Friday, June 27, 2014

Selamat Berpuasa :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Mr.Nuffnang dah bertukar wajah kan? Ehe suka suka!






Debar ku menanti ramadhan kali ini bagaikan debar menanti bakal suami melafazkan ijab dan kabul. Ehh?? Hahahaha Gurau ja :D
Diatas tu design saja-saja untuk hilangkan keboringan yang melanda tapi di bawah ini aku design khas untuk kamu kamu kamu! Biarpun aku tak pro seperti mereka-mereka yang pro, namun ini aku design khas dengan penuh rasa cinta untuk semua yang mengenali I.T.A.H @ H.A.T.I ..ehehe!

Kbye! As salam..


with love~rrp.cik itah

Thursday, June 26, 2014

First Mini Giveaway Topup by Mrsyatie

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

http://www.mrsyatie.blogspot.com/2014/06/first-mini-giveaway-topup-by-mrsyatie.html

Syarat:

do follow : Mrsyatie blog
do follow : Mrsyatie Facebook
do : Buat satu entry bertajuk "First Mini Giveaway Topup by Mrsyatie"
do : Letak banner diatas dan Link kan ke entry ini
do : Entry yang siap letak entry yang telah korang buat ke kotak komen entry ini.
do : Tag 5 orang rakan blogger

5 Mangsa Tag ;

with love~rrp.cik itah

Wednesday, June 25, 2014

Search Keyword

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

8Share kini berwajah baru kan?? Nampak lagi NICE!

OK. Search Keyword minggu ini yang buat aku tergelak :D
  1. Abaikan saja aku
  2. Kata-kata bekas BF
  3. Lipgloss aku guna



Keyword: Abaikan saja aku
Hahaha apa sebenarnya yang dicari tu? Serius aku tak faham. Siapa yang diabaikan ni? dan siapa pula yang mengabaikan? huuuuu

Keyword: Kata-kata bekas bf
Eh? Hahaha sibuk nak tahu kata-kata bekas bf buat apa? hahaha kelakar betul dia ni lah!

Keyword: Lipgloss aku guna
Ngeee~ Ermm?? Ini nak tahu lipgloss aku guna ke apa ni? Kalau aku hee aku tak pakai lipgloss pun, cuma pakai baby lipbalm dari maybelline ;-)


with love~rrp.cik itah

Monday, June 23, 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

http://www.duniashida.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

Tamat : 28 Jun 2014

Pengalaman bersama Nuffnang. Aku berblog pada tahun 2011 namun aku mula join Nuffnang pada awal tahun 2012. Masa mula-mula join tu tak berapa reti lagi pasal Nuffnang ni hehe. Main daftar begitu saja. Status Giltterati pun tak dapat sebab aku pasang Advertlets sebelum mengenali Nuffnang. Namun akhirnya aku mengambil keputusan untuk setia bersama Nuffnang sehingga kini dan akhirnya aku mendapat status Giltterati :)

CPUV dari Nuffnang. Alhamdulillah setakat ini ada juga CPUV yang melekat. Murah hati Nuffnang bagi hehhee itu yang makin sayang dan setia dengan Nuffnang ^_^

Event yang dianjurkan oleh Nuffnang. So far aku belum berkesempatan untuk join mana-mana event yang Nuffnang anjurkan memandangkan aku duduk jauh di Sabah.

Earning bersama Nuffnang. Setakat ini, earning sudah mencapai RM100++ tapi belum berniat untuk cashout lagi hehe so pengalaman cashout tu takda :D

okay. itu sahaja. sekian :))


p/s : jom bersama meriahkan segmen. kalau nak join boleh klik banner diatas :)


with love~rrp.cik itah

Friday, June 20, 2014

Salam Jumaat :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Cepatnya masa berlalu kan? Terasa baru semalam bulan januari, sedar tak sedar eh tak lama lagi nak puasa dah rupanya. Jom bersama kita persiapkan diri untuk mengharungi ramadhan tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan amalan kita diterima - amin. Btw, salam jumaat semua :)

picture credited : http://www.islamgrid.gov.my

p/s: Al-Fatihah buat arwah Blogger Syuhada Baharudin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu, 18.06.2014. Semoga rohnya tenang disana - amin. Even aku belum sempat mengenali arwah namun sebagai seorang blogger aku juga dapat merasai kehilangan dan kesedihan blogger+ yang begitu mengenali arwah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk arwah disana.

with love~rrp.cik itah

Wednesday, June 18, 2014

Antara Fakta Dan Auta | Orang Selalu Cakap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Antara Fakta Dan Auta | Orang Selalu Cakap..


Orang selalu cakap itu tandanya ini, ini tandanya itu dan sebagainya. Namun adakah ia Fakta atau Auta? Sebelum itu apakah fakta dan apakah auta?

Fakta – Suatu peristiwa, kenyataan atau pemerhatian yang diketahui benar atau dianggap benar berdasarkan pemerhatian.

Auta – Suatu yang orang cakap-cakap kosong atau cakap tak berasas maksudnya tanpa bukit. kebenarannya tidak diketahui.

 Antara Fakta Dan Auta | Orang Selalu Cakap..


1. Masa kecil dulu aku selalu dengar orang cakap bila bulu mata jatuh tandanya ada orang rindu kat kita. Ehh?? Habis tu kalau tiap hari ada sepuluh orang rindu kat kita botaklah bulu mata hahaha. Ini fakta atau auta??

2. Orang cakap bila kita tersedak masa makan atau minum maknanya ada orang teringat-ingat kat kita atau tengah mengumpat kita masa tu. Tapi masa zaman hingusan aku dulu kakak aku kata itu maknanya ada orang sebut nama kita kuat-kuat. Oo ehh?? Huhuhu fakta atau auta?

3. Ini pula petua yang selalu aku dengar dari orang sekeliling aku. Mereka cakap bila kita beli kasut baru, kita kena gigit dulu supaya kasut tu tak gigit kaki kita. Pelik bunyinya kan? Korang rasa ini fakta atau auta? Percaya atau tidak aku pernah try benda ni okay..sound funny kan? Hahaha tapi takda maknanya! Kasut tu tetap gigit kaki aku aihhhh~

4. Ini aku pasti korang selalu dengar. Whenever you think about someone a lot, its because they were thinking about you first. So bila kita rindu dengan seseorang tu maksudnya dia yang rindu kita dulu ke? Fakta atau auta? Ermmm..i’m thinking :D

5. Orang selalu cakap bila kita mimpi tentang sesuatu atau seseorang itu disebabkan kita terlalu memikirkan orang atau hal tu sebelum kita tidur. That’s why lah sampai termimpi bagai. Hm ini aku setuju ianya fakta sebab selalu terjadi dengan diri ehehehe :D

6. Orang cakap bila kita mimpi ular hitam, itu maknanya ada orang berniat nak hantar sihir dengan kita. Huuuu seram bunyinya kan? Simpang malaikat 44! Ini fakta atau auta? Hmm sebut tentang sihir ni mengingatkan aku tentang kisah aku masa study dulu.. :(

7. Orang cakap lagi, bila kita mimpi ular kejar kita itu tandanya ada orang minat kita dalam diam. Namun jika kita mimpi dikejar ular dan kena patuk ditangan itu tandanya ada orang nak masuk minang kita, boleh jadi cepat atau lambat. Maksudnya jika bukan masa ini mungkin setahun dua adalah tu meminang. Fakta atau auta? Hmm susah nak cakap.

Pengalaman aku la kan, aku pernah mimpi macam tu, dikejar ular dan kena patuk ditangan. Aku mimpi awal tahun lepas dan percaya atau tidak awal tahun ni someone telah melamar aku, kawan masa sekolah dulu. Bukan niat nak tolak jodoh atau keikhlasan hati dia namun sungguh aku berlum bersedia untuk terikat dengan mana-mana lelaki samaada atas ikatan boyfriend, tunang mahupun suami. Kejamkah aku?

Okay sudah! Back to topic, benda ni tak boleh juga kut nak cakap fakta dan aku pun tak cakap auta huu atas pagar. Tapi nak dijadikan cerita just percaya pada Qada dan Qadar Allah. Mungkin semuanya hanya kebetulan kan? :)

Okay. Itu antara fakta atau auta yang aku dengar dan orang selalu cakap. Korang pula? Jom kongsi :)


with love~rrp.cik itah

Tuesday, June 17, 2014

Cara “Blogwalking”

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credit : okenesia.com



Ini cara aku blogwalking mengikut keutamaan, cara korang bagaimana pula?

Cara "Blogwalking"


Pertama: Blogger yang “drop comment” dekat blog

Ini sudah pastinya diutamakan. Tak kiralah blogger tu dah follow blog aku atau belum, blog dia lambat loading ke tak, ada word verification ke takda, guna kotak komen Disqus atau Google+. Yang pasti bila dia dah drop comment, satu kewajipan untuk aku drop comment kembali dekat blog dia. Dan jika aku kekurangan idea tak tahu nak komen apa, aku akan baca entry yang lain yang boleh buat aku ada idea. Melainkan jika benar-benar takda pilihan seperti button comment takda atau tidak berfungsi dengan terpaksa tinggalkan jejak dekat cbox atau shout sajalah.

Kedua: Bloglist

Selepas cara pertama sudah pastinya ini cara kedua aku, drop comment dekat blogger yang tersenarai sebagai bloglist dekat blog aku. Jangan tak tahu, mereka yang jadi bloglist blog aku ni sebenarnya mereka-mereka yang telah berjaya memikat hati aku hahaha. Tapi sepertinya makin ramai bloglist aku yang menghilang tanpa khabar seperti blogger Akmal, blogger Zara, blogger Fais dan blogger Aida Ismail. I wonder…

Ke-tiga: Blog yang aku Follow

Cara ketiga adalah drop comment dekat blog-blog yang aku follow. Haa yang ini aku komen mengikut entri terbaru dari mereka dekat menu utama dashboard blogger. Namun kadang-kadang timbul masalah kan? Blog yang kita follow tak keluar kut..huuuu

Ke-empat: Nuffnang

Melalui Nuffnanger yang view blog aku. Dari sini ramai aku detect blogger yang memilih untuk jadi silent reader :)

Ke-lima: Cbox atau Shout dan follower

Ini cara terakhir aku untuk blogwalking. Jujurnya, aku tak berapa alert dua perkara ni huhuhu mengecewakan bunyinya, kan?? I am so sorry guys, I really appreciate you all yang sudi jadi follower dan tinggal jejak dekat cbox @ shout blog aku namun apakan daya aku cuma blogger part time bukan blogger fulltime yang punya cukup masa untuk terjah semua blog.

p/s: cadangan aku untuk blogger yang follow blog aku dan blogger yang tinggalkan jejak dekat cbox@shout – kalau boleh tinggalkan jejak korang dekat entri okay (drop comment dekat entri) tak kisahlah komen korang takda kena mengena dengan entri seperti korang komen cakap korang dah jadi follower blog aku ke, menabung nuffnang dekat blog aku ke atau apa-apalah. Sekurang-kurangnya ia  boleh buat aku alert kedatangan korang dekat blog aku dan aku tak perlu rasa serba salah..okay, will you??

Okay itu sahaja untuk hari ini. Sekian :)

with love~rrp.cik itah

Monday, June 16, 2014

I'M Back!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


I'M back setelah menghilang beberapa hari. Ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Buat pengetahuan korang, hari rabu minggu lepas adik kepada arwah ayah aku telah kembali ke rahmatullah. Sedikit sebanyak terkesan juga dengan aku. Sedih. Wajah, suara dan perwatakan arwah sama seperti arwah ayah aku malah kami beradik pun memanggil arwah dengan panggilan bapa. Arwah juga tempat kami menumpang kasih seorang ayah namun yang pergi tetap pergi, kita yang hidup perlu teruskan hidup..kan? :)

Apapun al-fatihah buat arwah Uncle Sauna, adik kepada arwah ayah aku. Al-fatihah juga untuk arwah ayah dan atok aku. Semoga roh mereka semua ditempatkan disisi orang-orang yang beriman-amin.

Okay. Jom blogwalking hee aku rindu nak drop comment blog korang :))
I miss you all ^^ <3


with love~rrp.cik itah

Wednesday, June 11, 2014

Antara Sebab Yang Membatalkan Niat Untuk “Drop Comment” Semasa Blogwalking

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credit : iamerinbrown.com

Ini pendapat aku sajalah – pendapat kita mungkin tak sama hehe :P

p/s : jangan heran kalau korang nampak ada yang tak kena dengan blog aku ok, belum siap edit sepenuhnya huuu rehat sekejap kononnyalah :D

Antara Sebab Yang Membatalkan Niat Untuk “Drop Comment” Semasa Blogwalking.


Blog lambat loading p/s kotak komen tak keluar

Pernah tidak terjadi dengan korang bila terjah satu blog tu loading blog okay tapi kotak komen dia pula asyik loading, loading dan loading. Entah sampai bila nak habis loading tak tahulah huhu refresh banyak kalipun tetap sama. Ini memang aku X saja huhu cukuplah tinggalkan jejak dekat Cbox atau Shoutmix. Itupun kalau ada :D

Button Comment tidak berfungsi

Bila halakan mouse dekat Button Comment memang ada link (link hover) tapi bila klik tak jadi apa-apa kut. Kotak komen tak keluarpun. Malu agaknya hahaha. Ini kes terlebih edit blog ke apa ni sampai kotak komen dah takda function huhu p/s hati-hati bila edit blog jangan sampai ada eror k :P

Word Verification

Heh! Bila tipu, aku akan kata erm okay ja. Tapi jujurnya sungguh aku menyampah hahaha. Aku sometime jadi rabun kut nak mengenal huruf dan nombor tu semua, rasa nak terkeluar biji mata pun ada. Sudahlah bersambung panjang pula tu kekadang aigooo..memang aku batalkan sajalah niat untuk komen tu. Komen pun kalau rajin nak key-in bebanyak kali huhu

Kotak komen (Disqus & Google+)

Hah ini aku komen ikut mood dan situasi.

Google+. Kalau kotak komen Google+ loading cepat maka akan adalah aku drop comment tapi kalau lambat loading huuu dengan hati yang sedih X sajalah :( but best juga pakai kotak komen G+ ni. Mudah dan senang :).

Disqus. Ini aku memang betul-betul komen ikut mood. Aku memang ada akaun Disqus tapi sungguh aku malas bila nak komen kena sign-in bagai huuu baca dan baca entri akhir sekali nampak kotak komen Disqus auchhh jadi silent reader sajalah :D

Kekurangan Idea

Huu macam pelik bunyinya kan tapi itulah hakikatnya haha. Sometime ada blogger yang takda idea untuk komen sesuatu entri itu termasuklah aku hahaha :D


with love~rrp.cik itah

Monday, June 9, 2014

Edit Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Terbaru dari ChurpChurp : Estee Lauder Nutritious Rosy Prism

Perhatian kepada pembaca dan pengunjung blog Cik Itah @ Rama Rama Pendek. Jangan terkejut jika korang ternampak yang pelik-pelik dekat blog aku ni okay. Buat masa ini blog dalam proses pengeditan lagi huhu so aku belum ada masa untuk blogwalking atau terjah mana-mana blog. Terpaksa abaikan kejap komen korang dan insyAllah jika dah selesai proses mengedit blog pasti akan ku terjah blog korang.

Okay antara yang akan aku edit ialah lebar blog (body & sidebar) memandangkan aku rasa blog aku ni macam terlebih comel pula hahaha mentang-mentang tuan punya blog kecik blog pun kecik ya :P. Blogger Acik aka Aku Penghibur pun suggest untuk besarkan ruangan entri (post body) dan aku pun sememangnya rasa begitu. Ruangan entri perlu dibesarkan. Thanks Acik!

Satu lagi yang akan diubah ialah Header, Body Border Crown dan Footer Body Crown blog menjadi seperti gambar dibawah ; p/s part ni agak susah sikit - percaya atau tidak satu malam aku tak tidur hanya kerana nak design semua ni huhuhu


p/s : korang kalau ada cadangan untuk akupun okay jugak hehehe

SEKIAN.

with love~rrp.cik itah

Email Dari Bos?!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Dapat email dari bos huhuhu dalam hati mesti kena sound ni :D
Bila cek ja..eh?? Biar betul cik bos ni huuu


P/S : aku sebenarnya nak edit blog. korang boleh bagi cadangan tidak nak edit macam mana? besarkan lebar blog ke dan sebagainya lah. Terima Kasih :))




with love~rrp.cik itah

Friday, June 6, 2014

Jawatan Kosong Terkini RISDA - Tarikh Tutup 13 Jun 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Fikir, fikir, fikir dan fikir huuu kosong otak aku takda idea nak buat entry apa. Baiknya aku tolong promote kokosongan jawatan di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) . Sila lihat senarai kekosongan, mana tau ada yang nak apply :)

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Jun 2014

11 jawatan ditawarkan. klik untuk lebih jelas
  1. PEGAWAI PERTANIAN G41 - 13 Kekosongan
  2. PEGAWAI TADBIR N41 - 2 Kekosongan
  3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 - 1 Kekosongan
  4. PENOLONG AKAUNTAN W27 - 4 Kekosongan
  5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 - 6 Kekosongan
  6. AHLI FOTOGRAFI B11 - 1 Kesosngan
  7. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN OPERASI N17 - 17 Kekosongan
  8. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W27 - 11 Kekosongan
  9. TUKANG K2 R11 - 2 Kekosongan
  10. PEMANDU KENDERAAN R3 - 7 Kekosongan
  11. PEKERJA AWAM R1 - 7 Kekosongan

Permohonan perlu dibuat secara online melalui Job Malaysia
Kalau nak tengok Iklan Kekosongan & Syarat Jawatan pun korang boleh tengok di Job Malaysia

p/s : kalau takda akaun Job Malaysia daftarlah cecepat okay :))

sekian dan all the best buat mereka yang nak apply tu :) semoga murah rezeki - amin


with love~rrp.cik itah

Thursday, June 5, 2014

Churp Churp | Your Current Earnings RM 0.00 & Nuffnang | CPUV DKSH-Tiger Balm Mosquito

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



ChurpChurp | Your Current Earning RM 0.00. Uwahh earning tinggal RM 0.00 maksudnya lepas ni hanya menunggu ketibaan duit raya dari ChurpChurp la kan heeee.

Nuffnang | CPUV DKSH-Tiger Balm Mosquito. Murah hati Nuffnang bagi CPUV, apapun thanks Nuffnang <3

Earning dari Nuffnang biarpun RM 100+++ aku sayang nak cashout, pasal apa akupun tak tahu. Selalunya cashout ChurpChurp & 8Share saja. Tapi jika dibandingkan ChurpChurp dengan 8Share, aku lagi suka cashout 8Share sebabnya tak sampai seminggu duit dah masuk dalam akaun manakala Nuffnang & ChurpChurp pula kena tunggu sebulan dua baru cek sampai ke tangan. Apapun aku sayang ketiga-tiga ni : Nuffnang, ChurpChurp & 8Share :))

with love~rrp.cik itah

Tuesday, June 3, 2014

Jambatan Kaca Di Gunung Tianmen, China

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credit : http://ghost88ghost99.blogspot.com
credit : http://ghost88ghost99.blogspot.com
credit : http://anaktag.blogspot.com
Jabatan kaca di Gunung Tianmen di Zhangjiajie, China dengan ketinggian 1.432 mdpl dengan lebar jambatan 3 meter dan panjang 60 meter. Jambatan yang dinamakan Tianmen Skywalk ini terletak 4.700 kaki atau 1.400 meter di atas permukaan laut di sisi Gunung Tianmen. Huu unik dan nampak menarik bukan? Takda di Malayasia ni. Agak-agak korang berani tidak berjalan dekat jambatan kaca tu? Huuu aku memang taklah jawabnya. Seram aihhh~ T.T

p/s : info lanjut korang boleh baca di SINI dan SINI :)

with love~rrp.cik itah

Monday, June 2, 2014

Don't Remind Me It's Monday!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credit to Google
Alarm handphone berbunyi subuh tadi haishh macam nak ja aku marah "don't remind me its Monday!'' huhuhu memandangkan minggu lepas cuti hari ini terus jadi monday blues hahaha. Btw, hari ini adalah hari pertama aku puasa sunat hehehe dah nak ramadhan baru nak puasa sunat eh? teruknya!

with love~rrp.cik itah