Wednesday, January 29, 2014

Campaign Seeding


Assalamualaikum dan sejahtera :)

Bulan pertama di tahun 2014 ini aku sedikit happy dan aku semakin sayang dengan ChurpChurp kerana bulan ini saja aku dapat earning dari tiga campaign seedingCorntoz Jump Shots Contest Campaign Seeding: Corntoz Jump Shots Contest, Tune Talk Xmas Campaign dan The Secret Life of Walter Mitty. Dari tiga campaign ini aku berjaya memperoleh RM60. Memang nilainya taklah besar mana tapi bukan senang nak dapat tau nilai tu hehe.





Aku tertarik dengan satu komen pasal campaign seeding ni dari blogger Hafiz Hafizol



Ok mesej aku untuk sesiapa yang tak berapa faham arahan kempen ni, sebab dia bagi arahan dalam english kan, apa kata korang google translate biarpun google punya translate tunggang tebalik sikit kan haha but at least fahamlah sikit-sikit kan hehe. Biar aku explain sedikit tentang cara nak join campaign seeding ni;

  1. Download dulu gambar atau video yang pihak ChurpChurp sediakan, letaklah dalam mana-mana folder yang korang suka.
  2. Bila dah download sharelah dekat facebook korang dengan caption yang pihak ChurpChurp bagi, caption ni wajib korang sertakan tau. Kalau tak tahu apa tu caption, caption tu ayat wajib berserta #hastag yang perlu ada dalam post korang tu. Caption ni ChurpChurp yang sediakan, korang tak perlu susah-susah nak buat caption sendiri. Selalunya ada empat hingga lima caption pilihan, korang tinggal pilih, copy dan paste saja.
  3. Sebelum korang klik button share dekat facebook korang, pastikan post korang tu public ye bukan available untuk rakan facebook korang saja. Ini wajib sebabnya pihak ChurpChurp tak akan ambil kira penyertaan yang bukan public post, take note ya!
  4. Bila dah post then copy permalink korang. Macam mana nak copy permalink? Hah tengok balik post korang tu then halakan mouse korang dekat masa post korang tu contoh "2 second ago", "2 minutes ago", "2 hours ago". Klik kanan then copy link address. Permalink dan Link Address tu sama saja.
  5. Dah copy permalink, pastekan permalink korang tu dekat ruangan reply yang pihak ChurpChurp sediakan dan klik button send.

Okay itu saja, taklah susah mana kan? He he Good luck kepada sesiapa yang dapat campaign seeding tu. Buat blogger Hafiz Hafizol diharapkan entry ini dapat membantu ^_^



with love~rrp.cik itah

Friday, January 24, 2014

Tip Rapatkan Hubungan Dengan IBU


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

sumber : GOOGLE

Frankly speaking, aku pun sebenarnya bukan rapat sangat dengan ibu tetapi aku seorang yang agak manja dengan ibu dan aku adalah anak kesayangan ibu muahahaha eh! aku gurau saja la hehe.

Mungkin ada diantara kita yang merasakan kurang rapat dengan ibu sebab sometime terasa ibu macam pilih kasihlah, apalah, itulah, inilah dan macam-macam lagi. Bila ibu diam kita pun diam. Ini situasi yang selalunya terjadi diantara ibu dengan anak. Eh tak boleh macam tu. Tak ada ibu yang tak sayangkan anak, ingat tu. Kepada sesiapa yang agak kurang rapat dengan ibu tu, apa kata korang ikut tips dibawah ini ;

Tip rapatkan hubungan dengan ibu


  • Untuk yang tinggal bersama ibu, peluk dan cium pipinya setiap pagi sebelum keluar rumah untuk semarakkan kasih sayang antara kalian.
  • Buat ibu korang gembira dengan mendengar nasihatnya atau memberi hadiah yang disukainya. Tak kira mahal atau murah, tanda ingatan itu lebih penting.
  • Masakan ibu sentiasa sedap kerana ia dimasak dengan penuh kasih sayang. Jadi kalau dah suka tu, ringan-ringkanlah mulut kamu untuk puji sekali sekala.
  • Untuk wanita, luangkan masa membantu ibu di dapur. Sambil memasak dan bersembang, tunjukkan yang korang berminat dengan resipi ibu dan belajarlah beberapa petua darinya. Ini berguna bila korang dah kahwin nanti hihi.
  • Walaupun sibuk dengan dengan tugasan harian, sekali sekala ambil cuti dan luangkan masa bercuti bersamanya. Keluar membeli-belah atau makan-makan sudah memadai.
  • Ambil sedikit masa untuk bersembang tentang rutin harian kepada ibu korang. Tak perlu kisah orang kata korang anak mak atau apa semua.
  • Ambil tahu apa yang ibu korang suka atau tidak. Jika dia sukakan hasil kraftangan, bawalah ibu korang berjalan-jalan ke Sawarak yang terkenal dengan hasil kraftangan manik.
  • Jadikan ibu korang sebagai rujukan bila dilanda masalah atau berada dalam dilemma. Nasihat ibu sangat berguna kerana dia sendiri sudah banyak melalui pengalaman pahit manis menjadi seorang dewasa.
sumber : cosmo 2013

P/S : terkadang hati membisikkan, terkadang bibir meluahkan "eh tak mungkinlah" tapi ya, kuasa Allah memungkinkan segalanya. salam jumaat buat semua pembaca.



with love~rrp.cik itah

Wednesday, January 22, 2014

3 Cara Lipgloss Tahan Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
3 Cara Lipgloss Tahan Lama
credited to : www.liveeco.co.za

3 Cara Lipgloss Tahan Lama | Lamanya aku menghilang. Ada yang rindu tak? Confirm tak ada haha! Ni nak kongsi tiga tip lipgloss tahan lebih lama, walaupun aku bukanlah seorang yang suka bersolek namun aku adalah seorang yang rajin membaca tip pasal solekan hehe. So macam mana caranya? Ikut tiga cara dibawah ini :)

  • Gunakan lipliner untuk gariskan outline bibir korang, kemudian warnakan keseluruhan bibir dengan lipliner tadi seperti menggunakan gincu. Oleskan lipgloss di atasnya.
  • Jika lipliner buat bibir korang terlalu kering, gunakan saja gincu kemudian sudahinya dengan lipgloss pilihan.
  • Selepas menyapu gincu dan lipgloss, jangan kemam bibir seperti yang selalu korang buat kerana ia boleh menghilangkan efek berkilauan yang gloss korang berikan.


Note* untuk memudahkan, bawa lipgloss korang tu ke mana saja, so senang nak touch-up hihi 
sumber : cosmo 2013

with love~rrp.cik itah

Wednesday, January 15, 2014

Banjir Di Kota Belud


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Lamanya tak update blog, berhabuk sudah. Kira nak cari orang yang boleh jadi admin sementara blog ni tapi entah siapalah yang sudi hukhuk. Kebelakangan ni agak busy di office, bos pula outstation ke Taiwan.

Baru-baru ini post terhangat di Facebook post pasal kangkung! Huhuhu kangkung pun jadi topik tapi aku bukan nak cerita pasal tu aku nak cerita pasal cuaca.

Ramalan cuaca di seluruh Sabah hari ini hujan sehingga jam 6.00 petang. Kesejukan yang terasa sekarang ini ibarat salji turun diluar sana. Banyak tempat yang dah banjir termasuklah kampung aku di Kota Belud. Air baru naik pagi ni haraplah banjir ni tak lama, risau pula dengan family disana.

Ku sertakan gambar yang aku ambil dari kawan facebook ;

Banjir Di Kota Belud


banjir
Jalan Kota Belud-Kota Marudu-Kota Kinabalu. Sumber : Facebook
banjir di kb
Sumber : Facebook
Sumber : Facebook
Sumber : Facebook
Sumber : Facebook



with love~rrp.cik itah

Thursday, January 2, 2014

Bismillahi Rahmannir Rahim, 2014 :)


 Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

GOOGLE

Bismillahir Rahmannir Rahim, 2014 (ayat copy dari seorang kawan hahaha jangan saman aku ye guna ayat kau ni, J** :D). Allahamdulillah masih diberikan peluang untuk aku bernafas di tahun 2014 ini. Apapun yang terjadi pada tahun 2013 semoga ianya menjadi iktibar dan pengalaman untuk aku meneruskan kehidupan dengan kekuatan dan semangat yang baru tahun ini. Meskipun sudah terlambat, aku mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua blogger dan stalker blog aku yang tak seberapa ni :)

Walaupun aku ni taklah sebaik mana namun sekurang-kurangnya aku ringan hati untuk meminta maaf. Maafkan segala salah dan silap aku dalam sedar ataupun tidak pada korang ye terutama kepada semua rakan blogger dan mereka yang mengenali diri ini. Aku juga insan biasa yang pastinya tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan setiap hari setiap minggu setiap bulan setiap tahun dan setiap setiap setiap! eh? apakah ayat aku ni? haha sah gagal ujian bahasa Malaysia hukhuk

Akhir-akhir ni aku jarang dapat blogwalking. Banyak sungguh kerja di office yang perlu aku siapkan segera sebelum bercuti pada minggu depan. Buat pengetahuan korang walaupun aku tahu korang tak berminat nak ambil tahu haha minggu depan aku akan bercuti bermula pada 8.01.2014 sehingga 12.01.2014. Bila bercuti of course la balik kampung kan hee seronoknya! Tenanglah aku seketika daripada kesibukan bandar Kota Kinabalu ni, naik muak rasanya tiap hari nak ngadap jammed, tiap hari kena dengar bunyi hon kereta, tiap hari nak tengok manusia berkejar-kejaran ke sana sini huhuhu

Yang sebenarnya aku bercuti bukanlah saja-saja tapi atas permintaan ibu aku, katanya nak buat kenduri ke-100 hari arwah atok. Tambahan lagi dengan rindu yang membuak-buak di dada ini huh rasa tak mampu nak pendam :(

Manalah tahu kut kut ada yang sudi merindui diri ini bolehlah menghubungi aku dekat facebook atau sms terus, walaupun agak kuno bunyinya namun itulah hakikatnya wechat whatapps semua aku tak ada. By the way, maaf ye buat blogger yang belum sempat untuk aku blgowalking dan follow balik. In shaa Allah lepas dari bercuti akan ku usahakan dua perkara tu :)


with love~rrp.cik itah