Saturday, December 7, 2019

Bihun Sup

mee sup

Bihun Sup | Resepi ni dikreditkan kepada pemilik asal resepi which is aku dah lupa siapa huhu maaf. Aku kongsi resepi anda ya!

Bahan-bahan ;
  • Dada ayam
  • 4-5 potong fishcake (digoreng garing)
  • Daun Bawang
  • Halia diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • Daun sup
  • Bunga cengkih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Rempah sup Adabi
  • Bihun

Bahan-bahan untuk sambal kicap ;

  • Cili padi
  • Bawang goreng
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula

Cara-cara;

  1. Tumbuk bahan-bahan untuk sambal kicap dan ketepikan.
  2. Goreng fishcake sehingga garing dan ketepikan.
  3. Rebus bihun ataupun rendam dengan air sejuk sehingga lembut dan ketepikan
  4. Rebus ayam bersama halia sehingga empuk dan toskan (asingkan ayam dari air rebusan)
  5. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga garing.
  6. Masukkan kayu manis dan bunga cengkih.
  7. Masukkan rempah sup adabi.
  8. Tunggu sehingga naik bau setelah itu masukkan air rebusan ayam.
  9. Sementara tunggu tu bolehlah carikkan isi ayam yang direbus tadi.

Hidangan;

  1. Masukkan bihun yang telah direbus tadi ke dalam mangkuk bersaiz sederhana
  2. Masukkan isi ayam yang telah dicarik
  3. Masukkan fishcake
  4. Taburkan daun sup
  5. Tuangkan kuah sup yang masih panas ke dalam mangkuk
  6. Akhir sekali masukkan sambal kicap
  7. Siap untuk dimakan!



by. cik itah @ ramaramapendek
Read More »