You are reading:
Bukit Botak, Sepanggar Kota Kinabalu

Bukit Botak, Sepanggar Kota Kinabalu

Posted on: Monday, July 20, 2020

Bukit Botak, Sepanggar Kota Kinabalu

Bukit Botak, Sepanggar Kota Kinabalu | Pengalaman pertama aku mendaki Bukit Botak bersama roomate, ex housemate dan rakan sekerja dia. Pendakian yang telah di rancang sejak tahun 2016 dan 2020 baru menjadi hahaha teruknya lah haii ðŸ˜…😅

Pendakian kami mengambil masa selama dua jam tiga puluh minit untuk sampai ke puncak dan sejam setengah untuk turun. So total dalam empat jam, yes it takes longer than it should. Masa hiking Minonggui Hill, Kinasarban Trail Kota Belud dulu cousin aku spoil sebab stamina nda cukup kuat, balik-balik rehat dan hampir dia putus asa. Kali ni roomate aku pulak yang buat hal hahaha taubat aku hiking dengan dia ni, nda pasal aku terpaksa jadi jantan yang macho lagi gentlemen lol. Let me tell you something, memujuk orang yang putus asa untuk hike sampai ke puncak it ain't easy yo. 

Bukit Botak

"You go first, I come later"
"Kau teruskanlah, aku tunggu sini"
"Aku nda larat. Seriously, aku mau pengsan pun ada"

Haa tu antara ayat yang keluar dari mulut roomate aku sepanjang pendakian kami. Jujur aku cakap hiking dengan orang yang nda kuat stamina really really really spoil the mood. Ohh sorry mate tapi seriously semalam ko annoying gila, aku macam mau tampiling pun ada. Menyesal bawa ko hahaha. Sikit aku mau tinggal mana tidaknya kalau geng yang lain dah sampai ke puncak dan kita masih struggle menuju kesana - which is masa tu nda tau bila akan sampainya. Tapi aku nda sanggup mau tinggalkan dia so pujuklah semampu yang mana.

Bukit Botak, Sepanggar Kota Kinabalu

"Jom teruskan. Alang-alang kita hike kalau nda sampai ke puncak"
"Never. Kita sampai puncak sama-sama"
"Jomlah, sikit ja lagi sampai. Mau sampai sudah ni"

Dan berkat kesungguhan aku memujuk dia dan bagi semangat akhirnya kami sampai ke pucak Bukti Botak sekitar pukul 9.00 pagi. Ingatkan kamilah orang terakhir yang akan sampai ke puncak rupanya ada lagi orang hike lagi lewat dari kami. Tapi serius semalam (19.7.2020) memang ramai gila orang pergi hiking, terkejut tengok kereta parking berderet tepi jalan. Kiri kanan penuh dengan kereta. Tapi rasa bersyukur jugaklah ramai orang sebab even aku dengan roomate tertinggal dekat belakang takda risau tersesat kah apa hehe.

Pada aku hiking Bukti Botak ni tidaklah mencabar mana. Naik senang, turun pun senang cuma ada dua arealah yang curam sikit luckily ada tali disediakan so it should be easy unlike Minonggui Hills. Kepayahannya terasa sungguh sampai aku sendiri hampir surrender hahaha masa naik dan turun aku hampir nangis yo. Lol. Macam mana mau hike Mount Kinabalu kalau macam ni..haip haip!

View jangan cakaplah. Memang cantik gila. Kalau namanya hiking confirm kau akan berpeluang tengok pemandangan yang cantik dan sejuk mata memandang. Tenang yo. Lepas ni ada plan mau hiking lagi tapi nda sure kemana dan bila. 

Thats all for my latest update. Be safe, stay safe and don't forget to make someone smile today ðŸ˜Š

Comments

  1. berbaloi mendaki..view yg awesome..suka tengok view laut dari tempat tinggi..tenang & mendamaikan..

    akk pun pernah separuh jln mendaki..tak buat preparation..kwn ajak terus on..kesian gak kt mereka..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..memang sangat tenang dan mendamaikan
      bole release tension sekali hehe

      Delete
  2. Belum sampai sana lagi, padahal dkt ja sama rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. well u should try once hehe
      if i were u i'll go hike every weekend lol

      Delete
    2. Hihihi....kakak silap - yg dkt dgn rmh tu Bkt Janggut. Tapi Bukit Botak pun x jauh jg. Insya-Allah, kalau ada kerajinan, akan ditawan jg BB. ;)

      Delete
    3. Bukit Janggut next on my list hehe
      Sy kalau ada kawan yg jenis rajin hiking rasa banyak suda bukit sy hike ni. masalahnya kawan kebanyakan yg indoor punya type hehe ajak joging pun kapus2 suda ni kan lagi hike haha

      Delete
  3. Cantik pemandangan di atas Bukit Botak tu

    ReplyDelete
  4. Hebat! Saya dah tak mampu nak tracking, apatah lagi hiking huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yke..takpa, try activiti lain yang lagi sesuai dengan keadaan skrg :)

      Delete
  5. Akak suka tengok gambar je.. Tapi hiking tak minat.. Takut kalau jumpa benda yang menakutkan.. serangga ke, Ular ke, ular..ular atau pun ular..


    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruginya sis.. best tau hiking. sy jenis yg adventures punya org masalahnya satu ja, kebanyakkan kawan2 adalah indoor punya type hehe

      Delete
  6. saya bab2 panjat bukit x gemar.. tapi saya sokong je korang2 yg suka panjat sbb nnti korang share view dr atas saya blh cuci mata tengok hehe..

    naik sendiri tamo =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lagi best kalau dapat tengok view tu sendiri dan menikmatinya 😍🥰

      Delete
  7. cantik view sekeliling... ni kira mcm Bukit Broga versi Sabah ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann cantikk knn.😍🥰
      sebut pasal Broga Hill terus teringat kes org sesat tu huhu
      satu ja sy risau bila hiking ni.. sesat huhu
      minta dijauhkan

      Delete
  8. Pernah 2 kali saja hikin. 1st di Broga and 2nd di Bohey Dulang, Sabah. Lepas tu decide untuk tak suka hiking sebab penat dia lain macam. Thus, i have health condition so takpe, lupakan saja lepas tu tak hike dah. Haha.. btw, memang cantik tengok pemandangan kalau dah sampai atas. Cuma nak sampai tu, Allahu... =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bohey Dulang is ma next month trip..nda sabar mau pergi ^^
      Stay healthy ya :)
      view di atas mmg best gila tapi betul penat hiking lain macam sungguh haha

      Delete
  9. Berbaloi hiking kalau dapat view cantik macam ni 😍. And its sooooo true nak pujuk org nak habiskan hiking memang truely legend hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann cantikn kann..
      memujuk pun bole bikin give-up. serious talk hahhaa

      Delete
  10. selepas 4 tahun merancang. Finally berjaya juga hiking bukit botak ye. yes, view dia sangat cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha lama gila kann.. kahkah
      yes, view mmg nice!

      Delete