Thursday, April 28, 2016

Legacy Contact | Setting Terbaru Akaun Facebook

Assalamualaikum..

Facebook kini sudah ada 'setting' terbaru iaitu Legacy Contact. Legacy Contact adalah seseorang yang kita pilih untuk menjaga akaun Facebook kita apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini (musibah) pada kita seperti eksiden atau kematian. Once kita pilih siapa Legacy Contact kita, dia akan mampu untuk tulis 'pin post' dekat 'Timeline Facebook' kita, 'approve friend request' dan 'update profile picture' atau 'cover photo'. Tapi bukan semua Legacy Contact kita boleh buat. Ada beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan oleh Legacy Contact kita antaranya ;
  • Login akaun Facebook kita
  • 'Remove/Change' status lama, gambar dan sebagainya.
  • Baca mesej (inbox)
  • 'Remove friendlist' kita

Legacy Contact | Setting Terbaru Akaun Facebook


Cara set Legacy Contact.


1. "Login" akaun Facebook korang -->> Pergi ke "Account Setting" -->> Pergi ke "Security".

2. Klik "Legacy Contact"
Legacy Contact


3. Pilih kawan yang kita nak set untuk dijadkan Legacy Contact tapi sebelum itu Facebook akan minta password untuk teruskan. So masukkan saja password.


4. Klik -->> "Send". Orang yang kita pilih automatik akan dapat mesej macam gambar dibawah ni dari kita


5. Siap !



Setting Lain

Legacy Contact juga ada satu lagi 'setting' lain iaitu "Account Deletion". Account Deletion membolehkan akaun Facebook kita dipadam dari Facebook  selepas kematian kita apabila seseorang memaklumkan kepada pihak Facebook bahawa kita sudah meninggal dunia. Pilih "Delete After Death" untuk membuat setting ini.

Delete after death


Sekian perkongsian dari aku :)


with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Review Buku Rehabilitasi Karya Faiz Ibrahim

Assalamualaikum..

Rehabilitasi Karya Faiz Ibrahim


Review Buku Rehabilitasi Karya Faiz Ibrahim | Sebelum ini aku tak bacapun buku-buku macam ni, selalunya baca novel cinta ataupun novel misteri dan cerpen pendek. Pertama kali baca, apa yang boleh aku katakan buku ni memang bagus dan korang wajib baca. Buku Rehabilitasi ni adalah kesinambungan dari Reinkarnasi karya pertama Faiz Ibrahim.

Pelbagai macam cerita yang disampaikan melalui buku ini berkaitan Tuhan, kawan, cinta, kerjaya dan keluarga. Sesetengah yang mahu disampaikan oleh penulis benar-benar berlaku dalam hidup aku dan mungkin hidup korang juga. Aku sangatlah terkesan dengan penulisan penulis, seolah-olah ada sesuatu yang baru menyuntik semangat aku untuk terus berjalan ke hadapan. Buku ni buat aku terfikir dan berfikir, teringat dan mengingat detik-detik yang pernah aku lalui. Detik suka dan duka, senang dan susah. Semuanya!

Buku Rehabilitasi ini juga kadang buat aku tersenyum, tersengih dan ketawa. Ada kalanya aku rasa penulis ni sangat 'sweet' dan kelakar. Salah satu ayat penulis yang buat aku ketawa ;

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan kecuali masalah yang ditimbulkan wanita ketika dia sedang datang bulan. Ha ha ha. Gurau je. Gurau pun tak boleh. -Rehabilitasi, Faiz Ibrahim

Jadi, bagi sesiapa yang nak 'move-on' dari kegagalan hidup, kegagalan cinta atau mereka yang susah nak 'move-on', aku cadangkan korang beli buku Rehabilitasi ini. Banyak teguran yang mampu membuatkan kita sedar dan bangkit dari kisah lama. Jangan lupa beli buku Reinkarnasi juga :)

Sekian review ringkas dari aku.


with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Thursday, April 21, 2016

Selalu Demam atau Selesma? Kuatkan Antibody Dengan Air Lemon

Assalamualaikum..

kuatkan antibody dengan air lemon


Selalu Demam atau Selesma? Kuatkan Antibody Dengan Air Lemon | Lemon terkenal dengan pelbagai khasiat diantaranya ialah dapat menguatkan sistem pertahanan tubuh (antibody) dari benda asing seperti bakteria, virus, parasit dan racun yang boleh menyebabkan demam dan selesma. Sifat lemon yang antioksidan dapat mematikan radikal bebas dan mencegah daripada pelbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser.

Nak sihat dan cantik? Ikut cara aku.

Amalkan meminum jus lemon setiap pagi. Sebaiknya selepas bangun tidur tu terus ja minum air lemon tapi kalau nak minum air suam terlebih dahulu pun takpa.  Ambil sehiris dua lemon lepas tu tuang air panas. Tidak perlu perah kerana air panas mampu mengeluarkan jus lemon, kalau perah pahit nanti. Lepas tuang air panas biarkan suam lepas tu minum. Tapi pastikan tiada gula okay. Kalau rasa-rasa tak boleh telan sebab terlebih masam, letaklah sedikit madu untuk mengurangkan rasa masam.

Cara lain, ambil sehiris dua lemon lepas tuang air panas. Bila dah suam campur dengan beberapa hirisan timun dan tiga helai daun pudina. Lepas tu simpan dalam peti sejuk, biarkan semalaman. Esok paginya, bangun terus minum. Rasanya mungkin pelik tapi khasiatnya sangat bagus.

Untuk permulaan, dua atau tiga bulan pertama amalkan pada setiap waktu pagi. Sebaiknya selepas bangun tidur atau sebelum sarapan pagi. Selepas tiga atau empat bulan pengambilan air lemon bolehlah dikurangkan. Minum selang dua hari pun sudah memadai.

Percaya atau tidak selepas mengamalkan minum lemon selama lebih dari tujuh bulan antibody aku makin kuat. Dah tak pernah selesma atau demam walau terkena hujan sekalipun. Masalah resdung pun makin berkurangan. Kalau dulu tak payah cakap, pantang kena hujan dah demam. Kadang dalam sebulan tu dua kali jatuh demam. Bila officemate demam akupun terjangkit sekali. Tapi sekarang, biar satu rumah demam aku jugak yang sihat walafiat hehe. Alhamdulillah biarpun cuaca panas yang melampau sekarang ni, badan masih kuat dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kulit pun semakin cantik, berseri!

Apa kaitan dengan resdung? Resdung tu sebenarnya berpunca dari sejenis bakteria yang tinggal di dalam rongga sinus. Apabila sistem pertahanan tubuh seseorang itu lemah bakteria akan membiak dengan banyak dan ianya menyebabkan masalah resdung. Apabila sistem antibody tubuh kuat bakteria tersebut tidak akan mampu hidup atau membiak di dalam rongga sinus.

Nak cantik dan sihat? Amalkan segelas jus lemon setiap hari :)


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Tuesday, April 5, 2016

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Assalamualaikum ..

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah.

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula
1 April sehingga 14 April 2016
dengan klik link di bawah ini