Monday, November 25, 2013

InsyAllah atau In shaa Allah


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kesinambungan daripada entry INI , ada la komen tiga empat orang rakan blogger yang buat aku tertarik dan terus selidik lebih mendalam. Kesilapan harus diperbaiki jika kita menyedari, ye tak? hehe

so selidik punya selidik punya kes akhirnya aku jumpa juga jawapan yang dicari :)

Sebenarnya tak salah pun kita nak eja InsyAllah atau In shaa Allah, yang penting sebutan tu betul. Ustaz Azhar Idrus ada menerangkan dalam ceramah beliau kat SINI. Daripada ceramah tu alhamdulillah aku pun da jelas pasal hal ni. Dan lagi satu aku dapat tahu yang sebenarnya, Ustaz Zakir Naik tak pernah pun buat apa-apa statement tentang cara untuk mengeja InsyaAllah ni.

Entah siapa punya kerja la ni kan memandai ja buat statement tu, da tu guna nama orang lain pula. Sampaikan ramai orang yang terikut dan terpedaya. Tak baik betul. Berdosa ja buat fitnah kat Ustaz Zakir


FACEBOOK ADAM CORRIE



with love~rrp.cik itah

Sharing is Caring :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Salam isnin semua. Buat korang-korang yang ada akaun ChurpChurp tu jom bersama kita meringankan beban mangsa-mangsa Typhoon Haiyan dengan menderma sejumlah wang kepada mereka :) 
Hari ini orang lain susah kita bantu , esok-esok kita susah in shaa Allah orang yang kita bantu tu pula akan membantu :)

P/S : ada blog yang sempat ku terjah,ada blog yang tak sempat ku terjah.maaf


with love~rrp.cik itah

Friday, November 22, 2013

Wordless Friday


Assalamualaikum dan salam sejahtera :


GOOGLE


P/S : baca fakta yang betul di SINI


with love~rrp.cik itah

Wednesday, November 20, 2013

Pesan Big Boss


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

GOOGLE

Semalam big boss aku tanya "Itah dah ada boyfriend?", dalam hati aku berkata "aik apasal pula big boss aku tanya ni, takkan nak jodohkan dengan anak dia. Memang tak lah, berlainan agama kut". Sebelum sempat aku berfikir panjang dan mengarut akhirnya dia sambung "Kalau nak cari boyfriend, cari yang baik-baik. Sini banyak orang datang mau cerai. Kena cari bagus-bagus ar.." Hee tanpa kata aku hanya mengukir senyum di bibir. In Sha Allah :)



with love~rrp.cik itah

Monday, November 18, 2013

Isnin lagi? Hmm :(


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

GOOGLE
Agaknya muka aku sekarang ni da sebijik macam muka kartun kat gambar tu hahaha. tak tahu la kenapa asal hari isnin ja mood down grr..dalam hati ni berkata "cepatlah hari jumaat.." kuikuikui. ni penyakit malas ke apa ni? tanya diri sendiri T.T.
BTW korang selamat bekerja dan have a nice day. semoga semuanya akan lebih baik daripada hari-hari yang sebelum ni..in sha Allah :)


P/S : tapi sebenarnya aku suka hari isnin sebab makin banyak hari isnin yang ku lalui maka makin cepat la datangnya tarikh keramat untukku pulang ke kampung hee can't wait to see my mother and my baby yang comel..rinduu!


with love~rrp.cik itah

Sunday, November 17, 2013

Tutorial | Memasang Iklan ChurpChurp Dekat Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Entry khas untuk ; Huny Madu

Tutorial | Memasang Iklan ChurpChurp Dekat Blog


Terpaksa buat tengah malam haha nak buat tuto ni ja adoii nak upload satu gambar pun sempat aku main game Plant vs Zombie. mana tidaknya kalau line very very very very slow! haha

Sebelum tu korang juga boleh rujuk dekat tuto lama kat SINI

Kalau dulu bila paste dekat ruangan status Facebook akan jadi macam ni kan ;

Klik untuk lebih jelas

Link yang aku bulatkan adalah link yang sepatutnya kita ambil. Tapi sekarang bila paste dekat ruangan status akan jadi macam ni kan ;

klik untuk lebih jelas

Link yang aku bulatkan kat situ [my.charing.cc], nampak tak bezanya? So korang jangan copy link tu sebab ia takkan menjadi. Apa yang perlukan korang buat ialah ;

1. First,  Login akaun ChurpChurp korang macam biasa. Kalau belum ada akaun boleh daftar kat SINI

2. Bila da Login, dia akan terus masuk ke bahagian reward. Contoh macam ni ;

klik untuk lebih jelas

3. Klik pada SHARE NOW dan akan jadi macam kat bawah ni ;

klik untuk lebih jelas

4. Klik pada SHARE, korang scroll down sampai korang jumpa ni ;

klik untuk lebih jelas

5. Nampak tak Link yang aku mark warna biru kat situ? Korang copy Link yang tu. Untuk gambar  atau imej iklan, korang boleh crop dan upload dekat Imgur atau Photobucket ataupun korang paste link korang dekat ruangan status Facebook. Halakan mouse korang dekat imej dan klik kanan then copy image URL.

6. Nak masukkan dalam blog korang copy kod ni ;

<center>
<a href="LINKS" target="_blank"><img src="URL" width="90" height="90" /></a>
</center>

Warna Biru : link campaigns korang
Warna Merah : URL gambar campaigns korang

7. Layout > Add Gadget > HTML JavaScript dan pastekan kat ruangan content , bukan title ya hehe lepas tu save!


P/S : maaf diatas sebarang kekurangan. anything, info aku..ya!


with love~rrp.cik itah

Friday, November 15, 2013

ChurpChurp | Campaign Seeding


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


GOOGLE
Ada yang bertanya, macam mana ek nak dapat campaign seeding? Ok biar aku terangkan sedikit pasal Campaign Seeding ni. Campaign seeding ni sebenarnya lebih kurang macam BE dekat Nuffnang tu yang CPUV tu, ada yang dapat dan ada yang tak dapat sebabnya Campaign Seeding ni specially select for you dari pihak ChurpChurp. Aku pun sebenarnya bukannya tahu sangat pasal benda ni sebab ni first time aku dapat earning dari campaign seeding tapi korang wajib tahu bahawa campaign seeding ni jarang bukan selalu ada.
So macam mana nak dapat earning dari campaign seeding? senang ja. First korang Login macam biasa. bila da Login korang akan terus masuk ke bahagian reward.

ini la dia campaign seeding ;
churpchurp
klik untuk lebih jelas

Korang klik pada SEED THIS tu untuk baca terma dan syarat campaign. Selalunya korang kena share campaign dekat Facebook bersama ayat wajib yang diberikan dan copy permalink dan hantar permalink korang kepada pihak ChurpChurp. Macam mana nak copy permalink? mungkin ada yang tak tahu..

ini contoh sahaja, bukan campaign seeding ya

Korang halakan mouse korang dekat "a few second ago/one minutes ago" tu then klik kanan dan copy link address. Then send dekat ruangan khas yang disediakan untuk feedback campaign tu tadi :) 

Ini campaign seeding "Soflan Breast Cancer Charities" yang aku da join ;

churpchurp
Credit to : ChurpChurp
contoh ayat ;
Hai korang  Jom bersama kita kongsikan gambar ini untuk membantu meningkatkan RM100, 000 bagi "Breast Cancer Charities". I've just done my part, because caring counts. Korang pula macam mana#SoftlanBCC http://bit.ly/1c2Iksj
perkataan atau ayat yang aku bold dan warnakan merah dan biru adalah ayat wajib yang perlu ada masa korang share campaign seeding.

Dan ini adalah earning yang aku dapat hasil dari campaign seeding tersebut ;

churpchurp
klik untuk jelas

P/S : untuk pengetahuan korang pihak ChurpChurp hanya akan bagi reward selepas campaign seeding tu berakhir. Bila berakhirnya? Pihak ChurpChurp akan bagi email dengan korang. itu sahaja, sekian. Maaf jika ada yang kurang faham dengan penerangan aku ya hehe


with love~rrp.cik itah

Wednesday, November 13, 2013

Rezeki Bulan November


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

GOOGLE

Tak perasan rupanya bulan lepas dapat 1 CPUV dari Nuffnang : Xaxis #0150 huhu tapi da crdited kuikuikui. Tapi rezeki bulan ni aku berjaya dapat RM20.00 dari ChurpChurp melalui campaign seeding "Soflan Breast Cancer Charities" sekaligus mencukupkan earning untuk di cashout'kan, terkejut tengok earning naik mendadak dari RM93.20 ke RM113.20. Tapi aku belum nak cashout pun hehe nak simpan dulu, for future orang kata hahaha mana la tahu kut kut bole buat bayar hutang PTPTN ngeh ngeh ngeh! Nanti-nanti la dulu, bila aku betul-betul perlukan duit barulah cashout hee :).  Alhamdulillah rezeki bulan november. Terima Kasih Nuffnang dan ChurpChurp :)


P/S : Campaign Seeding terbaru dari ChurpChurp : iPhone 5s . rm20.00 per campaign. so tunggu apa lagi korang :)



with love~rrp.cik itah

Tuesday, November 12, 2013

Kopi-O KAU!


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



kerana mengantuk, aku ingatkan nescafe...rupanya..hahahha tersilap ambil la pula tangan aku ni
ambik kau Kopi-O KAU! terasa tak habis ja aku minum
ngeh ngeh ngeh T.T



with love~rrp.cik itah

Monday, November 11, 2013

Terbaru Dari ChurpChurp


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Aku tak tahu nak tulis apa hukhuk
ini saja la yang aku nak share, campaign terbaru dari ChurpChurp :)


btw, cantik kan tarikh hari ni 11/11/13 :)

P/S : Nak minta tolong korang terutamanya kepada pengomen setia blog Cik Itah, bole tak korang semak nama blog korang dekat bloglist 1 & bloglist 2 Cik Itah? Ada atau tidak? Kalau blog korang tak ada dalam list korang info aku okay, just tinggalkan url blog korang dekat ruangan komen entry ini. sekian :)



Saturday, November 9, 2013

Tempat Kerja Baru :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

bermula hari ini akan sunyilah aku hukhuk roomate balik kampung, isnin nanti baru balik sini :(
agak-agak apa la aku nak buat hujung minggu ni. ada cadangan tak korang?
btw, selamat berhujung minggu ya semua he he



sempat lagi blogwalking hahaha


with love~rrp.cik itah

Friday, November 8, 2013

Si Comel !


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Rindunya! Terasa lama sungguh ku tinggalkan si comel ni :(

jun

jun

jun



with love~rrp.cik itah

WORDLESS FRIDAY


Assalamualaikum dan salam sejatera :)

GOOGLE


SALAM JUMAAT BUAT SEMUA BLOGGER :)


with love~rrp.cik itah

Thursday, November 7, 2013

Alhamdulillah untuk segalanya!


Alhamdulillah untuk segalanya!


Hari ni boss terbang ke Tawau, big boss pula ke cawangan Lintas hukhuk boleh la aku curi tulang kejap hahaha bad habbit! Tapi tidak sebenarnya ok hehe aku cuma manfaatkan masa yang ada untuk blogwalking memandangkan semua kerja da selesai, assignment pun tak ada :) Alhamdulillah.

For actually kan korang..baru-baru ni aku dilanda satu masalah, dilema la lebih kurang. Entah kenapa aku rasa bulan november ni hambar ja terasa :( Sesungguhnya aku belum ready tapi aku kena kuat menghadapi. Kawan merangkap roomate aku kata..firasat perempuan ni kuat dan selalunya apa yang kita rasakan itu kekadang ianya benar-benar terjadi. Aku sedih. tapi sekiranya itu yang terbaik aku redha dan pasrah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Jika itu tidak terjadi , alhamdulillah dan jika ianya terjadi juga walaupun aku kecewa dan sedih aku tetap menghargainya. Alhamdulillah untuk segalanya! Aku percaya Qada dan Qadar Allah itu adalah yang terbaik.

P/S :  InsyAllah next entry akan ku sertakan gambar tempat kerja baru aku memandangkan ada yang bertanya dan meminta :)

with love~rrp.cik itah