Wednesday, January 27, 2016

Antara Makanan Popular di Kota Belud

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai buat semua blogger :)

Antara Makanan Popular di Kota Belud | Teringat conversation aku dengan pekerja part-time (Kak Anifah) pada hari jumaat lepas (22.01.2016) mengenai makanan yang dia amat gemari di Kota Belud. Timbul idea untuk kongsi beberapa makanan yang agak popular di kalangan penduduk Kota Belud tidak kurang juga turut digemari oleh penduduk dari luar kawasan Kota Belud seperti Kak Anifah yang berasal dari Beaufort, Sabah.

1. Ikan Pangi

Ikan Pangi
sumber gambar : EatingAsia
Ikan Pangi kebiasaannya dijual di Tamu Ahad KB dan boleh juga didapati di Pasar Tani KB. Harga dalam satu tumpuk [lebih kurang 10 hingga 15 ekor saiz sederhana] adalah RM5 hingga RM10. Ikan yang selalunya digunakan untuk membuat Ikan Pangi ialah Ikan Talapia atau Ikan Belanak [orang KB biasanya panggil Ikan Kembura]. Bahan perapan untuk Ikan Pangi pula adalah buah Buah Keluak atau Buah Kepayang atau lebih dikenali dengan nama Buah Pangi dikalangan penduduk setempat.

Ikan Pangi boleh digoreng terus[tak perlu cuci] dan di cicah dengan air limau+lada dan dimakan bersama nasi putih. Rasanya memang sedap!

 2. Ikan Liking

Ikan Liking
sumber : EatingAsia
Ikan Liking pula diperbuat dari Ikan Talang yang dilumur dengan garam dan lada. Selepas itu dikeringkan. Ikan Liking boleh juga dibuat dari ikan lain selain dari ikan talang tapi rasanya agak kurang sedap. Ikan Liking boleh didapati di Tamu Ahad KB dan Pasar Besar KB. Biasanya harga Ikan Liking ni sekitar RM10 hingga RM25 atau lebih [bergantung kepada saiz].

Ikan Liking biasanya dipotong kecil-kecil dan digoreng. Sedap dimakan bersama cicah air asam dan nasi putih.


3. Bubuk

Bubuk
sumber : EatingAsia
Bubuk diperbuat dari Udang Geragau atau Udang Rebon yang telah dikeringkan. Kebiasaannya harga Bubuk adalah RM2 atau RM3 sebungkus [bergantung pada kuantiti] dan dijual di Tamu Ahad, Pasar Besar dan Pasar Tani mengikut musim. Bubuk kebiasaannya dimakan bersama nasi juga digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Bubuk juga boleh dibuat cucur dan dimakan bersama sambal lada dan rasanya memang sedap!

Selain ikan pangi, ikan liking dan bubuk, banyak lagi sebenarnya makanan yang popular di Kota Belud seperti kuih Penjaram, Berati, Laru' dan Lato'. Kedengaran pelik bukan? Tapi jangan risau semuanya HALAL. Inshaa Allah aku akan kongsikan nanti.


Sekian dan salam sayang buat semua blogger :)


with love~rrp.cik itah

Thursday, January 21, 2016

Kerana Terkunci Tombol Pintu Melayang RM30!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai buat semua blogger :)

tombol pintu
sumber gambar : Blog AzmanHayaty

Hanya kerana terkunci tombol pintu melayang RM30!

Terjadi pada hari kedua aku bekerja di tempat kerja baharu. Gila punya gusar aku hari tu bila office-boy kata semua kunci ada di dalam. Memang kebiasaannya diorang tak kunci pun bilik staff. Sudahlah pagi tu bos ada meeting pukul sepuluh! Gila.

Hampir 30 minit aku dengan Jasrin mencuba pelbagai cara untuk buka tombol. Pakai kad, gunting, semua tak berhasil. Tak ada jalan lain aku turun ke bawah jumpa security Menara MAA. Manalah tahu kut-kut ada kunci tapi malangnya takda. Hu hu kecewa tapi nasib baik kebetulan ada budak maintenance dekat situ. Aku ceritalah apa yang terjadi then dia follow aku ke office.

"Takda jalan lain ni, kena rosakkan tombol then ganti dengan tombol baru. Tapi saya caj RM30". Masa tu aku tak fikir sudah pasal duit, terus setuju. Kurang dalam sepuluh minit akhirnya tombol pintu diganti dengan tombol baru. Tak lama lepas tu client bos datang. Fuhh mujurlah bos tak tahu. Aku rasa sampai sekarang bos pun tak tahu pasal tu.

Berbalik dengan budak maintenance tadi sebelum dia pergi masih sempat berpesan "Tapi jangan beritahu management ya pasal ni sebab ini sendiri-sendiri punya" Aku sekadar senyum dan angguk mengiyakan. Untunglah kau. Aku juga yang rugi tak pasal-pasal melayang RM30. Huuu masa tu hebat aku menyumpah seranah dalam hati. Geram dengan diri sendiri!

Pada mereka yang banyak duit tu mungkin RM30 tu sikit ja tapi pada aku orang biasa ni RM30 tu sangat berharga ok. Tambang pergi dan balik ke Kota Belud tu! Pengajaran untuk aku, lain kali jangan cuai!

Sekian dan salam sayang buat semua blogger :)


with love~rrp.cik itah

Tuesday, January 19, 2016

Mencuba Benda Baru



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai buat semua blogger :)

cik itah

Mencuba Benda Baru

Since aku kini tinggal sendiri (menyewa) so agak senanglah untuk aku control makan. Maklumlah misi untuk kuruskan badan sudahpun bermula sejak satu januari. Azam tahun barulah kiranya. Perut pun sudah kempis. Padahal baru dua hari tak makan nasi kahkah! Well, gambar diatas tu gambar semasa aku join celebrate birthday anak buah kawan merangkap saudara aku juga. Tak pasal-pasal kena pakai topeng. Macam kami pula yang birthday he he he

ramaramapendek

birthday anak buah kawan

Tak banyak gambar aku join diorang sebab aku cuma sempat join sekejap. Baru saja majlis bermula adik aku datang jemput, makan pun tak sempat. Hanya sempat merasa secubit kek. Katanya nak keluar dengan kawan. Nak tak nak akupun terpaksa balik awal huhu #mukasedih

Hari ini sebenarnya hari ke empat aku bekerja ditempat baru. Lawyer firm juga tapi kali ini tugas aku lebih tertumpu di bahagian Conveyancing. Kalau dulu tertumpu dengan Litigation. Seperti ada kejutan budaya disitu hukhuk banyak aku kena belajar. Tapi okay juga mencuba benda baru kan. Harap segalanya dipermudahkan untuk aku, inshaa Allah - amin.

Sekian dan salam sayang buat semua blogger :)



with love~rrp.cik itah

Sunday, January 3, 2016

Menghitung


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai buat semua blogger :)

Menghitung

Menghitung bulan, minggu dan hari..untuk kurus dan kurus dan kurus. Apa entah yang aku makan sampai berat sudah naik. Tinggi 148 ja tapi berat mak aihhh sudah lebih 50kg guys! Oh no. Mana aku tak stress? Aku sudah termakan gajah 5 ekor ke apa? Alamak..masalah, masalah! #obes #beratnaik #stress #diet #menghitung

cik itah tembom
Tengok betapa tembamnya pipi aku hukhuk

Menghitung bulan, minggu, hari, jam, minit, saat dan detik untuk bertemu seseorang. Siapakah? Haihhh..nervous sebenarnya! Haraplah si dia dapat flight murah dari KL-KK, KK-KL. Alangkah bagusnya kalau ada flight dari Batu Pahat terus ke Kota Belud, kan senang? Tapi aku yakin sampai ke tua pun memang takkan ada. Apapun semoga ada jodoh untuk kami dan semoga dipermudahkan segalanya, inshaa Allah. #cintajarakjauh #menghitung

MRS
Gambar siapakah ini? Krik krik :D


Sekian entri ringkas dari aku. Salam sayang buat semua blogger dan silent reader!


with love~rrp.cik itah

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru | Azam 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

azam 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Hai buat semua. Wuhuuu gila lama aku tak update blog. Rindu !! Masih ingat aku tidak? Btw, thanks to all blogger that still sudi untuk drop comment dekat blog ramaramapendek ni. Terima kasih sebab masih mengingati. Aku sebenarnya sibuk dengan kehidupan yang telah banyak berubah so aku take time untuk terima dan memperbaiki apa yang kurang.

So...apakah azam 2016 korang? Azam aku..aku mahu kurus! Hahaha eh tapi betul la. Aku mahu kurus. Berat sudah obes ni, tidak padan dengan pendek kahkah! Inshaa Allah semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah. Apapun azam kita tahun ini semoga berjaya! Yakin boleh!

Sekian entri ringkas dari aku. Salam sayang buat semua blogger. Keep in touch :)


 with love~rrp.cik itah