Assalamualaikum..
Review Buku Rehabilitasi Karya Faiz Ibrahim | Sebelum ini aku tak bacapun buku-buku macam ni, selalunya baca novel cinta ataupun novel misteri dan cerpen pendek. Pertama kali baca, apa yang boleh aku katakan buku ni memang bagus dan korang wajib baca. Buku Rehabilitasi ni adalah kesinambungan dari Reinkarnasi karya pertama Faiz Ibrahim.
Pelbagai macam cerita yang disampaikan melalui buku ini berkaitan Tuhan, kawan, cinta, kerjaya dan keluarga. Sesetengah yang mahu disampaikan oleh penulis benar-benar berlaku dalam hidup aku dan mungkin hidup korang juga. Aku sangatlah terkesan dengan penulisan penulis, seolah-olah ada sesuatu yang baru menyuntik semangat aku untuk terus berjalan ke hadapan. Buku ni buat aku terfikir dan berfikir, teringat dan mengingat detik-detik yang pernah aku lalui. Detik suka dan duka, senang dan susah. Semuanya!
Buku Rehabilitasi ini juga kadang buat aku tersenyum, tersengih dan ketawa. Ada kalanya aku rasa penulis ni sangat 'sweet' dan kelakar. Salah satu ayat penulis yang buat aku ketawa ;
Jadi, bagi sesiapa yang nak 'move-on' dari kegagalan hidup, kegagalan cinta atau mereka yang susah nak 'move-on', aku cadangkan korang beli buku Rehabilitasi ini. Banyak teguran yang mampu membuatkan kita sedar dan bangkit dari kisah lama. Jangan lupa beli buku Reinkarnasi juga :)
Sekian review ringkas dari aku.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan kecuali masalah yang ditimbulkan wanita ketika dia sedang datang bulan. Ha ha ha. Gurau je. Gurau pun tak boleh. -Rehabilitasi, Faiz Ibrahim
Jadi, bagi sesiapa yang nak 'move-on' dari kegagalan hidup, kegagalan cinta atau mereka yang susah nak 'move-on', aku cadangkan korang beli buku Rehabilitasi ini. Banyak teguran yang mampu membuatkan kita sedar dan bangkit dari kisah lama. Jangan lupa beli buku Reinkarnasi juga :)
Sekian review ringkas dari aku.
with love~ Cik Itah @ ramaramapendek
mcm best je tgk buku ni..lama yui xbeli apa apa buku..
ReplyDeleteTeringin juga nak miliki karya2 Faiz Ibrahim ni..
ReplyDeleteDah masuk dalam list... TQ share..
ReplyDeletesaya tunggu saya punya review..takder pon T-T
ReplyDelete