Wednesday, April 30, 2014

Review Mediterranean dari Secret Garden

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Review Mediterranean dari Secret Garden

Review Mediterranean dari Secret Garden | Produk yang baru sahaja aku cuba iaitu shampoo Mediterranean dari Secret Garden. Sebelum ni aku guna shampoo dari produk Safi namun sedihnya tak sesuai la pula, kulit kepala gatal bagaikan berkutu saja rasanya huhuk

Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencuba produk dari Secret Garden dan alhamdulillah perbezaan dapat kurasakan. Rambut terasa ringan, lembut dan wangi. Kulit kepala pun dah tak gatal. Memang selesa la pakai shampoo ni. Wangian dari Mediterranean ni memang tak dapat ku nafikan, harumannya bagaikan terasa indah segalanya disisi cewahhh! Haha ala-ala Secret Garden punya tagline gitu :D
The scent of Mediterranean transports you to a picturesque island….
Wangian yang mengingatkan anda tentang keindahan Mediterranean….           
ini dia Duta Secret Garden yang ku kenali melalui drama Vanilla Coklat : Izara Aishah
sedikit tentang produk Mediterranean :)

Seperti Safi, produk keluaran dari Secret Garden ini juga halal dan selamat digunakan. Tak perlu ragu-ragu untuk mencuba :)
Tapi disini aku bukan nak bandingkan Secret Garden dengan Safi pula ya hehehe sebab ada juga certain-certain produk Safi yang aku masih setia guna seperti pencuci muka dan toner heee

Selain Mediterranean korang juga boleh cuba produk Nusantara, Orient dan Himalaya. Try it and trust me, you will love it. Nak tahu lebih?? Klik --->> Secret Garden From The Four Corners

with love~rrp.cik itah

Food and Drink

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Terbaru dari ChurpChurp : LipstickEnvyShineMYLactacyd Love Your V [klik dan isi form untuk dapatkan sample dari Lactacyd]

Food and Drink. 

Selera aku akhir-akhir ini hee biarlah gambar bercerita kerana aku tak larat hendak menyusun ayat panjang panjang panjang dan panjang! eh?? ngee ^^
btw, tadi ternampak search keyword "pekerja cafe politeknik kinabalu". ehh? apanya yang dia nak cari tu sebenarnya? Kalau nak tahu pasal aku [kalau la kan] aku bukan pekerja cafe polikk tapi bekas student polikk ya heee . Sekian :)

 nasi goreng seafood + sotong masak sambal + chinesse tea

Hot Chocolate & Cappuccino
selera tambahan : mangga + sambal belacan

with love~rrp.cik itah

Friday, April 25, 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Segmen First Annivessary Blog Asha Lya.
Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, aku join segmen bakal pengantin seorang ni ehehe :P
For a moment I thought : aku bila lagi nak kahwin ni? hahaha gurau!
Ini first segmen yang aku join tahun 2014 tau hee ^_^
Rajin benar Lya ni blogwalking so sebagai tanda sokongan aku join segmen pertama yang dianjurkan olehnya :)

http://blogashalya.blogspot.com/2014/04/segmen-first-annivessary-blog-asha-lya.html

Kepada semua yang yang join,
Selamat bersegmen aku ucapkan dan all the best!
Kepada yang belum join,
Jom bersama kita meriahkan segmen Lya :)
Macam mana nak join segmen ini?
Boleh klik pada banner diatas. Sekian :)

with love~rrp.cik itah

Wednesday, April 23, 2014

Love Quotes Maybe??

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Love quotes maybe hee ^_^
tengah aku melayan jiwang filem Titanic
menari-nari ayat ala-ala ayat cinta diminda
pantas saja jejariku menaip lalu ku edit maka menjadilah ia seperti gambar dibawah ;

if i talk to you without voice
can you read my lips? if you can't..
then read my Heart
try to feel it with your Heart

with love~rrp.cik itah

Monday, April 21, 2014

DIY: SPECIAL SPA TREAT (belaian untuk wajah)

Tips Sebelum Ini ; [klik link untuk baca]
Gel Wajah DIY
Tips Menghilangkan Whitehead
Tips Rapatkan Hubungan Dengan Ibu
3 Cara Lipgloss Tahan Lama


Assalamualaikum dan salam sejehtera :)

picture credit to : vitaminria.com

DIY: SPECIAL SPA TREAT (belaian untuk wajah) | Percaya atau tidak buah mangga mengandungi faedah melembap dan menjernihkan kulit wajah kerana ia dipercayai mampu membersihkan liang pori serta mengurangkan jerawat. Caranya mudah saja.

Sediakan ;
  • 4 potong mangga 
  • ½ cawan yogurt biasa 
  • 4 biji strawberi
Cara-caranya ; 
Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi pes. Urutkan pada wajah korang dan biarkan selama sepuluh minit. Bilas sehingga bersih. Amalkan satu atau dua kali seminggu dan lihat hasilnya!
sumber : cosmo 2013

Info sihat :
*Mangga dan yogurt membantu eksfoliasi dan strawberi menggalakan kolagen serta kaya Vitamin C.
 

with love~rrp.cik itah

Wednesday, April 16, 2014

Dua Perkara Yang Merimaskan Bila Blogwalking


Assalamualaikum dan salam sejehtera :)

credit to : http://ainuddinhata.blogspot.com

Sungguh aku tak suka huh! Sebelum tu minta maaf buat sesiapa yang terasa ya. Mohon jangan ambil hati. Mungkin dalam hal ini ada yang suka ada yang tak suka dan ada yang selesa ada yang tak selesa.

Dua perkara yang merimaskan bila blogwalking.


Pertama : Klik Like Facebook!
Klik LIKE sebelum dapat masuk dan baca sesebuah blog tu kalau tak like tunggu 100 saat untuk masuk-ini kira okay lagilah. Ada lagi satu blog tu perlu klik LIKE jika anda berumur 18 tahun keatas, so kalau tak LIKE tak dapatlah masuk blog tu kiranya.
?????? Perlukah?? Tak kira apapun alasannya hal ni memang merimaskan. Perlu korang tahu tidak semua blogger suka buka facebook bila blogwalking termasuklah aku. Andai katalah pengunjung blog tu tak ada akaun facebook..so? Tak dapat masuklah?? Uhuk -.-

Kedua : PopAds @ LinkAds!
Ini lagi satu hal. Tengah kita seronok baca tup-tup keluarlah pula popads yang entah apa-apa. Kadang tu klik satu link keluar pula bebanyak link ads, kadang PC/laptop pun hang jadinya aduhaii~~

p/s : kalau boleh elakkanlah dua perkara ini ye! Terima kasihh :)

with love~rrp.cik itah

Monday, April 14, 2014

Tamu Besar Kota Belud 2013 | Pameran Kereta Ala-ala Dinosaur

Entry berkaitan ;
Tamu Besar Kota Belud [klik untuk baca] [OKTOBER 2013]


Assalamulaikum dan salam sejahtera :)

Entry ni dah lama, event pun dah lama berlalu namun baru berkesempatan untuk di publishkan. Itupun setelah terpandang dalam search keyword. Maaf lambat publish :)

 Tamu Besar Kota Belud 2013 | Pameran Kereta Ala-ala Dinosaur

 



p/s : tunggu entry seterusnya Tamu Besar Kota Belud 2013

with love~rrp.cik itah

Friday, April 11, 2014

Nuffnang Blogbuster Campaign - Oral B Supernova 3


Assalamualaikum dan salam sejehtera :)

[Nuffnang Blogbuster] Campaign - Oral B Supernova 3

I got email from Nuffnang and i believe all Nuffnangers also receive this email. Betul tak korang? Hah tunggu apa lagi? Buat mereka yang kreatif buat video tu apa kata korang join hehe aku tengah fikir-fikir lagi ni sebab aisshh idea tak ada la uhuk dengan kesibukan yang melanda sekarang ni, nak update ni pun terpaksa curi tulang kejap muahaha bad habit! -.-

We are pleased to inform you that you have been selected to participate in a Blogbuster campaign based on your survey preference to run Expandable ads. If you wish to be excluded from future Blogbuster campaigns, kindly leave a message at our helpdesk (http://www.nuffnang.com.my/help/).

Campaign Name:
Oral B Supernova 3

Video Submission Deadline:
17 April 2014

Campaign Period:
28 April 2014 to 31 May 2014

You Will earn:
RM0.50 for each complete play of the video that is shown on your ad unit (this rate applies to Glitterati members only).

As this is a first of its kind Campaign, we understand that many of our Nuffnangers have questions about this campaign. Here is a summary of what to do:
  • Record a short video (approx. 10 seconds) based on the brief given in your Blogbuster tab.
  • Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos.
  • If your video(s) is chosen for the campaign, it will be shown on the ad displayed on your blog.   Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.
  • Please note that approved videos will be compressed and branding may be added to the end depending on the requirements of the campaign. 

P/S: For more information, login to your Nuffnang ye korang :)

with love~rrp.cik itah

Friday, April 4, 2014

Gel Wajah DIY

Entry sebelum ini :
Cashout ChurpChurp [klik untuk baca] [APRIL 14]
Tulisan Tangan [klik untuk baca] [APRIL 14]
Tip Menghilangkan Whitehead [klik untuk baca] [MAC 14]
Pilihlah Seorang Lelaki Yang... [klik untuk baca] [MAC 14]

Gel Wajah DIY | Assalamualaikum dan salam sejehtera :)

Gel Wajah DIY
GOOGLE


  • 2 sudu besar gel aloe vera (ambil terus dari daun)
  • ½ sudu kecil minyak Vitamin E
  • 3 titik minyak argan
  • 6-7 titik minyak pati kamomil

Note* Simpan dalam peti sejuk untuk cooling sensation setiap kali guna!

Info sihat :
Minyak Argan Morocco-Tiga kali lebih Vitamin E berbanding minyak zaitun, ia diantioksidan semula jadi yang melindungi lapisan kulit dari radikal bebas.

Bunga Kamomil-Minyak pati bunga ini melembutkan kulit dan mempunyai kuasa melegakan iritasi serta menenangkan.

Aloe Vera-Kaya dengan lembapan, vitamin, garam mineral, asid amino dan enzim yang melembap serta menyokong pembentukan sel.
sumber:Cosmo2013

P/S : Salam jumaat buat semua . Wordless Friday [klik]

with love~rrp.cik itah

Thursday, April 3, 2014

Cashout ChurpChurp

Entry berkaitan ;
Campaign Seeding [klik untuk baca] [JAN 14]
Tutorial Memasang Iklan ChurpChurp [klik untuk baca] [NOV 13]
ChurpChurp|Campaign Seeding [klik untuk baca] [NOV 13]


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Ehe actually dah lama dah pun cashout ChurpChurp. Bulan lepas. Eh?? Lamakah? Haha namun baru berkesempatan nak share kegembiraan di blog rama rama pendek ni hehe. FYI, ni first cashout tau setelah berbulan-bulan aku kumpul jumlahnya and now makin bertambah rezeki aku dengan ChurpChurp dan i love you lah ChurpChurp haha

Bila dah berpengalaman buat Cashout ni baru aku tahu cek ni kalau nak deposit dalam akaun-orang lain tolong depositkan pun boleh even kita deposit dekat caunter contoh kalau nak deposit masuk dalam akaun Tabung Haji kan tak ada perkhidmatan ATM. Tapi bukan semua cek orang lain boleh tolong depositkan ya-hanya cek berpalang [Not Negotiable Account Payee Only] sahaja yang boleh :)

Btw, cerita semalam sempat aku dan officemate menyinggah dekat Tamu Asia City hanya untuk mencari bubur kegemaran aku - semestinya bubur kacang hijau <3



with love~rrp.cik itah

Wednesday, April 2, 2014

Tulisan Tangan!

Entry pertama April 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Itu tulisan tangan aku. Buruk benar kan hahaha so abaikan saja !
Pernah tak tulisan korang ditegur cikgu, pensyarah mahupun bos korang?
Uhuk aku tak tahulah apa yang tak kenanya dengan tulisan aku dari belajar sampailah bekerja tulisan tangan asyik kena tegur uhuhu buruk benar ke?? aigooo~
akupun tahu macam mana caranya nak ubah tulisan aku hukhuk
Diantara teguran yang masih segar di ingatan ;

1. Ada lah satu hari tu kakak aku tegur "kau boleh ubah tak tulisan kau tu? muka lawa tapi tulisan aiyoo buruk benar!".

2. Ditegur masa hari pertama kuliah - first time masuk kelas pensyarah tu. Time sesi perkenalan so kena suruh listkan nama masing-masing dekat satu paper ni dan bila turn nama aku uhuk Encik tu kata "I CAN'T READ YOUR HANDWRITING" dengan muka blurr dan akupun blurr haha

3. Ditegur dekat paper test kewangan perniagaan - time semester 5 tak silap. Dah penat lelah menjawab paper mestilah excited nak tengok markah test tu kan tapi aku hairan ada tulisan berwarna merah dekat paper aku. Gagal ke aku?? Bila aku tengok hahaha rupanya kena cop "PERBAIKI TULISAN ANDA" siap dengan smiley face lagi kat belakang. Classmates pun apa lagi, seronoklah ketawakan aku lol :D

Ingatkan bila dah bekerja..tulisan tak jadi hal lah lagi namun tak sangka bos pun tegur huhuhu bos suh aku ubah tulisan katanya buruk benar..nak baca pun susah. Oucchh..entah nak ubah macam mana lagilah tulisan tangan ni -.- .

Personaliti Melalui Tulisan [klik untuk baca] [bukan link blog aku]


with love~rrp.cik itah