You are reading:
Jana Pendapatan Sampingan Melalui Teleport Mobile

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Teleport Mobile

Posted on: Tuesday, August 4, 2020

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Teleport Mobile

Covid-19 begitu memberi kesan kepada kita bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia dimana ramai individu yang kehilangan kerja dan banyak syarikat yang terjejas pendapatan sehingga ada yang terpaksa lipat meja. Selepas PKP itu hari baru aku sedar betapa pentingnya ada pendapatan sampingan, nda boleh harapkan satu pendapatan sahaja. Otak aku sekarang tengah ligat mencari idea untuk mulakan perniagaan apa yang boleh memberikan aku pendapatan secara berterusan. Harapkan gaji kerja sepenuh masa ni dengan keadaan sekarang memang very very unsecure sebab bila-bila masa sahaja aku boleh dibuang kerja. Minta dijauhkanlah huhu

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Teleport Mobile | Kebetulan ternampak status whatsapp bekas housemate aku mengenai Teleport Mobile dan akupun nda ambil masa lama untuk daftar dengan dia. Pendaftaran dan perniagaannya sangat ringkas, nda susah manapun asalkan ada smartphone dan sambungan internet. Dealer Topup tapi bukan sembarangan dealer okay. Dengan mendaftar jadi Dealer Topup kita akan dapat lima jenis keuntungan iaitu ;

Keuntungan Pertama (Jualan Topup / bayaran lain-lain bil seperti Astro, SESB, Njoi dll)
Yes, hanya dengan satu aplikasi sahaja boleh buat bermacam transaksi bayaran seperti bayaran prepaid, postpaid, bayaran bil-bil utiliti dan sebagainya. Kita akan dapat keuntungan dalam setiap transaksi yang dibuat. Contohnya bila kita jual topup UMobile RM30, sistem akan masukkan topup RM30 kepada pelanggan kita tetapi sistem akan menolak hanya RM 28.26 dari modal. Di situ kita sudah ada keuntungan sebanyak RM 1.74sen. Selain itu kita sendiripun boleh guna aplikasi Teleport Mobile ni untuk settlekan bil-bil kita. Jimat dan untung bukan?

Keuntungan Kedua (Yuran melantik Agen)
Jika ada individu yang berminat untuk menjadi dealer/agent topup, yuran pendaftaran akan terus masuk ke akaun kita mengikut yuran pendaftaran yang ditetapkan. Contoh seminggu kita melantik dua orang agen dengan harga RM50. Sebulan kita sudah dapat RM800 di dalam akaun hasil lantikan agen ni.

Keuntungan Ketiga (Komisen dari Jualan Agen yang Dilantik)
Kita akan mendapat komisen hasil jualan agen yang telah kita lantik mengikut percentage (%) yang telah ditetapkan. Komisen ini akan dikemaskini setiap hari oleh sistem.

Keuntungan Keempat (Komisen Agen Berganda)
Agen yang kita lantik juga boleh melantik agen-agen yang lain sekiranya ada yang berminat untuk mendaftar di bawah agen yang kita lantik tadi. Contoh kita melantik Eca sebagai agen dan Eca pula melantik Eyen sebagai agen. So kita sebagai upline diorang akan mendapat komisen juga.

Keuntungan Kelima (Bonus dari simkad Halo yang aku perkenalkan)
Kita akan diberi percuma 10 simkad Halo dan sekiranya kita berjaya menjual kesemua simkad tu, kita akan diberi bonus dari hasil jualan simkad tadi. Selagi simkad yang kita jual tadi masih aktif, disitu kitajuga mendapat komisen melalui setiap belian topup oleh pengguna simkad tu.

Kenapa aku boleh tertarik untuk menjadi dealer topup/agen Teleport Mobile? Dan bagaimana aku menjalankan perniagaan ni? Kebetulan kakak aku menjalankan perniagaan runcit di kampung dan ramai pelanggan yang bertanya sekiranya ada mejual topup. Since orang kampung belum begitu update mengenai online banking so why not aku mulakan business ni untuk memberikan kemudahan perkhidmatan dengan mereka kan. Dipendekkan cerita yang run business ni adalah kakak aku dekat kampung, aku hanya memberikan modal dan monitor keluar masuk dan keuntungan semua transaksi. Tetapi jika ada yang ingin membeli topup atau membayar bil dengan aku pun boleh. 

By the way, untuk semua transaksi ni boleh dibuat melalui  Teleport Apps dan Telegram. Oleh kerana aplikasi teleport tidak menyokong duplicate login so hanya kakak aku sahaja yang login melalui aplikasi menggunakan ID aku yang telah di daftarkan dan aku hanya monitor melalui Telegram Apps dan melalui telegram ini juga aku boleh membuat transaksi yang sama seperti menjual topup, membayar bil dan melihat baki (modal) malah ianya lagi mudah dan cepat untuk digunakan.

Mana tahu ada yang berminat untuk menjadi agen/dealer topup ni atau mahukan penerangan lebih lanjut bolehlah direct whatsapp aku dekat nombor 014-343 7926

Comments

  1. Baru he dak cakap kita pin boleh guna sistem Teleport Mobile.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Pandai buat duit semua boleh jadi. Tak kira berniaga apa pun yang penting usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. sekarang ni pun masi mencari idea untuk bisnes lain
      zaman sekarang ni kena pandai cari hidup hehe

      Delete
  3. menarik...boleh guna sendiri sambil dapat komisen..

    ReplyDelete
  4. Ok gak kan dapat buat duit kopi

    ReplyDelete
  5. skrg banyak sgt peluang. sykur

    ReplyDelete
  6. betul duduk kg dorg x pndai pun guna online banking..alih2 cari kedai runcit nk topup..bagus juga ade jual topup..lebih mmudahkan nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. alhamdulillah bisnes sy mendapat sambutan dari org kampung :)

      Delete
  7. kalau kita benar2 serius untuk jana pendapatan seperti ni, tak mustahil ramai akan berjaya dan jadi jutawan. dgn syarat, ada ilmu dan guru

    ReplyDelete
  8. Okay juga ni bagi peluang untuk mereka yang nak dapatkan extra pendapatan. Sejak covid ni ramai yang terkesan dengan pendapatan dan pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. beruntung kita yg masih ada pendapatan ni

      Delete
  9. semoga boleh berjaya dalam bisnes ini..

    saya doakan kejayaan tersebut

    ReplyDelete
  10. Dulu pernah juga jadi agen topup...sekarang dah guna postpaid tak guna topup dah...hehe... memang boleh buat duit, dapat komisen sikit pun jadilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sepuluh sen pun bukan ada org mau kasi mcm tu ja kann.. untung sikit2 nanti lama2 adala nampak hasilnya janji jgn giveup knn

      Delete