Monday, December 19, 2016

Trauma Ke Apa?

Assalamualaikum & hi..


Hi korang! Have a nice monday. Sihat?

Mesti best kan aktiviti hujung minggu korang. Aku stay dekat rumah ja, makan, tengok movie dan tidur haha. Keluar jalan-jalan pergi mall ke memang taklah, itu bukan minat aku. Tengah mencari kawan untuk hiking atau ke pulau sebenarnya ni. Harapnya plan untuk ke Kundasang hujung bulan ni jadi..inshaa Allah.

Aku ni sebenarnya otak ni masih terbawa-bawa dengan kes bunuh di Asia City (Siam Thai Bar) pada 15 haribulan yang lalu yang melibatkan remaja 18 tahun. Trauma ke apa aku ni aku tak tahulah. Aku memang tak nampak kejadian tu depan mata tapi tengok gambar sahajapun dah buat aku trauma sampai susah nak tidur malam. Padahnya everyday aku mengantuk sebab tak cukup tidur..adehh. Lokasi pembunuhan tu sebenarnya adalah laluan kebiasaan aku pergi dan balik kerja dan disebabkan itulah juga aku dah tak berani lalu sana. Bukan apa aku ni anti sebenarnya dengan benda-benda macam tu, aku tak boleh tengok darah darah ni semua lagi-lagi gambar mangsa tersebar luas di internet. Aku cuba jugak cekalkan hati untuk lalu sana tapi memang tak boleh..baru setapak dua kaki melangkah menari-nari gambar mangsa berlumuran darah di kepala aku ni, last-last aku patah balik ikut laluan lain biarpun jauh..huhu


Nasi lemak aku beli dekat Asia City Berdekatan Multi Bake. Sedap!


Thanks for reading!
with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

9 comments:

  1. bkn trauma tp rasanya lbh kepada lgkh berjaga-jaga..tu dok trfkir...

    ReplyDelete
  2. Klau sy memg x branila tgk keadaan ngeri mcm tu, sy lgi ni penakut

    ReplyDelete
  3. Allah... kakak rasa sebeb CI selalu lalu jalan itu
    Mohon ia tak berulang kepada org lain. Sedih dan menakutkan.

    ReplyDelete
  4. semoga cik itah dijauhkan dari benda2 xelok macam ni kan. Amiiinnn

    ReplyDelete
  5. biarlah jauh asalkan selamat....hati hati cik itah...

    ReplyDelete
  6. cik itah mungkin rasa takut dengan kes tu.. sbb tu terfikir. mana tak nya ni kes membunuh. busyra pun ngeri jugak. huhu

    ReplyDelete
  7. Berjaga-jaga lepas ni cik itah.. insyallah semoga cik itah sentiasa dilindungiNya :)

    Bestnya nak pergi Kundasang hujung bulan ni. Siqah plan nak hiking next year. Haha.

    ReplyDelete
  8. wahh bestnya g kundasang..irda pun teringin...nasi lemak tu..td pun irda bekpes nasi lemak

    ReplyDelete