Thursday, December 22, 2016

Gaji Rendah Dan Poket Kering Setiap Hujung Bulan? Ini Cara Aku Untuk Kekal Stabil Sehingga Gaji Seterusnya

Assalamualaikum & hi

tip untuk simpanan


Sebelum itu, entri ini adalah khas buat mereka yang masih hidup bujang a.k.a single macam aku, mungkin bermanfaat juga buat mereka yang sudah berumah tangga.

Seperti yang kita tahu purata gaji (basic) di Malaysia hanya diantara RM800 sehingga RM1500. Ada juga yang lebih rendah sehingga RM500 sebulan. Frankly speaking gaji aku sekarang tidaklah setinggi mana. Jawatan pun hanya kerani, kerja pun dengan laywer firm. Orang selalu kata orang bujang ni tak perlu susah hati sebab tak perlu tanggung apa-apa yela hidup bujang kan. Silap okay! Habis tu mak bapak dekat kampung siapa nak bagi duit? Sewa rumah, PTPTN, loan kereta..siapa nak bayar? Simpanan takkan tak ada? Berkahwin ke bujang sama-sama ada tanggungjawab kan kan?

Gaji Rendah Dan Poket Kering Setiap Hujung Bulan? Ini Cara Aku Untuk Kekal Stabil Sehingga Gaji Yang Seterusnya.


1. Aku Buat Senarai Agihan Duit dan Jumlahnya 

Ini paling penting bila dah dapat gaji. Sebolehnya aku akan buat senarai agihan duit dahulu seminggu sebelum gaji. Senarai agihan ini termasuklah senarai barang keperluan, duit untuk keluarga (mak ayah), simpanan, sewa rumah dan sebagainya. 

2. Aku Bezakan Keperluan dan Kehendak 

Kena tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. Jangan penuhi kedua-duanya.  Contoh keperluan ialah makanan. Kehendak pula seperti barang perhiasan.

3. Aku Buat Simpanan dan Takkan Sesekali Gunakanny

Simpanan sangat penting untuk masa depan so kena belajar kawal diri supaya tidak boros dan berbelanja lebih. Esok hari susah kita tiba bukan semua orang dapat bantu kita tau. Kau minta duit dengan family pun belum tentu mereka dapat tolong. So setiap bulan aku akan tentukan saving aku berapa. Kalau bulan ni tak pakai banyak duit so aku akan lebihkan sedikit untuk simpanan.

4. Aku Simpan Duit Syiling (Jangan Remehkan) 

Jangan pandang sebelah mata duit syiling. Mungkin nilainya tidaklah sebesar note RM100 tapi orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 10 sen, 20 sen dan 50 sen..aku akan simpan. Duit 5 sen tu aku kumpul so kalau beli barang dekat mana-mana kedai dan memerlukan duit syiling aku akan bayar pakai 5 sen tadi. Contoh harga barang RM16.35, RM2.05 dsbg.

5. Aku Dahulukan Apa Yang Penting

 Dapat sahaja duit gaji aku akan bayar dahulu apa yang penting seperti sewa rumah, duit untuk mak ayah (Ini penting untuk keberkatan rezeki. Hulurlah walau sedikit untuk mak ayah kita), loan kereta ke rumah, PTPTN dll.

6. Hidup Bersederhana 

Hidup biarlah bersederhana, jangan sibuk nak kejar jadi macam orang lain. Apa yang kita ada syukuri lah kalau itu saja yang kita mampu sebab ada orang yang hidupnya lagi susah dari kita. Sudah kalau sewa bilik ja kita mampu buat apa susahkan diri sewa sebuah rumah? Kalau nak sangat sewa sebuah rumah boleh tapi ajak kawan-kawan menyewa sama so ringanlah sikit beban membayar tu. Lagi satu kalau gaji bawah RM2000 ke bawah tu tak perlu la sibuk nak beli kereta semua, kau naik public transport cukup. Lainlah kalau ada orang support, family ke.

7. Aku Jadi Pengguna Yang Bijak 

Aku suka bandingkan harga barang dari satu kedai ke satu kedai. Even 5 sen pun aku akan titikberatkan sebab 5 sen itu akan mencukupkan 10sen, 10 sen akan mencukupkan RM1, RM1 akan mencukupkan RM10.

8. Aku Bagi "Reward" Untuk Diri Sendiri 

Sebulan sekali aku belikan sesuatu untuk diri aku seperti jam tangan, baju, minyak wangi, kasut dan sebagainya. Kita mungkin tak dapat shopping banyak macam orang lain tapi sekurang-kurangnya kita ada beli sesuatu untuk diri kita dan kita rasa bahagia dengannya kan? Contoh, bulan ni aku dah beli tudung so bulan depan beli sepasang dua baju pula. Tak perlu harga mahal..cukuplah baju RM35 sepasang. Sebolehnya kos untuk reward ni RM150 ke bawah, kalau ada lebih simpan. So bila dah bagi reward untuk diri sendiri takdalah keinginan tu membuak-buak nak beli itu ini.

9. Tegas 

Tegas untuk diri sendiri, jangan manjakan sangat diri tu. Orang makan sedap setiap hari kau pun nak makan sedap-sedap. Orang shopping itu ini kalau pun nak beli itu ini. Sesekali ajar diri tu untuk hidup susah. Biasakan diri.

Kesimpulannya, jika kita bijak menguruskan kewangan kita takdanya istilah poket kering hujung bulan. Dari kita ja sama ada nak boros atau jimat? Sekian dan semoga bermanfaat.


P/S Terima Kasih kepada TZ yang selalu jadi penasihat kewangan Cik Itah hihi


Thanks for reading!
with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
Read More »

Wednesday, December 21, 2016

Kekal Cantik Dan Sihat - Ini Rahsia Aku



Kekal Cantik Dan Sihat - Ini Rahsia Aku | Amboi tajuk, macam ja kau cantik sangat cik itah oii haha. Okay abaikan ayat gedik aku ni. Kita kembali ke tajuk asal. Menjaga kecantikkan seiring dengan kesihatan bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai orang diluar sana berlumba-lumba untuk kelihatan cantik tetapi mereka lupa untuk menjaga kesihatan mereka. Pelbagai jenis produk kecantikan dibeli. Ini nak cuba, itu nak cuba, namun benarkah ianya berkesan? Kali ini aku kongsikan bagaimana cara aku menjaga kecantikan aku seiring dengan kesihatan.

Bangun Pagi Seawal 4 -5 am, Jangan Bangun Lewat

Seperti yang korang tahu banyak manfaat apabila kita bangun awal antaranya tubuh akan menjadi segar, otak berfungsi dengan cerdas,  melancarkan peredaran darah, meningkatkan daya ingatan dan banyak lagi. Korang boleh google.

Minum Air Putih Sebaik Bangun Tidur

Minum air putih sebaik bangun tidur membantu pengaktifan organ dalaman dimana ianya mampu mengimbangkan sistem buah pinggang, menambahkan seri kulit dan darah, melangsingkan tubuh dan dapat membersihkan usus kita.

Minum Air Putih 30 Minit Sebelum Makan

Minum air putih 30 minit sebelum makan (breakfast, lunch or dinner) dapat melancarkan sistem penghadaman tubuh. So bila kita makan, apa sahaja yang kita makan akan cepat terhadam dan sumber-sumber vitamin yang diperlukan akan diserap dengan cepat oleh tubuh.

Minum Air Lemon Setiap Hari

Air lemon dapat membantu proses pencernaan, menguatkan kekebalan tubuh (tingkatkan antibody), detoks dan mengekalkan kecantikan kulit. Minum 30 minit sebelum sarapan dan selepas minum air putih. Caranya : masukkan 2 atau tiga hirisan lemon kedalam gelas dan tuang air panas. Berkesan atau tidak boleh klik SINI.

Jangan Skip Breakfast

Sibuk macam mana pun, malas ke, takda selera ke, jangan sesekali tinggalkan sarapan. Makanlah apapun walau sedikit untuk sarapan. Pentingnya sarapan tu sehingga ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak agar lebih cergas, peka dan fokus. Contoh sarapan ringkas : cornflakes + susu full cream/low fatt dutch lady.

Minum Air Putih 8 Gelas Sehari (mengikut keperluan badan)

Minum air putih mengikut keperluan tubuh korang. Keperluan air dalam tubuh kita tak sama ya, berbeza-beza. Boleh cek gambar di bawah.



Banyakkan Makan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Manfaat sayur dan buah ni rasanya tak perlu aku hurai panjang-panjang, semua pun tahu kan. Kalau dah lupa khasiatnya boleh google. Contoh sayur yang aku selalu makan seperti sawi, timun, salad, tomato, kacang panjang, bendi, terung, kubis, brokoli, lobak dll.

Minum Teh Hijau Selepas Makan Malam

Khasiat teh hijau, aku rasa korangpun sudah sedia maklum. Ini adalah salah satu kebiasaan aku, sebaik sahaja makan malam aku akan minum segelas green tea. Ianya membantu tubuh dan minda aku untuk merasa relaks.

Tidur Awal

Tidur seawal pukul 9pm, 10pm atau 11pm. Jangan sesekali tidur lewat. Mata dan tubuh kita ni memerlukan rehat tau so kena rehat secukupnya. Esok bangun mesti berseri hehehe


Kesimpulannya, nak cantik tak semestinya kena beli produk mahal-mahal dan pelbagai jenis. Cukup kita makan dan amalkan cara hidup yang sihat. Orang sekarang ni sibuk nak putih, cucuk vitamin c sana sini. Ladies, terlebih vitamin c dalam badan ni pun bukan bagus. Yes sekarang mungkin tak nampak effect nya tapi nanti nanti kita tak tahu kan. Alahh..biarlah tak putih pun janji comel hihi.

Boleh pakai produk, tak salah pun. Itu hak korang tapi kena pastikan korang minum banyak air lah supaya produk tu berkesan. Kalau tak jaga pantang larang produk pun mana nak berkesan kan. Aku sendiri pun pakai produk kecantikan tapi skincare sajalah.


Thanks for reading!
with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
Read More »

Tuesday, December 20, 2016

Bertudung Tapi Kongsi Gambar Tanpa Tudung Di Media Sosial

Assalamualaikum & hi..

 
Bertudung Tapi Kongsi Gambar Tanpa Tudung Di Media Sosial. Aku sebenarnya hairan dengan sesetengah kawan-kawan dekat media sosial yang bertudung tapi upload gambar tak bertudung, tak faham aku. Kau dah kenapa? Buang tabiat betul !

Ini sekadar pendapat aku. Aku ni memang bukan ustazah, bertudung labuh pun tidak tapi kalau dah bertudung tu buatlah cara bertudung cik adik cik akak ooii. Tak perlulah upload gambar tanpa tudung tu dengan caption "test, test ja". Kau ingat soal tutup aurat atau tak ni macam microphone ke nak test test bagai. Adehh..

Ada sorang kawan aku dekat facebook ni (kenal di facebook sahaja), kebetulan ternampak di news feed dia post gambar tak bertudung tapi profile picture bertudung. Dalam hati aku "Eh kau ni bertudung ke tak sebenarnya". Aku pun gatal tanganlah pergi stalk timeline orang tu. Orangnya memang bertudung. Ada satu gambar throwback ni kawan dia tag dia komen "apasal la upload gambar takda tudung ni" but at the end dia sendiri upload gambar takda tudung, i was like..huh biar betul kau ni?

Soal tutup aurat atau tidak, itu bukan benda yang boleh dibuat main. Cuba muhasabah diri tu kau sebenarnya ikhlas ke tak bertudung? Atau sekadar ikut trend? Maklumlah sekarang ni macam-macam fesyen bertudung, lilit sana lilit sini, pusing sana pusing sini.. Cuba tetapkan pendirian tu. Kuatkan iman.

Pesanan aku buat mereka-mereka ni, tutuplah aurat dengan sempurna, betulkan niat. Tak labuh pun takpa asalkan bertutup dengan sempurna. Kalau betul nak bertudung, istiqamah lah. Kalau hati belum benar-benar terbuka untuk bertudung then don't force yourself. Kau jadi diri sendiri sudah. Aku bukan nak mengata, jauh sekali. Yes, aku sendiri belum tentu baik tapi tak salah kan kalau aku tegur. Sejujurnya aku sedikit kecewa dengan hal ni. Sedangkan aku manusia biasa yang melihat ni kecewa, bagaimana pula Allah?

Akhir kata, maaf jika bahasa yang aku gunakan dalam entri ini agak kasar. Bukan niat aku tapi itulah aku. Aku tak biasa dengan ayat-ayat formal ni. Aku menulis secara spontan. Maaf sekali lagi..


Thanks for reading!
with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
Read More »

Wednesday, December 7, 2016

Borenos Fried Chicken

Assalamualaikum & hi..


Borenos Fried Chicken | Pernah datang Sabah? Pernah makan di Borenos Fried Chicken? Kalau tak pernah cuba memang rugi. Untuk pengetahuan korang Borenos Fried Chicken ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tagline "great taste anytime", dimana kedai pertamanya dibuka pada Mac 2015 bertempat di Kompleks Asia City, Kota Kinabalu. “Borenoshas its brand name inspired from the words “Borneo” and “Sabah”. Sabahan product? Yes of course. When my colleagues told me that Borenos is a Sabahan product, i was like "what? seriously..wow". Tak sangka sebenarnya sebab the taste is really good!

Kini Borenos telah membuka satu lagi cawangan bertempat di Basement Floor, Center Point Complex (CP). Nampaknya sambutan begitu membransangkan. Borenos Fried Chicken semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan, tidak kurang juga sambutan dari pelancong yang datang ke Sabah. #borenos #greattasteanytime! 


Ini Cheezy Chicken Rice yang aku selalu pesan. Sekali rasa nak lagi hehehe aku tiap kali ke Borenos mesti order yang ni haha addicted pula!


with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
Read More »

Friday, December 2, 2016

9 Foods To Eat For Hydration

Assalamualaikum & hi..

9 foods to eat for hydration. People always say drink more water for your hydration but why not we eat waters? According to the Institute of Medicine’s recommendations we should eat 20% of our daily water intake. If you don't like the taste of one glasses of water, 9 foods below is the alternative options for you ;


Source : Facebook


with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
Read More »