgah.. best nya jalan2 tu... :)

    ReplyDelete
  6. teringin nak sampai Sabah. especially Kinabalu tu.

    ReplyDelete
  7. sabah memang menarik.. dah lama LeYa tak ke sana... So sweet TZ & Cik Itah

    ReplyDelete