You are reading:
Pengalaman Mencari Kerja Dan Bekerja

Pengalaman Mencari Kerja Dan Bekerja

Posted on: Wednesday, January 25, 2017

Assalamualaikum & hi


Status yang aku muatnaik pada oktober 2016. Niatnya bukan nak meroyan tapi itulah sebenarnya haikat yang perlu diterima. Cari kerja tu mudah tapi nak dapatkan kerja tu bukanlah semudah ABC ditambah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Meh aku ceritakan pengalaman aku mencari kerja dan bekerja selama beberapa tahun ni..

Pengalaman Mencari Kerja Dan Bekerja | Selepas habis SPM aku bekerja dengan sebuah restoran sebagai pelayan restoran tapi tak lama. Lepas tu aku dapat PLKN dan kebetulan selepas ja habis PLKN aku dapat tawaran belajar di Politeknik Kota Kinabalu (intake 2010). Aku habis belajar pada hujung tahun 2012, beberapa bulan selepas tu aku menganggur. Banyak aku apply kerja tapi tu lah. Jangankan dipanggil bekerja, interview pun takda. Keluarga aku pun bukannya kaya, biasa-biasa ja. FYI, aku ni anak petani ja. Aku tak malu mengaku sebab itulah hakikatnya. Nak minta duit dengan mak aku untuk beli barang perempuan aku memang taklah. So aku sanggup bekerja di sebuah gerai sebagai tukang goreng pisang (jalan baru menuju ke Kudat), gaji sehari rm20 tapi tak lama, seminggu ja.

Selepas tu aku kerja pula dekat satu kedai topup area pekan Kota Belud. Kebetulan kedai sebelah ada perkhidmatan wifi tapi aku tak ingat berapa caj sejam (sekarang kedai tu dah tutup), so aku ambik peluang tu untuk mencari kerja di internet. Everyday aku akan apply mana-mana kekosongan kerja yang di iklankan. Ada juga aku dapat interview untuk tadika kemas tapi tak sangkut. Tak lama lepas tu aku dapat interview melalui Jobstreet dekat satu firma guaman ni. Alhamdulillah aku terus diserap masuk. Aku tak jangka pun akan dapat kerja tu sebab yela aku memegang diploma perniagaan. Ada juga yang tertanya macam mana aku boleh kerja guaman sedangkan aku belajar perniagaan? Itulah namanya rezeki.

Setahun aku bekerja akhirnya dengan berat hati aku terpaksa berhenti kerja sebab mak aku sakit dan masa tu juga aku menghadapi masalah kewangan. Aku balik Kota Belud dan jaga mak aku. Tapi tak lama mak aku sihat macam biasa. Aku cuba lagi kerja lain tapi takda jawapan, jangankan kerja pejabat kerja biasa-biasa pun takda. So apa yang aku buat, aku tolong mak aku tanam sayur. Seriously? Yes. Ada juga hasilnya tapi aku tak pernah minta dengan mak. Malu. 

Bila kakak aku yang bekerja di pekan KB beritahu ada kerja kosong area pekan, gembira aku. Terus aku call nombor telefon yang diberi. Aku dipanggil interview dan diterima masuk serta merta. Hampir setahun aku bekerja dekat tempat tu. Nak tahu apa kerja aku? Pembantu kedai takoyaki. Kerja aku masak takoyaki, masak milky tea, buat ice blend. Seronok? Memang seronok sebab kau dapat makan takoyaki free haha. Yang seronoknya sebenarnya bila aku dapat kenal ramai orang dan lihat pelbagai macam ragam manusia.

Aku berhenti kerja untuk gantikan tempat kerja akak aku area S.K Labuan. Tapi sebelum aku berhenti sempat aku hantar resume ke 10 legal firm dan tak sangka aku dipanggil interview oleh dua firm. Interview pertama tiada jawapan. Interview kedua aku terus diterima masuk dan bekerja sehingga kini. Alhamdulillah biarpun memegang jawatan sebagai legal clerk sahaja aku bersyukur sangat sebab aku boleh tambahkan pengalaman aku. Kalau dulu aku bahagian litigation, sekarang aku bahagian conveyancing. At least aku dah ada dua basic tu.

Nasihat aku kepada mereka yang tengah mencari kerja tu. Kau terima ja apa kerja yang ada. Even kau nak kerja pejabat pun tak salah kau kerja biasa-biasa dulu. Kau buang tepi malu tu. Pedulikan apa orang kata, kita tak kacau periuk nasi dia pun. Lagi-lagi bila kau sendiri takda pengalaman. What do u expect? Sekarang ni pengalaman tu sangat penting. Kau belajar tinggi manapun bukan senang nak dapat kerja. Sebab apa? Sebab kena bayar gaji yang tinggi. Jangan pula kau nak dapatkan kerja pejabat sebab nak jadi macam orang lain, bergaya cantik semua. Betulkan niat tu.


thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Comments

  1. yupp.. betul keje sangat2 susah sekarang dgn keadaan ekonomi kita.. mmg buat kita "sakit" untuk dpatkan keje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dengan keadaan ekonomi sekarang ni memang susah nak dapat kerja..

      Delete
  2. Ya Allah baca entri cik itah ni bertambah semangat nak terus2 cari kerjaaa.. busyra pun belum dapat kerja lagi. dari grad bulan 7 haritu. susahnya nak cari kerja. betul cakap cik itah. hntar la berapa banyak resume. last2 satu dua company ja yang panggil interview. itu baru interview belum dapat lagi. ahhaha.. gerammm kalau fikir pasal kerja. tapi apakan daya. kita kena tetap usaha mencari. InshaAllah one day Allah akan bagi jugak. :) doakan busyra ye cik itah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan dear..never giveup tau. teruskan cari. kalau ada rezeki tak kemana. semoga busyra dapat kerja secepatnya..amin

      Delete
  3. Zaman skrg ni memg payah nak cari kja yg btl2 dgn sijil yg kita ada, syukurla apa yg ada jgn memilih sgt kn, mcm sy memg trpksa brhnti kja ikut suami, nasib jauh klau x smpai skrg mungkin,msh kja company yg sama. Itula rezki da d mna2 yg pnting kuatkn usaha, jgn mls hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear..rezeki ada dimana2..jangan berhenti berusaha..

      Delete
  4. Betul tu.. Zaman sekrang orang cari kerja bukan macam zaman dulu kerja cari orang.. Sekarang nie kalau memilih or demand memang nangis bucu katilah jawabnya.. zaman akak pun agak susah untuk dapat kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..apa kerja yg ada tu kita ambik ja sementara menunggu kerja yg kita nak kan..jangan buang masa menunggu ja

      Delete
  5. Sy dulu tak ada 'orang dalam' pun..mungkin rezeki ja dpt kerja dgn gomen, masa tu dpt interview sampai 6 dlm masa setahun..1 ja lepas...rezeki masing2 tu tk sama Tuhan bagi..ada benda yg kita nk tapi lain yg kita dapat..itulh hakikatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org sekeliling sy mostly dapat masuk kerja kerajaan sebab orang dalam. kalau dapat tanpa bantuan orang dalam tu kira lucky la hehe. sy ada kenal seseorang yg kerja dgn kerajaan ni..katanya mostly kerja kosong kerajaan yg diiklankan sebenarnya memang dah ada calon dorg cuma iklankan utk menepati piawaian..

      sy akui juga..rezeki tu ditangan Tuhan hehe..kalau rezeki memang takkan kemana kan :)

      Delete
  6. Baca pengalaman Cik Itah membuatkan saya jadi takut. Entah dapat ke tak saya kerja lepas habis belajar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu takut hehe rezeki masing2.. kalau dah memang rezeki memang takkan kemana. pasti dapat :)

      Delete
  7. Bukan mudah kan nak cari kerja. Sebab tu, kalau dah kerja kena hargai pekerjaan kita tu, jangan disia-siakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy setuju sis..kerja yg kita dapat tu jangan sia siakan. sy dulu impian nak kerja bank tapi sampai sekarang tak sangkut2 haha mungkin da jodoh sy kerja dengan legal firm hehe

      Delete
  8. Alhamdullilah. Berkat usaha cik itah, sekarang dah ada kerja yang baik. Baca pengalaman cik itah mencari kerja, banyak yang perlu dilaKukan. Kadang2 kita tak dapat apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlukan.

    Siqah belajar bidang sains sukan tapi sekarang kerja bank. Jauh sangat berbeza bidang tu. Tapi takpelah. I love my job now :)

    Bab kerja kerajaan, selain drpd "orang dalam", kalau apply guna SPM biasanya lagi senang dapat drpd yang lain.. based on pengalaman adik ipar. Dia apply guna degree bertahun tak dapat, bila guna spm, terus dapat pulak.. hmm rezeki di mana saja kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu siqah..ada baiknya apply guna spm :)

      Delete
  9. Huhuhu memang betul.. sekrg ni susah betul nk dptkan kerja..

    ReplyDelete
  10. tak patut..tak patut..
    skrg ni mmg susah sgt nk crik keje..
    jadi,x salah klu keje dr bawah...

    ReplyDelete
  11. memang payah nak cari keje skang ni. so better fikir masak2 sebelum berhenti.

    ReplyDelete