Tuesday, December 24, 2013

Pemandangan Kampung Arwah Ayah


kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

Pemandangan Kampung Arwah Ayah | Hari ini entry aku lebih banyak gambar. Sebenarnya gambar ni dah lama tapi baru sekarang aku terniat nak kongsi. Aku suka kampung arwah ayah sebab dekat dengan pantai hihi. Rasa tenang saja bila dengar bunyi ombak. Jarang aku sekeluarga datang ke kampung arwah iaitu Kampung Ambong, Jalan Kelawat Kota Belud.

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud

kampung ambong kota belud
ni adik aku, aku jadikan dia model kejap hehe

with love~rrp.cik itah
Read More »

Monday, December 23, 2013

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Sediakan Payung Sebelum Hujan
GOOGLE

Sediakan Payung Sebelum Hujan | Sekarang ni tak sah kalau tiap petang tak hujan, so pesanan aku buat semua warga Kota Kinabalu ni silalah bawa payung masing-masing. Sesetengah orang nak bawa payung malas tapi kena hujan tak nak pula. Mula la mengelabah bagai, takut rambut kena hujan lah, apa lah, itulah, inilah..macam-macam. Susah-susah sangat beli ja la payung yang boleh lipat-lipat tu, simpan dalam beg kan senang nak bawa kemana-mana :)

Okay stop. Aku sebenarnya nak cerita betapa pentingnya menjadikan beg kita tu seperti poket doremon, semua ada. Kalau dulu masa study, aku pergi bandar pun segala macam barang pun aku bawa. Dengan staplernya, pemadam, pen, gam air, solutape (mini), payung, semua la, sampaikan classmate aku kata "kau ni beg ja kecik tapi macam poket doremon, semua ada".

Bukan apa kan, in case kita perlukan sesuatu tu tak perlu la kita susahkan diri sendiri atau orang lain kan sebab semua kita dah sedia awal-awal. Di antara barang-barang yang sentiasa ada dalam beg aku termasuklah ;

  • Keronsang-penting buat orang yang bertudung sebab mana la tahu kut-kut keronsang yang kita pakai tetiba rosak, tak ke naya jadinya, kes ni pernah terjadi dengan ku :)
  • Payung-manalah tahu tetiba cuaca yang panas tu bertukar mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Bukankah masa tu payung sangat diperlukan :)
  • Pen dan Nota Kecil-berguna untuk mencatat sesuatu perkara.
  • Tisu-berguna untuk lap peluh atau tangan yang basah atau lap hingus ataupun lap air mata hehe mana la tahu kut-kut termenangis masa tengok wayang sedih haha mengarut. Aku maksimum bawa tisu dua bungkus, satu tisu kering dan satu lagi tisu basah.
  • Hand Sanitizer-ni buat orang malas nak cuci tangan macam aku haha kerana malas nak pergi toilet yang berbayar tu, ambil ja HS dalam beg tu buat cuci tangan.
  • Hands Free dan Novel-aku selalunya balik bersama kawan tapi kawan balik kerja jam 6.00 sedangkan aku jam 5.00 so sementara tunggu boleh lah layan music sambil baca novel. Tak ada la masa tu terbuang begitu sahaja :)
  • Panadol dan Minyak Angin (FreshCare)-manalah tahu tetiba pening dan sakit kepala, boleh la makan dan sapu dekat kepala :)
  • Tuala Wanita-ini tak perlu kut aku terangkan yang pastinya aku bawa ke mana-mana kerana peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" ^-^
  • Cermin-asal namanya perempuan memang tak sah kalau tak ngadap cermin even dua saat pun jadi la haha
  • Pengecas HP-in case bateri HP habis caj kan senang kalau ada charger :)
  • Pemotong Kuku-ini kegunaannya bukan la selalu tapi aku memang takkan lengkap kalau tak ada dalam beg.
  • Gunting-aku memang sentiasa bawa sebab pada aku gunting ni satu keperluan dan maybe berguna untuk melindungi diri :)
  • Air-air sangat berguna semasa kita penat berjalan tambah-tambah lagi bila terkena virus batuk air memang sangat diperlukan.
  • Pendrive-aku memang sentiasa perlukan benda ni dan pergi mana-manapun aku akan bawa.

P/S : korang apa pula barang wajib yang sentiasa ada dalam beg?


with love~cik itah
Read More »

Wednesday, December 4, 2013

Al-Kisah Bunga Mawar Kampung (Damask Roses)


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Info pasal Bunga Mawar Kampung ni korang boleh GOOGLE. Yang pasti Bunga Mawar ni melambangkan bunga cinta kuikuikui! Orang yang suka bunga ni semestinya suka tanam bunga juga kan. Al kisahnya dulu masa aku study dekat Politeknik Kota Kinabalu, aku pun tak ingat sem berapa. Disebabkan minat yang sangat mendalam dekat Bunga Mawar aku pun try la tanam mana tahu kut kut boleh tumbuh dengan suburnya. Tak sangka selepas beberapa bulan harapan aku betul-betul menjadi kenyataan. Gembira bukan main aku tengok Bunga Mawar yang aku tanam tumbuh merimbun, dengan bunganya yang banyak dan wangi ya Allah terasa di awangan aku hahaha.

GOOGLE

Cuti semester semestinya yang sentiasa ku tunggu. Tak sabar ngadap bunga kesayangan aku. Sampainya di kampung terus pergi belakang rumah. "Eh apa dah jadi ni?! kenapa Bunga Mawar aku jadi pendek dan ketot macam ni ni? bunga pun dah tak ada.." Rupanya mak aku pergi cantas, katanya " dah la semak..banyak duri pulak tu". Aduhaii macam nak nangis ja aku rasa. Semua bunga habis dicantas jadi pendek dan ketot. Macam tak ada rupa bunga ja aku tengok. Sabar saja la..

P/S : kalau korang nak tengok gambar yang lebih cantik serta jenis dan nama Bunga Mawar boleh klik SINI dan SINI .


with love~rrp.cik itah
Read More »

Tuesday, December 3, 2013

Bunga Tulip


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

bunga tulip

Bunga Tulip | Diantara yang sentiasa bersemadi dalam jiwa ngeh ngeh ngeh. Selain meminati rama-rama sebenarnya aku juga seorang yang sangat sukakan bunga. Patung dan coklat tu kurang sikit la tak berapa minat atau tepatnya memang tak minat pun hahaha. Okay cakap pasal rama-rama, bagi yang tak tahu harus korang baca tentang rama-rama terbesar di dunia. Di Malaysia terdapat satu tempat yang di namakan Penang Butterfly Farm dimana tempat tersebut adalah rumah kepada lebih dari 7,000 rama-rama di Malaysia. InsyAllah kalau ada rezeki pasti akan ku tapakkan kaki ini ke sana. Eh..macam tak kena ja ayat aku tu, iya ke?

Berbalik kepada tajuk asal, Bunga Tulip sebenarnya berasal dari Asia Tengah dan telah ditanam sejak 500 tahun yang lalu (lama tu) .Tulip berasal dari bahasa Persia (delband) yang bermaksud turban kerana bentuknya yang menyerupai seperti turban. Diperkenalkan di Eropah pada tahun 1554 dan 1600-an diperkenalkan di Belanda. Di Amerika Syarikat Tulip diperkenalkan pada akhir tahun 1800-an. Untuk pengetahuan korang Bunga Tulip ni pernah menjadi bunga yang termahal di dunia dan mempunyai kira-kira 3.000 variasi dengan 14 nama. Amazing bukan? Dan kalau korang nak tahu ada beberapa negara tertentu yang meraikan festival Tulip ni termasuklah Kanada dan Belanda.

 


with love~rrp.cik itah
Read More »

Monday, December 2, 2013

Rama Rama Cermin (Glasswinged Butterfly)


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

GOOGLE


Dikenali sebagai Rama Rama Cermin atau dalam english nya Glasswinged Butterfly [Greta oto]. Spesis rama-rama cermin ni datangnya dari Maxico melalui Panama dan terbang ke Florida. Dekat Malaysia aku tak pasti ada ke tidak spesis rama-rama cermin ni, mungkin ada tapi jarang kut. Frankly speaking aku sendiri pun belum pernah nampak depan mata. Tapi apa yang uniknya tentang rama-rama cermin ni adalah sayapnya yang lut sinar. Cantik kan :)
Harap suatu hari nanti aku boleh la jumpa yang real bukan dalam gambar ja hee ^_^


with love~rrp.cik itah
Read More »