Monday, December 5, 2016

Menitis Airmata Melihat Kesusahan Mereka

Assalamualaikum & hi..

Sumber gambar : SAM Batu Pahat

Menitis airmata melihat kesusahan mereka. Jika kita rasa kita susah jangan lupa ada yang lagi susah daripada kita. Masih ada lagi insan yang hidup dalam kesusahan dan keperitan seperti mereka. Aku tertanya-tanya tidak adakah saudara mara terdekat nenek dan mak cik ini? Sedih.

Sumber gambar : SAM Batu Pahat

Mengikut maklumat yang dikongsikan melalui facebook page SAM Batu Pahat, nenek bersama anaknya ini mempunyai kad pengenalan bererti mereka adalah penduduk tempatan. Jika ada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh direct pm fan page SAM Batu Pahat atau bankin ke akaun SAMBatuPahat, Bank Muamalat 01060003569711 (nenek ini tidak ada akaun bank atau maklumat lain hanya ada IC). Jika ringan hati untuk melawat mereka, lokasi beralamat Di T/L 96 , Parit Makmor , Jalan Parit Karjo , Senggarang , Batu Pahat Johor.

Di bawah ini gambar yang aku screenshot dari video yang dikongsikan oleh SAM Batu Pahat.


Sumber : SAM Batu Pahat


with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

15 comments:

  1. Ya Allah, kita rasa kita sudah cukup susah, tapi ada yang lebih susah dari kita....

    ReplyDelete
  2. tak sanggup tengok lama-lama ... bagaimanalah kalau mak kita di tempat mereka :'(

    ReplyDelete
  3. Betapa kentalnya jiwa mereka
    Sebenarnya jika kita tahu ada tanggungjawab ke atas diri kita terhadap kesusahannya.
    Sedih kakak tengok:(

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..
    Betul-betul menginsafkan..
    Semoga ada yang bermurah hati membantu mereka..

    ReplyDelete
  5. tu la..sebak baca kisah dua beranak nie dekat fb.. tapi katanya JKM dah ambik dah..syukur la..moga hidup mereka lebih baik lepas nie..:(

    ReplyDelete
  6. Walaupun hidup dalam kesusuahan, nenek itu tetap tersenyum.

    ReplyDelete
  7. betul tu cik itah. sedih sngt tngok macam ni. kita kdg tu tak bersyukur dgn apa yg Allah bg. padahal dekat luar sana lagi ramai yg susah.. kita doakan untuk mereka

    ReplyDelete
  8. Kesiannya tengok..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  9. Sedihnyaaaa tengok mereka. Semoga ada orang yang membantu mereka nanti..

    ReplyDelete
  10. Allahu, semoga Allah kuatkan hati org2 tua yg hidup dalam serba kekurangan ni. Dalam kita leka dengan dunia, rupanya masih ramai lagi yang memerlukan bantuan kan? sedihnya!!! 😭

    ReplyDelete
  11. cuma 1 je sy nk tanya... mana pergi org yg bertanggungjawab kat kawasan ni? adakah muncul di kala PRU shj???

    ReplyDelete