You are reading:
Resepi Bunga Betik

Resepi Bunga Betik

Posted on: Friday, September 23, 2016



Resepi Bunga Betik | Pernah makan bunga betik?. Ramai orang tak suka makan, pahit katanya tapi bagi aku sayur ni antara sayur kegemaran aku hehe sedap walaupun pahit :)

Cara Memasak Bunga Betik

Bahan-bahan :
  1. Bunga betik
  2. Seulas bawang merah
  3. Seulas bawang putih
  4. Telur @ Ikan bilis (ikut selera masing2)
  5. Air (untuk merebus)

Cara-cara memasak :
  1. Rebus bunga betik selama 20-30 minit (air ikut kesesuaian). Rebus dengan ranting dia sekalipun tak apa sebab nanti bila dah masak bunga betik tu akan gugur dengan sendiri dari ranting dia.
  2. Selepas rebus asingkan ranting bunga betik
  3. Toskan dan cuci dengan air sejuk. Masa cuci tu perah bunga betik untuk mengurangkan rasa pahitnya so tak adalah pahit sangat bila makan
  4. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak
  5. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  6. Masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit
  7. Perasakan dengan garam dan maggie secukup rasa atau aji no moto. Gaul sekata dan kacau 5-10 minit
  8. Masukkan dua biji telur dan gaul sekata bersama bunga betik sehingga garing.
  9. Siap!

Note*Kalau masak dengan ikan bilis, sila tumis bilis bersama bawang sekali ya :)


Dibawah ni aku sertakan sekali gambar yg sempat aku snap-snap hihi ^^

bunga betik
bunga betik
bunga betik
bunga betik
bunga betik
bunga betik


with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Comments

  1. singgah pagi...
    xpernah lagi cubaaa...

    ReplyDelete
  2. Resepi yang ohsem.. Lepas nie le try makan..
    Yang pahit tu kan ubat.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba bunga betik...sedap ka...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagik ni... Sedap ke?? Kene try ni..

    ReplyDelete
  5. Uuu.. bole makan ek..
    Nak try juga la pasni..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah mkn cik itah.
    Nanti nak cuba buat juga lah..

    ReplyDelete
  7. first time tngok. sbb busyra tak pernah cuba lg. teringin nak mencuba

    ReplyDelete