You are reading:
Tip Rapatkan Hubungan Dengan IBU

Tip Rapatkan Hubungan Dengan IBU

Posted on: Friday, January 24, 2014


tips rapatkan hubungan dengan ibu

Tip rapatkan hubungan dengan ibu | Frankly speaking, aku pun sebenarnya bukan rapat sangat dengan ibu tetapi aku seorang yang agak manja dengan ibu dan aku adalah anak kesayangan ibu muahahaha eh! aku gurau saja la hehe.

Mungkin ada diantara kita yang merasakan kurang rapat dengan ibu sebab sometime terasa ibu macam pilih kasihlah, apalah, itulah, inilah dan macam-macam lagi. Bila ibu diam kita pun diam. Ini situasi yang selalunya terjadi diantara ibu dengan anak. Eh tak boleh macam tu. Tak ada ibu yang tak sayangkan anak, ingat tu. Kepada sesiapa yang agak kurang rapat dengan ibu tu, apa kata korang ikut tips dibawah ini ;
  • Untuk yang tinggal bersama ibu, peluk dan cium pipinya setiap pagi sebelum keluar rumah untuk semarakkan kasih sayang antara kalian.
  • Buat ibu korang gembira dengan mendengar nasihatnya atau memberi hadiah yang disukainya. Tak kira mahal atau murah, tanda ingatan itu lebih penting.
  • Masakan ibu sentiasa sedap kerana ia dimasak dengan penuh kasih sayang. Jadi kalau dah suka tu, ringan-ringkanlah mulut kamu untuk puji sekali sekala.
  • Untuk wanita, luangkan masa membantu ibu di dapur. Sambil memasak dan bersembang, tunjukkan yang korang berminat dengan resipi ibu dan belajarlah beberapa petua darinya. Ini berguna bila korang dah kahwin nanti hihi.
  • Walaupun sibuk dengan dengan tugasan harian, sekali sekala ambil cuti dan luangkan masa bercuti bersamanya. Keluar membeli-belah atau makan-makan sudah memadai.
  • Ambil sedikit masa untuk bersembang tentang rutin harian kepada ibu korang. Tak perlu kisah orang kata korang anak mak atau apa semua.
  • Ambil tahu apa yang ibu korang suka atau tidak. Jika dia sukakan hasil kraftangan, bawalah ibu korang berjalan-jalan ke Sawarak yang terkenal dengan hasil kraftangan manik.
  • Jadikan ibu korang sebagai rujukan bila dilanda masalah atau berada dalam dilemma. Nasihat ibu sangat berguna kerana dia sendiri sudah banyak melalui pengalaman pahit manis menjadi seorang dewasa.
sumber : cosmo 2013

P/S : terkadang hati membisikkan, terkadang bibir meluahkan "eh tak mungkinlah" tapi ya, kuasa Allah memungkinkan segalanya.

Comments

  1. in shaa Allah...tips yang sangat berguna...
    Salam jumaat cik itah :)

    ReplyDelete
  2. Niesa dgn mak dh mcm geng! Rapat sgt...b4 klua umah mmg akan cium mak dulu...hehe..thanks share itah.. Syurga kita dibawah telapak kaki ibu.. :)

    ReplyDelete
  3. salam jumaat itah..klik2 ikea :)
    tanpa ibu sapala kita..kita agak rapat juga dgn ibu walaupun memang sering duk berjauhan..

    ReplyDelete
  4. kdg2 bukan skdr perbuatan tap mcm2 cara leh kt tnjuk cmne nak rapatkan dan dptkan ksh syg...

    ReplyDelete
  5. Nice entri cik itah..aku suka..hee..bagi aku ibu memang penting dlam hidup aku..aku rapat gila dengan ibu aku..hmm, rindu dia dekat kampung..:)singgah blogwalking sini..

    ReplyDelete
  6. salam jumaat itah :) tq for the tips.

    ReplyDelete
  7. ee dengan mak memang gang. orang tgk kitorang pun mcm kawan. hehehe. anyway nak try jugak ni. bcs i love mak =D

    ReplyDelete
  8. bila dah rapat dengan ibu, boleh bodek bodek, hehehe

    ReplyDelete
  9. nice...singgah...follow

    ReplyDelete
  10. pkongsian yg manarik ita..
    tsentuh baca.. :)

    ReplyDelete
  11. thank u dear .. info dan nasihat yang berguna sekali ..alhamdulilah (^_^)

    ReplyDelete
  12. Saya pon kurang rapat dgn Umi.. entahlah kenapa. Tapi on top of that, I will always try my best to make her happy. Always.. (':

    ReplyDelete
  13. hargailah ibu ketika mereka masih ada kerana kita akan amat merindui mereka ketika mereka tiada nanti...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. selagi ibu masih ada,luangkan banyak masa dan hargai setiap masa.tq for the tips itah :)

    ReplyDelete
  15. nice sharing kak. dulu mse skola.. nadyya xrapat ngn ibu. mybe ibu terlalu mnje kan adk.. bila da msok kolej dan duk uma(penganggur berjaya) soo jadi rapat ngn ibu..huhu dan nak pegi mane2 mesti akan cium pipi ibu..hukhuk :')

    ReplyDelete