Sunday, October 27, 2013

Kasut Murahku | Oh My ENGLISH!


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Kasut murahku ceh kunun la :D tapi memang murah pun bha rm29.90 seja :)
Agak-agak la kan kalau aku berbahasa pekat Sabahan korang faham tak? he he
ni kasut aku beli last minute ni untuk temuduga esok hahaha
sebelum ni aku kerja simple ja pakai flats jarang pun ber'heels
tapi orang pendek macam aku ni memang kena pakai heels pegi temuduga barulah nampak cantik dan elegant gitu kuikuikui mengarut!
BTW korang esok aku interview dekat syarikat guamaan CHEE & CO. penah dengar tak?
for actually..aku nervous gila ni..mana taknya interview tu in english
oh my English..broken lol hahahaha harus korang ketawakan aku
banyak-banyak interview aku pegi in Malay ja tapi kali ini hoho
apa-apa pun wish me luck ya esok :)
semoga semuanya dipermudahkan bagiku..aminn..

nak bagi korang tengok anak buah merangkap anak aku sebab aku jaga dia dari baby sampailah usia dia 10 bulan ni..si comel ni asyik melekat dengan aku tau, nak pegi kerja pun susah hukhuk

comel kan macam aku? he he he :P


P/S : Acara kemuncak Tamu Besar Kota Belud berlangsung hari ini :)



with love~rrp.cik itah

Saturday, October 26, 2013

Income Sampingan | 8Share & ChurpChurp


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Entry ni bukan nak buat tutorial haha tapi nak bagi tunjuk ajar cara nak guna 8Share dan ChurpChurp. Dalam entry INI aku tertarik dengan dua komen dari Aya Zuki dan EL



Income Sampingan | 8Share & ChurpChurp | 8Share dan ChurpChurp ni bukan la laman sosial macam Facebook apa semua tetapi dia lebih kurang macam Nuffnang cuma Nuffnang kita perlu tempek dekat blog, 8Share dan ChurpChurp ni pula kita kena share link atau lebih kurang promote link dekat laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Satu klik dapat 20 sen. Sikit ke? Tak apa, sikit lama-lama jadi bukit :)


First aku ajar cara nak guna 8Share ;

Kalau belum ada akaun 8Share boleh klik SINI untuk daftar. Isi apa yang patut.

1. Dah daftar, login macam biasa. Dekat atas sebelah kanan dia ada DASHBOARD dan SPECIAL, klik kat Special tu dia akan keluar gambar macam kat bawah ni ;

klik untuk lebih jelas

2. Klik pada mana-mana campaigns yang ada tulis RM10 for you to share. 50 CP for you to share tu tak perlu. Klik pada campaigns yang ada button hijau sahaja yang tak ada button hijau tu tak perlu sebab tu dah luput da huhu. Bila da klik korang scroll-down akan jumpa macam ni ;


klik untuk lebih jelas

3. Korang share la kat mana-mana korang suka kat situ. Cara nak ambil link : contoh klik kat facebook share tu akan keluar popup wondow macam ni ;

klik untuk lebih jelas

4. Nampak tak link yang aku bulatkan kat situ? Haa..link yang tu la. korang just mark dan copy :)


Second aku ajar cara nak guna ChurpChurp

Yang belum ada akaun ChurpChurp pula klik SINI untuk daftar dan isikan apa yang patut.

1. Dah daftar , login macam biasa. Lepas login korang akan nampak beberapa campaigns macam kat bawah ni :

klik untuk lebih jelas

2. Klik pada SHARE NOW dan akan keluar macam ni :

klik untuk lebih jelas


3. Klik pada SHARE dan dia akan bagi 3 pilihan macam kat bawah ni :


Pilihan pertama : klik mana-mana link messages yang korang nak dan share
klik untuk lebih jelas


Pilihan kedua : copy manual link dan share : klik SAVE & COPY dia akan automatik copy link


klik untuk lebih jelas


Pilihan ketiga : tick untuk autoshare campaign dekat twitter korang

klik untuk lebih jelas


4. Kalau korang nak letak dekat bawah header blog macam aku punya senang ja. Just copy manual link dekat pilihan kedua then paste dekat facebook korang dan akan jadi macam ni :

klik untuk lebih jelas

5. Untuk ambil link, mark dan copy link macam yang aku bulatkan kat atas tu dan URL gambar korang just klik kanan dan copy image URL. Senang kan:)

6. Macam mana nak letak kat blog? Copy kod kat bawah ni :


<center>
<a href="LINKS" target="_blank"><img src="URL" width="90" height="90" /></a>
</center>


Warna Biru : link campaigns korang
Warna Merah : URL gambar campaigns korang


7.  Layout > Add Gadget > HTML JavaScript dan pastekan kat ruangan content , bukan title ya hehe lepas tu save!


P/S : Maaf jika ada kekurangan atau salah eja apa semua okay :) peace ^^



with love~rrp.cik itah

Masker | Putih Telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


info cantik
Google

Aku suka makan telur tapi telur rebus ja la yang lain-lain kurang sikit. Percaya tak kalau aku kata dalam sehari aku makan 5-10 biji telur rebus? Hahaha memang tak la kan. Paling banyak pun aku makan dalam sehari tu 4-6 biji telur rebus ja la hihi. Telur sebenarnya banyak khasiat tetapi bila bercakap pasal telur ramai yang berfikir tentang kegemukan betul tak? Takut gemuk makan putih telur ja la kuning telur tak payah he he he.

Putih telur sebagai masker muka. Siapa selalu amalkan kita memang geng haha aku kalau bab-bab cantik ni memang suka ambil tahu dan suka mencuba sesuatu tetapi tak termasuk la bab-bab cream muka, make-up solekan apa semua. Sedangkan muka pun aku just tempek bedak badan hahaha simple!
Back to topic, masker muka memang banyak jenis dijual di pasaran tapi guna yang asli lagi bagus kut rasanya sebabnya tak perlu guna banyak duit pendek kata lagi jimat lebih-lebih lagi bila kita guna masker telur. Korang yang tinggal kat kampung macam aku lagi la jimat tunggu ja ayam dalam kandang tu bertelur then ambil la satu..free ja even satu sen pun tak perlu bayar hahaha

Masker | Putih Telur


So macam mana nak buat masker telur? Sebiji telur pun da cukup just asingkan putih dan kuning telur tu. Kalau nak guna putih telur ambil putih telur ja la kuning tak payah tapi jangan pula buang kuning telur tu..sayang , kan boleh goreng buat lauk :) Lepas tu putih telur tadi pukul hingga kembang then boleh la sapu rata kat muka. Biarkan selama 15 hingga 30 minit lepas tu cuci muka dan bilas bersih , tak guna pencuci muka pun tak apa :)

Kebaikan atau khasiat masker putih telur? Aku list'kan kat bawah ni ;
  • Membersih dan menegangkan kulit wajah
  • Mengecilkan liang pori
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Mengeluarkan minyak pada liang pori
  • Mengurangkan whitehead
  • Menyembuh dan menyuburkan kulit muka
  • Membantu mengurangkan jerawat (untuk kesan terbaik campurkan sedikit jus lemon)
  • Melembap dan menghaluskan kulit wajah yang kering


P/S : Lakukan satu hingga tiga kali seminggu. Untuk kulit berjerawat tidak digalakan untuk memakai masker kuning telur cukup la putih telur sahaja dan untuk kulit wajah yang memang halus mulus nak guna putih atau kuning telur tak jadi masalah :)

P/S 2 : Hari ini dan esok berlangsungnya sambutan Tamu Besar Kota Belud jom semua join aku jalan-jalan cuci mata hee nanti aku share pic dengan korang ya hehe



with love~rrp.cik itah

Friday, October 25, 2013

Redha


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

wordless
Google


Dengan rasa redha itu menunjukkan kita yakin, hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. dan pilihan Allah pastinya yang terbaik jika dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

" Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya." Riwayat muslim


P/S : salam jumaat buat semua blogger :)


terbaru dari churpchurp ;




with love~rrp.cik itah

Thursday, October 24, 2013

Busy With Jelly!


Assalamualaikum dan salam sejehtera :)

klik untuk tumbesaran


Selain blogwalking inilah kerja aku bila online
Layan 8share tapi sekarang diorang busy with jelly!
so tak boleh nak buat apa da hukhuk layan churpchurp ja la :)


terbaru dari churpchurp ;


     



with love~rrp.cik itah

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam



with love~rrp.cik itah



Wednesday, October 23, 2013

TAMU BESAR KOTA BELUD


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Tamu Besar Kota Belud dijangka akan diadakan pada 26/10 sehingga 27/10/2013 iaitu hujung minggu ini. Apa yang special pasal Tamu Besar ni ialah ia diadakan setiap tahun tetapi hanya setahun sekali. Ada tiga acara kemuncak utama dia iaitu Bajau Horseman atau lebih dikenali sebagai Koboi Timur (Cawboys of the East), perarakan Ratu Sarimpak (Beauty Pageant) dan water buffalo race. Banyak lagi aktiviti menarik sebenarnya tapi tak larat nak cerita panjang so aku describe melalui gambar ja la ya :) Untuk pengetahuan korang Tamu Besar Kota Belud ni boleh dikategorikan sebagai tanda 1Malaysia kita sebabnya korang sendiri pun umum di Sabah ni pelbagai bangsa dan kaum yang ada. Contohnya di Kota Belud ni ada bangsa Melayu, Cina, India dan kaum Bajau, Irranun dan Iraan. Bukan sahaja pelbagai kaum dan bangsa tetapi pelancong luar negara pun ada tau semasa TBKB ni diadakan :)

Tamu Besar Kota Belud



Tamu Besar Kota Belud
Bajau Horseman

Tamu Besar Kota Belud
Ratu Sarimpak

Tamu Besar Kota Belud
Water Buffalo Race

Tamu Besar Kota Belud
Pakaian tradisi Bajau p/s FYI , aku adalah kaum Bajau hihi

Tamu Besar Kota Belud
Pakaian Tradisi Iraan

Tamu Besar Kota Belud
Perarakan Sukat

Tamu Besar Kota Belud
Perarakan Usungan

Tamu Besar Kota Belud
Usungan Kaun Cina KB

Tamu Besar Kota Belud
Usungan Bajau/Irranun

Lain-lain aktiviti dan jualan








Tamu Besar Kota Belud
 Fun Fair



P/S : Pic ni antara pic Tamu Besar KB yang aku google. insyAllah nanti aku share pic yang aku snap sendiri :)

P/S 2 : Info/picture credit to Hj.Nalba, KUDA BERHIAS, Windi, Japrin and Sabah Tourism




with love~rrp.cik itah

Monday, October 21, 2013

GA Oktober 2013 Nurul Yui


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


giveaway


Tak ada idea nak buat entry apa so aku join GA.
Ini first time tau aku join GA hehehe sebelum ni join segmen saja :D

P/S : Join jujur sejujur-jujurnya hee :)




with love~rrp.cik itah

Saturday, October 19, 2013

AURAWHITE Beauty


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


produk kecantikan
produk kecantikan
Google

Ni nak kongsikan dengan korang tentang produk yang aku tengah try sekarang ni AURAWHITE BEAUTY. Baru ja dalam beberapa minggu belum pun sampai sebulan tapi kesan da mula nampak da. Kalau dulu memang tak sah kalau tak pakai pelembap bibir confirm bibir kering dan merekah. Jeragat pun da mula hilang hihi. Tapi cara pengambilan tu kena la dengan cara yang betul jangan main hantam ja hehehe. Setiap pembelian akan dapat barang percuma tau tapi ikut dengan jenis perisa atau produk yang kita ambil. Macam aku AuraWhite Pure 900 000MG perisa berry dapat free shaker dan serum muka AuraWhite. Kakak aku pula try AuraWhite Pure 1Million MG perisa coklat dapat free shaker dan mini AuraShine Tablet.

KEBAIKAN AURAWHITE :
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
  • Anda dapai merasai kesan dalam 14 hari.
  • Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia.
  • Merawat serta mencegat jerawat.
  • Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK.
  • Mengecilkan liang roma.
  • Merawat Enzema dan Prorisis.
  • Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit.
  • ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE.
  • Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut.
  • Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan.
  • Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah kerosakan KOLAGEN.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Rambut dan kuku menjadi lebih sihat.
  • Melindungi daripada sinaran UA-B.
  • Menyembuhkan luka dan mencgeah parut.
  • Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
  • Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah

CARA PENGAMBILAN YANG BETUL :
  • Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.
  • Bancuh menggunakan air mineral/air bersih biasa. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang.
  • Jauhi minum/makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.
  • WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.
  • Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam).



P/S : Berminat? Boleh la order dekat AuraWhiteBeauty.com atau agen terdekat ataupun dekat jesseltonborneo.com (Sabah) :)


with love~rrp.cik itah

Friday, October 18, 2013

Miss Me..maybe?


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Lamanya aku menghilang! Eh lama ke? Hihi miss me? i know you do :D
Ehem siapalah yang nak rindu aku ni. perasan! haha
btw..

mesti korang pun dapat komen ni kan?
ragu-ragu sebenarnya aku nak letak link tapi letak ja la huhuhu

blogger


P/S : Salam Jumaat semua blogger :)



with love~rrp.cik itah