Friday, October 3, 2014

Sedikit Info Tentang Pulau Sapi


sapi island
credited : http://visit-kk-sabah.blogspot.com/

Sedikit Info Tentang Pulau SapiMemandangkan ada kawan blogger yang bertanya dan ada juga yang baru tahu wujudnya pulau yang dinamakan Pulau Sapi.

Pulau Sapi merupakan salah sebuah daripada lima pulau yang diletakkan dibawah seliaan Tunku Abdul Rahman Marine Park, Sabah. Dua cara untuk sampai ke Pulau Sapi iaitu dengan menaiki bot atau feri dari Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu dan boleh juga dari Sutera Harbor dan ianya mengambil masa diantara 15 hingga 20 minit perjalanan bot dari bandar Kota Kinabalu.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Sapi dan diantaranya ialah Scuba-Doo, Scuba Diving, snorkeling, Zipline (Flying-Fox) dan parasailing. Kalau setakat nak mandi manda pun boleh juga, cuci-cuci mata ke hehe. Pasal makanan pula jangan risau kerana pakej untuk Buffet ada disediakan tapi kalau nak bawa bekal makanan sendiri pun boleh :)

Tempat awam disediakan seperti tandas, tempat mandi atau bertukar pakaian dan tempat untuk berehat juga terdapat sebuah restoran tapi harga mahal sikitlah. Kalau nak save budget bawa ja bekal sendiri hehee

Okay itu saja yang aku nak kongsikan. Kalau nak tengok seronok ke tak seronok pergi ke Pulau Sapi ni bolehlah terjah entri aku di Pulau Sapi Memories | Part I dan Pulau Sapi Memories | Part II . Kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal Pulau Sapi boleh klik SINI. Manalah tahu kan korang ada merancang nak pergi so boleh terus dapatkan info dari web Jesselton Point atau Sabah Tourism.

with love~rrp.cik itah
Read More »