Thursday, February 13, 2014

Tiga Pertemuan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Tiga pertemuan. ini bukan kisah sebenar cuma hasil pena yang tak seberapa. tidak sehebat Anis Ayuni. korang layankan sajalah ya!

mata


pertemuan pertama
Dapat ku rasakan sepasang mata melakat diwajahku. Eh iyakah? Atau perasaan aku saja?
Aku mengangkat muka malas. "Sah. Hesyy..apa kenalah pula mamat ni..!", Bentak hatiku.
Sekilas pandangan ku jatuh pada seseorang yang berdiri tidak jauh dariku. Di tangannya terpegang kemas fail tertulis INTI college. Berkulit sawo matang, bercermin mata dan sedap mata memandang.
"Boleh tahan..", Bisikku dalam hati. Senyuman kecil terukir dibibir.
Sedang asyik ku memerhatikannya, seketika pandangan kami berlaga. Opss!

pertemuan kedua
Terasa penat sungguh kaki berjalan. Sekilas ku kerling jam ditangan. 5.30 minit petang. Lega. Mujurlah masih awal, tak perlu terkejar-kejar waktu maghrib. Dari jauh kelihatan cuma ada satu bas, mujurlah tak ramai orang.
Perlahan ku langkahkan kaki ke dalam perut bas. Mataku melilau mencari tempat duduk kosong. Aku tersentak tatkala pandanganku bertembung dengan sepasang mata. "Eh dia ni lagi..", Bisikku perlahan namun cuma dalam hati. 
Penampilan yang sama dan fail yang sama.

pertemuan ketiga
"Alamak tak ada bas la pula. Lambat sampai rumahlah kalau macam ni..aduhaii", Omelku dalam hati.
Dengan langkah perlahan bus stop ku hampiri.
Dapatku rasakan sepasang mata memerhati. Perlahan ku angkat wajah. Aku kaku. Untuk ketiga kalinya sepasang mata itu bertemu pandang dengan mataku.
Satu perasaan yang aneh menyelinap didalam hati. Kuakui perasaan itu sejak pertemuan pertama dahulu.
Wajahnya nampak ceria dan dibibirnya terukir senyuman untukku. Namun aku malu. Malu untuk membalas senyuman itu. Sungguh!

Akan adakah lagi pertemuan antara aku dan dia?? ----->> the end.

P/S : buat student INTI bercermin mata dan berkulit sawo matang-minta maaf sebab guna watak dan personaliti anda tanpa kebenaran hikss T.T


with love~rrp.cik itah
Read More »

Monday, February 10, 2014

Review : Pelamin


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terasa dah lama aku tak merapu hihi

Tetiba nak review pelamin huhu macam ada hati nak kahwin ja haha eh tak, bukan macam tu.

Aku sebenarnya nak kongsi gambar pelamin abang-abang dan kakak-kakak aku tapi sebelum tu for your information aku ada dua abang dan dua kakak yang telahpun berkahwin so sepatutnya ada empat pelamin tapi aku sertakan cuma tiga sebabnya abang kedua dan kakak aku yang lagi seorang tu berkahwin secara serentak jadi pakai pelamin yang sama la hihi :)
Tapi pelaminnya tak adalah sehebat mana. Pelamin kampung katakan hee

Eh eh ada pengantin pulak kat situ huhu

ini pelamin abang dan kakak aku yang berkahwin serentak

ini pelamin yang separuh siap, karpet hijau tu sepatutnya tak ada pun T.T

ini gambar sekeluarga. comel kan baju semua sama :)

Agak-agak lah kan, bilalah aku ni nak naik pelamin? dan siapalah pula bakal suami aku? hee jodoh itu rahsia Allah <3


with love~rrp.cik itah
Read More »

Thursday, February 6, 2014

Pemandangan Di Kampung : Sawah Padi


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Cuti tahun baru cina baru-baru ni, inilah dia aktiviti aku-menolong ibu dekat sawah. Seawal jam 7.00 pagi sampailah jam 1.00 tengah hari, mahunya terbakar kulit aku duduk tengah panas ngeh ngehh tapi tak apalah, bukan selalu dapat tolong ibu :) Rasa berbangga sangat dapat ringankan beban ibu.
Seronok sebenarnya bermain lumpur dekat sawah ni tapi yang tak bestnya bila ada lintah! muahaha mahunya satu dunia dengar jeritan aku kuikuikui~
BTW, cantik kan pemandangan kat kampung aku hehe ala-ala kampung Zara Amira dekat Love You Mr Arrogant gitu hahaha kan kan kan? adusshh~berangan tak sudah!

Pemandangan Di Kampung : Sawah Padi




ini ibu aku hihi


terjejas teruk disebabkan banjir yang berlaku pada bulan lepas



with love~rrp.cik itah
Read More »

Tuesday, February 4, 2014

Search Keywords : Jenis Darah


jenis jenis darah
GOOGLE

Search Keywords : Jenis Darah | Agak popular juga keywords ni ya, tak sangka haha iyalah rasanya aku cuma sekali kut mention pasal jenis darah dekat blog ni. Meh aku bagi tunjuk korang jenis-jenis darah yang ada tetapi haruslah korang tahu aku kalau bab-bab ni semua aku taklah arif benar sebabnya aku ambil kos perniagaan masa study dulu bukan kos perubatan atau yang seangkatan dengannya hehe lagi satu subjek sains bukanlah subjek yang aku gemari masa sekolah dulu. Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal jenis darah ini, dipersilakan untuk google sebabnya yang ni pun aku pinjam dari google sebenarnya hihihi ^_^

P/S : aku darah O- , korang pula??


with love~rrp.cik itah
Read More »