Saturday, November 10, 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2


Asslamualaikum :)


Korang peminat twilight tak? Aku dengar saja twlight breaking dawn part 2 keluar pawagam 16 november ni  mesti ramai yang dah tahu kan rasa tak sabar aku nak tengok. Tak sabar nak tengok wajah comel Edward Cullen! Haha..owesome sangat bila dia digandingkan dengan Bella. Harap-harap dapatlah si dia temankan aku kalau tak tengok wayang sorang-sorang lah ceritanya ni. Lokasi One Borneo, Kota Kinabalu. So siapa-siapa yang free tu jom join aku tengok twilight :)

p/s : Sibuk nak tengok wayang twlight 16 november ni padahal final exam akan berlangsung 19 hingga 24 november. Apakah sewelnya aku ni hoho



Terbuka kepada semua nuffnangers, “If you were Edward and Bella, who would you seek out to join forces with against the Volturi, and what is your battle strategy?” Klik sini untuk maklumat lanjut.



with love~rrp.cik itah





Thursday, November 8, 2012

Terlepas juga SATU beban


Asssalamualaikum :)

Akhirnya terlepas juga "something" yang aku rasakan selama ini satu bebanan. VIVA projek akhir akhirnya berlalu dengan jayanya walaupun ada menerima banyak komen but it's okay kerana ianya adalah komen yang membina. Thanks kepada penilai diatas teguran :) Apapun kena happy, sempat lagi kitaorang tangkap picture before and after present hihi


politeknik kota kinabalu
before present


politeknik kota kinabalu
gambar bersama pensyarah penilai

polikk
wajah-wajah happy group aku

pkk
nampak tinggi pula aku bila pakai heels :D


selfie


selfie
pic spoil hoho

final project

sebelum terlupa..group aku tema warna biru, warna kesukaan aku hihi. So lepas ni akan fokus pula dengan final exam :)



with love~rrp.cik itah





Tuesday, November 6, 2012

"i am so nervous!"


Assalamualaikum :)

Dup dap! Dub dap! Jantung aku bagaikan orang jatuh cinta pandang pertama menunggu esok hari. Esok aku  and the group ada VIVA (oral presentation) projek akhir. Dah lah sebelum ni penyelia asyik nak reject proposal kitaorang, ada saja yang tak kena. Now tiba masanya ber 'dating' dengan penilai tapi i wish supaya tak kena hentam macam senior-senior aku yang sebelum ni. This is my first time, rasa nervous sangat! Apa nak buat ni? Aku belum ready lagi, oh tidak! Aku macam nak nangis pun ada, i need my MOM right now. I need support :( . Apapun good luck to me and good luck kepada semua student last sem PKK. Permudahkanlah urusan hambaMu ini ya Allah, amin.


with love~rrp.cik itah








Sunday, November 4, 2012

Alexa Rank


Assalamualaikum :)


ranking blog


Apa itu alexa rank? Alexa rank adalah sebuah alat yang dibuat oleh Alexa.com untuk menganalisa seberapa besar trafik atau page views dari sebuah website berdasarkan jumlah pengunjung yang memasang alexa toolbar pada browser mereka. Setelah itu, data-datanya akan dikumpulkan dan kemudian dirangking berdasarkan trafiknya. Semakin besar trafiknya semakin rendah rangkingnya. Pentingnya mendaftar di ALEXA ialah untuk membiarkan Blog kita ter indeks dicarian so..Traffic ke blog pun akan meningkat. 
Credit to Wan Hazel


Sebelum ni aku ambil ringan saja pasal alexa rank ni sebab tak tahu pun fungsinya apa tapi bila sudah tahu rasa tertarik. First semakan. Rank : 18****** , Link in : 3. Teruk kan? Memang teruk!! Tapi second semakan sudah bertambah okey dengan Rank : 6,720,730 & Link in : 18. Ouhh ya, pagi ni aku terjumpa satu blog yang aku rasa hebat confirm blog otai dan aku suka sangat dengan segala info yang beliau kongsikan. Ini dia link blog dia www.melvister.com . Terjah jangan tak terjah :)




with love~rrp.cik itah