Thursday, August 25, 2016

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari



Assalamualaikum & hi..

Sejak kenaikan kos taraf hidup ni nak tak nak kena bawa bekal untuk makanan tengah hari. Nak "save budget" katanya sementara menunggu gaji untuk bulan seterusnya. Well, aku ni sebenarnya bukanlah seorang yang "pro" memasak tapi rajin masak tu boleh tahan hihi pantang nampak resepi dekat Facebook terus "screenshoot" nak cuba masak katanya haha. Di bawah ni aku kongsikan lima (5) menu ringkas "lunch" harian aku. Menu utama semestinya nasi maklum sajalah perut kita ni tak kenyang selagi tak makan nasi.

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari

  
Menu Pertama : Nasi putih bersama lauk tumis ikan masin dan tumis bunga betik.
Nak masak bunga betik bukanlah simple sebab nak kena rebus dulu untuk mengurangkan rasa pahitnya yang melampau tu hehe so to make it simple rebus di malam hari then simpan dalam peti seju, esok paginya barulah tumis bersama ikan bilis atau telur.



Menu Kedua : Nasi putih bersama lauk telur goreng, telur masin dan brokoli.
Brokoli tu masaklah ikut cara masing-masing..tumis sos tiram ke..tumis biasa ke..



Menu Ketiga : Nasi putih bersama terung dan kubis cina
Terung tu tak perlu goreng, tumis kunyit ja. Kubis cina pulak tumis bersama sepotong sosej. Simple!


Menu Keempat : Nasi putih bersama kubis dan ayam kicap
Kubis tu memang totally aku main campak ja dalam kuali. Ayam kicap tu pula resepi simple dari facebook.



Menu Kelima : Nasi putih bersama kubis cina dan ayam goreng daun kari
Bunga kubis tu masak main campak je dalam kuali. Ayam tu..resepi aku sendiri hehe




with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Monday, August 22, 2016

Tikar Kalis Air Bahaya Dalam Senyap

Assalamualaikum & hi..

Gambar ini aku dapat dari group whatsapp. Siapa sangka kan rupanya tikar ini merbahaya kepada kita hurmm aku ada satu yang beranimasikan kartun Frozen ..Nampaknya tak boleh gunalah lepas ni.

Tikar Kalis Air Bahaya Dalam Senyap
 Sumber dari Group Whatsapp

Tikar Kalis Air Bahaya Dalam Senyap


Tikar plastik yang banyak dijual di negara ini mengandungi Phthalates dan Bisphenol A (BPA) yang boleh mendatangkan kesan sampingan antaranya kanser payu dara, menganggu sistem pembiakan, hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.


with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Friday, August 19, 2016

Perangai Di Kalangan Ahli Keluarga Yang Buat Kita Rasa "Annoying"

Assalamualaikum & hi..

Gambar Hiasan

Perangai Di Kalangan Ahli Keluarga Yang Buat Kita Rasa "Annoying"


1. Mak Cik yang tv3 atau melodi

Gelaran untuk mak cik-mak cik yang agak kepoh..habis cerita itu ini dicanangnya satu kampung. Pantang dengar cerita pasal si A, si B..habis dikoreknya kalahkan TV3 dan melodi.  Grrr..dalam hati "..ee nasib baik mak cik kalau bukan..aku cili jugak mulut dia ni!..". Geram betul !

2. Si duit syiling talam dua muka

Haa inipun sama tak best. Betul-betul macam duit syiling..lain depan lain belakang. Depan kita dialah bawang putih yang suci lagi bersih tapi di belakang..dasar bawang merah betul !

3. Si pemalas

Kita suruh tolong buat ini, malas. Kita suruh buat itu pun malas. Eee..aku cekik jugak dia ni. Tak boleh harap betul !

Karakter seterusnya klik 7 Jenis Karakter Pelik Yang Confirm Korang Selalu Jumpa Dalam Keluarga Sendiri

Yuks! Kadangkala memang buat kita rasa menyampah kan dengan sesetengah perangai "mereka" yang tak boleh nak blah tu haha tapi kena ingat walaupun macam manapun karakternya dia tetap ahli keluarga kita :)

Perangai "annoying" ini boleh ada sahaja di dalam ahli keluarga kita..mungkin di kalangan adik-beradik, sepupu sepapat, mak cik, pak cik dsbg..betul tidak? Tapi ibarat patah pepatah "Air dicincang takkan putus", begitulah juga pertalian kita sesama ahli keluarga. Sayangilah keluarga kita :)



with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Wednesday, August 17, 2016

Spesis Kerang Pelik

Assalamualaikum & hi..

Kerang katanya tapi ada yang kata gamat. Tak tahulah mana satu yang betul yang pasti aku tak pernah nampak dan tak tahu benda ni apa. Pelik saja rupanya.

Spesis Kerang Pelik


Sumber :  Facebook Shanana Home Deco



with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Monday, August 15, 2016

Giveway Friendship By Seindahcerita

Assalamualaikum & Hi..

http://seindahcerita.blogspot.my/2016/08/giveaway-friendship-by-seindahcerita.html

Giveway Friendship By Seindahcerita


Syarat-syarat
  1.  Follow Blog | seindahcerita | Blog Suhailah Hamid | Blog Hazrina | Sally Samsaiman | Puan Gojes |
  2. Follow IG | nieylanadia | Sihatitunikmat | Eintan Nurfuzie | Hazrinaajer | Sally Samsaiman |
  3. Like Page | SEINDAHCERITA SALLY SAMSAIMAN
  4. Follow FB | Eintan Nurfuzie |
  5. Jangan lupa letak blog seindahcerita dalam bloglist korang ya
  6. Buat satu entry bertajuk "Giveway Friendship By Seindahcerita"
  7. Letak sekeping gambar anda bersama sahabat dan cerita apa yang menarik tentang persahabatan anda..(cth : berapa tahun kenal, apa yang menarik tentang sahabat anda dan lain²)
  8. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  9. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
    atau
  10. Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)
Hadiah
  1. Wang Tunai RM20 x 3 Pemenang
  2. Sehelai Shawl x 1 Pemenang
  3. Top up RM10 x 3 Pemenang
  4. Top up RM5 x 2 Pemenang
Inilah sahabat dan juga seseorang yang istimewa pada aku. Apa yang menarik tentang dia. Dia sentiasa ada untuk aku dalam susah dan senang, nangis dan tawa.Thanks for everything :)


with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

Assalamualaikum & hi..

Masih mencari mood berblog yang hilang sebenarnya..nyaris-nyaris aku berhenti berblog dan hampir saja blog ni aku delete but then aku putuskan untuk tidak. Terjumpa pula giveaway ni so aku join sebagai entri pembuka kepada mood yang hilang he he.

Hadiah yang ditawarkan :
  • Pertama - Tunai RM60 
  • Kedua - Tunai RM40 
  • Ketiga - Tunai RM30 
  • Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10
DAN

Satu hadiah bonus sekotak Mineral Coffee bernilai RM36 akan diberikan kepada peserta yang bertuah.

Syarat-syarat GA ringkas dan mudah sahaja. Kalau nak join boleh klik pada banner dibawah. Semoga berjaya kepada semua peserta .. :)

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM



http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html#

with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek