Thursday, February 13, 2014

3 Pertemuan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Tiga pertemuan. ini bukan kisah sebenar cuma hasil pena yang tak seberapa. tidak sehebat Anis Ayuni. korang layankan sajalah ya!

mata


pertemuan pertama
Dapat ku rasakan sepasang mata melakat diwajahku. Eh iyakah? Atau perasaan aku saja?
Aku mengangkat muka malas. "Sah. Hesyy..apa kenalah pula mamat ni..!", Bentak hatiku.
Sekilas pandangan ku jatuh pada seseorang yang berdiri tidak jauh dariku. Di tangannya terpegang kemas fail tertulis INTI college. Berkulit sawo matang, bercermin mata dan sedap mata memandang.
"Boleh tahan..", Bisikku dalam hati. Senyuman kecil terukir dibibir.
Sedang asyik ku memerhatikannya, seketika pandangan kami berlaga. Opss!

pertemuan kedua
Terasa penat sungguh kaki berjalan. Sekilas ku kerling jam ditangan. 5.30 minit petang. Lega. Mujurlah masih awal, tak perlu terkejar-kejar waktu maghrib. Dari jauh kelihatan cuma ada satu bas, mujurlah tak ramai orang.
Perlahan ku langkahkan kaki ke dalam perut bas. Mataku melilau mencari tempat duduk kosong. Aku tersentak tatkala pandanganku bertembung dengan sepasang mata. "Eh dia ni lagi..", Bisikku perlahan namun cuma dalam hati. 
Penampilan yang sama dan fail yang sama.

pertemuan ketiga
"Alamak tak ada bas la pula. Lambat sampai rumahlah kalau macam ni..aduhaii", Omelku dalam hati.
Dengan langkah perlahan bus stop ku hampiri.
Dapatku rasakan sepasang mata memerhati. Perlahan ku angkat wajah. Aku kaku. Untuk ketiga kalinya sepasang mata itu bertemu pandang dengan mataku.
Satu perasaan yang aneh menyelinap didalam hati. Kuakui perasaan itu sejak pertemuan pertama dahulu.
Wajahnya nampak ceria dan dibibirnya terukir senyuman untukku. Namun aku malu. Malu untuk membalas senyuman itu. Sungguh!

Akan adakah lagi pertemuan antara aku dan dia?? ----->> the end.

P/S : buat student INTI bercermin mata dan berkulit sawo matang-minta maaf sebab guna watak dan personaliti anda tanpa kebenaran hikss T.T


with love~rrp.cik itah

46 comments:

  1. amboii berjiwang plak ya itah..andai itu jodoh mu insyallah pasti ketemu jua

    ReplyDelete
  2. peewit...
    pertemuan keempat cmner agaknyer yer.
    hehehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha..korang. ini cuma tulisan saja la..bukan kisah sebenar hihi

    ReplyDelete
  4. kalau sudah tercipta jodohnyanya, pasti ada pertemuan itu.

    ReplyDelete
  5. ehemmmehemmmm....pertemuan demi pertemuan...
    Semoga itu lah jodoh nya ye..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum itah.. sambung lagi ekk. best ni!

    ReplyDelete
  7. amboih.. ada bakat tulis novel ni.. heee

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum... boleh d sambungkn crita ni....

    ReplyDelete
  9. @Sheila Salim hahaha in shaa Allah kak jika ada pertemuan yang ke-4 itu :D

    ReplyDelete
  10. @tenku butang hihi sikit saja dear..tak berbakat mana pun :)

    ReplyDelete
  11. pertemuan keempat nanti jangan lupa senyum balik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. ~ hai nice story keep good work

    http://asalmasukduit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Oh love story xD
    Kalau ada jodoh inshaaAllah you will meet him again..

    ReplyDelete
  14. sekedar cerita khayalan je ke. Buat cerpenlah

    chêguzαm

    ReplyDelete
  15. wah dah baca mcm bleh wat short movie..klau dpanjangkan bleh wat novel:P

    ReplyDelete
  16. tiba2 teringat plak movie yana samsudin dan piere andre 3 temujanji tu. hehe

    ReplyDelete
  17. wah..bahaya ni ita...kita pernah mengalaminya..he..he

    ReplyDelete
  18. ala sweetnya malu nak reply senyuman. hehehe.

    ReplyDelete
  19. hope ada lah ... taman dlm hati pun dah mula berbunga2 tu ... heheheee

    ReplyDelete
  20. ada tu.. ada.. mana sambungannya cik Itah? hehehe...

    ReplyDelete
  21. wahwahwah Cik ittah kite hehe
    Pertemuan Ke 4 mulekan la bg salam :)

    ReplyDelete
  22. bagaimanakah ptemuaan ke 4..dan 5..ada sambungan x..he..he. :)

    ReplyDelete
  23. wah tak kan xder sambungan..ke sambung ke layar perak jd filem lak..hihi

    ReplyDelete
  24. nice blog , slm kenal & done follow sini !

    ReplyDelete
  25. Amboi. Ada lagikah pertemuan seterusnya?

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  26. waaa siapakah lelaki misteri tersebut ..chak! umi tertanya2 dan tak sabar menunggu cerita selanjutnya ni ..chak!

    ReplyDelete
  27. boleh dipanjangkan lagi menjadi carpen..atau novel mungkin?? :)

    ReplyDelete
  28. ececehh. cepatlah update lagii. hehe

    ReplyDelete
  29. ehem2 siapakah gerangannya cik itahh ;)

    ReplyDelete
  30. Waah... siapakah gerangan si jejaka yang bertuah iteww! :D
    Keduanya sudah kena karenn! hehehe...

    ReplyDelete
  31. itah....lau ada pertemuan yg seterusnya update lg ea....hihihihihi seronok sgt.

    ReplyDelete
  32. Singgah Sabtu di sini sambil isi tabung INTI & British Council..

    ReplyDelete
  33. eh eh ingat filem 3pertemuan tuu..hehe

    alolo sweet nyaaa.. ckup 4pertemuan jodoh la tuu.. hahaha

    err nape bkn cerita sbnar ekk. huhu

    ReplyDelete
  34. Nice.. cubalah teruskan agar jadi novel.. Mana tau boleh jual..

    ReplyDelete