Friday, September 30, 2016

Hari Gelap Hari Tertutupnya Pintu Taubat, Sudah Bersediakah Kita?

Assalamualaikum & hai..

hari gelap

Seawal 5.00am pagi kita bangun dan solat subuh, kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sampai pejabat jam 7.30am, hari masih gelap. Mungkin kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk pejabat, buat kerja apa yang patut dan kita tengok jam 10.00am, sudah time nak pergi breakfast.

Keluar pintu pejabat, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan. Tapi kalau sudah jam 12pm pun masih gelap, apakah petanda itu? Keesokan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya dan begitu juga dengan lusa. Masih tiada lagi matahari..

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya kiamat! Maka tertutuplah pintu taubat. Yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan tertutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta untuk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca al-Quran, 24jam baca Quran, golongan yang tidak pernah solat jemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..

Kenapa kita tidur time Allah memanggil? Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?
Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?
Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?
Kenapa kita lebih sangat senang memuji ARTIS? Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH? Pikirkan itu.

*copypaste dari group whatsapp.

with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Thursday, September 29, 2016

Berbudi Pada Tanah

Assalamualaikum & hi..

Berbudi pada tanah. It's my mother :)



with love~ Cik Itah | ramaramapendek

Friday, September 23, 2016

Resepi Bunga Betik

Assalamualaikum & hi..

Pernah makan bunga betik?. Ramai orang tak suka makan, pahit katanya tapi bagi aku sayur ni antara sayur kegemaran aku hehe sedap walaupun pahit :)



Cara Memasak Bunga Betik


Bahan-bahan :
  1. Bunga betik
  2. Seulas bawang merah
  3. Seulas bawang putih
  4. Telur @ Ikan bilis (ikut selera masing2)
  5. Air (untuk merebus)

Cara-cara memasak :
  1. Rebus bunga betik selama 20-30 minit (air ikut kesesuaian). Rebus dengan ranting dia sekalipun tak apa sebab nanti bila dah masak bunga betik tu akan gugur dengan sendiri dari ranting dia.
  2. Selepas rebus asingkan ranting bunga betik
  3. Toskan dan cuci dengan air sejuk. Masa cuci tu perah bunga betik untuk mengurangkan rasa pahitnya so tak adalah pahit sangat bila makan
  4. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak
  5. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  6. Masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit
  7. Perasakan dengan garam dan maggie secukup rasa atau aji no moto. Gaul sekata dan kacau 5-10 minit
  8. Masukkan dua biji telur dan gaul sekata bersama bunga betik sehingga garing.
  9. Siap!

 Note*Kalau masak dengan ikan bilis, sila tumis bilis bersama bawang sekali ya :)


Dibawah ni aku sertakan sekali gambar yg sempat aku snap-snap hihi ^^



with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Thursday, September 22, 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Assalamualaikum & hai..

Beauty Box Giveaway

Produk yang aku pakai. Aku bukanlah pengguna yang hanya setia dengan satu brand. Aku pakai campur-campur produk. Oleh kerana kulit aku jenis yang berminyak so produk yang aku pakai semuanya khas untuk oily skin dan aku selesa menggunakan semuanya.

Aku ni sebenarnya simple ja. Untuk penjagaan muka aku hanya gunakan pencuci muka, scrub dan toner. Untuk pencuci muka dan scrub aku menggunakan produk dari Nano White Fresh (with Tea Tree Oil). Untuk toner pula aku menggunakan Oily Control Toner by OXY (alcohol free). Kalau nak keluar jalan-jalan ke pergi kerja aku hanya pakai bedak compact (OXY for oily skin), gincu dari IN2IT dan Obuse Eyebrow tapi aku tak lukis kening aku cuma colourkan sahaja hehe. Sebelum ni aku lukis tapi since aku terjangit dengan penyakit malas so akupun malas nak lukis bagai..warnakan saja :)


Sekian..

with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Wednesday, September 21, 2016

Beluku @ Tungul, Makanan Popular Di Kalangan Penduduk Kota Belud

Assalamualaikum & hai..

Beluku @ Tungul, Makanan Popular Di Kalangan Penduduk Kota Belud | Beluku atau tungul (siput gondang) ialah sejenis siput air tawar yang agak popular di kalangan penduduk Kota Belud. Beluku atau tungul ini jarang didapati kerana spesisnya kini hampir pupus. Kebiasaannya beluku atau tungul ini hidup di dalam sungai dan parit sawah. Tetapi jangan pula tersilap kerana terdapat sejenis siput beracun yang hampir serupa dengan beluku ini yang terkenal dengan nama siput gudang emas (haiwan perosak padi).

Kalau ada sesiapa nak rasa atau mengidam beluku atau tungul ni boleh lah ke Pasar Jumaat yang beroperasi setiap hari jumaat bermula dari jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi di Kampung Labuan, Kota Belud. Biasanya beluku yang dijual sudah dibuang kulit, hanya perlu cuci dan masak. Di Pasar Malam Pekan Kota Belud pun ada dijual tetapi jarang, kalau ada dijual (yang sudah dimasak) itu kira lucky lah :)

Cara memasak terpulang lah nak masak kari ka kunyit ka, bakar pun sedap makan dengan cicah limau bersama dengan nasi putih. Fuhh sedap tu !

Siput Gondang


siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang


with love~ Cik Itah @ ramaramapendek