Wednesday, November 30, 2016

Makanan Untuk Tingkatkan Metabolism

Assalamualaikum & hi..

Makanan untuk tingkatkan metabolism tubuh kita. Apabila metabolism tinggi, badan kita akan bekerja dengan lebih kuat untuk membakar kalori dalam tubuh kita. Seterusnya dapat memberikan tenaga, lebih fit dan berat badan pun terkawal. Orang yang memiliki metabolism yang rendah biasanya akan lebih cenderung ke arah kegemukkan. Amalkan makanan di bawah untuk tingkatkan metabolism tubuh ;

Sumber : Facebook


with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
Read More »

Monday, November 28, 2016

Sambal Tempe Cik Itah

Assalamualaikum & hi

sambal tempe

Asalnya nak masak resepi jawa tapi disebabkan malas dan leceh last-last aku masak campak ja, pakai resepi sendiri. Officemate aku kata sedap, habis satu bekas dia makan. Disebabkan tempe ni aku masak main "hantam" jo so aku namakan  sambal tempe cik itah hehehe

Bahan-bahan :
  • Tempe, tauhu, ikan bilis (udang kering pun boleh), ikan masin, cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih,halia, perasa dan minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sehingga garing dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Goreng pula tempe sehingga garing (jangan terlalu garing), toskan minyak dan ketepikan
  3. Goreng cili hijau 1-2 minit dan toskan minyak. Ketepikan.
  4. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Jika sukakan pedas tambahkan cili api dan goreng bersama.
  5. Masukkan tempe, tauhu, cili hijau, ikan bilis dan ikan masin.
  6. Tambahkan perasa (garam dan aji no moto atau secukup rasa). 
  7. Gaul rata dan siap!

Nota* Aku goreng semua bahan menggunakan minyak yang sama dan sebab itu hasilnya hitam. Untuk memudahkan goreng ja semua bahan sekaligus kecuali ikan masin. Ikan masin kan bertulang besar, bukan macam ikan bilis. Jika boleh goreng ikan masin sehingga garing. Selamat mencuba hihi

Di bawah ni yang terbaru aku masak menggunakan udang kering pula :)

sambal tempe



with love~ Cik Itah @ ramaramapendek
Read More »

Thursday, November 24, 2016

Resepi Ringkas Rumpai Laut "LATO"

Assalamualaikum & hi..

Resepi Ringkas Rumpai Laut "LATO" | Rumpai laut lato' adalah sejenis rumpai laut yang sangat terkenal di kalangan penduduk Sabah. Rasanya memang nyaman (sedap). Kalau berkunjung ke Sabah jangan lupa untuk cuba sekali okay. Lato' ni banyak djual di sekitar todak (sebelah waterfront).

lato

Bahan-bahan:
  • Lato', limau kasturi, cili api, belacan, garam dan aji no moto. 

Cara-cara:
1. Cuci bersih lato' dan ketepikan.
    2. Sambal Cicah
    1. Perahkan limau dan tapis
    2. Tambahkan belacan, garam dan aji no moto
    3. Gaul rata (kalau tak suka pekat boleh tambahkan sedikit air)
    4. Siap
    What next? Hidangkan bersama nasi putih. Harus diingat jangan sesekali gaul lato' bersama sambal cicah jika tidak dimakan terus sebab nanti lato' akan mati (tidak fresh). Kalau nak gaul pun boleh tapi kena makan terus okay barulah uhmmm hehehe.



    with love~ Cik Itah @ ramaramapendek
    Read More »

    Wednesday, November 23, 2016

    Jenis-Jenis Lelaki Yang Akan Membuatkan Wanita "Turn-off"


    lelaki yang tidak disukai wanita
    Gambar Hiasan

    Jenis-Jenis Lelaki Yang Akan Membuatkan Wanita "Turn-off" | Jangan fikir bukan-bukan ya, "turn-off" maksudnya disini ialah "tidak berminat untuk kenal dengan lebih rapat atau perasaan tu mati". Apa aku kongsikan ini adalah berdasarkan pengakuan kaum wanita sendiri. Mulanya sembang kosong ja dengan housemate tapi entah kenapa tiba-tiba topik kami pasal lelaki pula ha ha ha

    Lelaki Yang Tidak Bekerjaya - Kerjaya memainkan peranan penting dalam hidup seseorang tu, dari pandangan wanita pula, kerjaya seorang lelaki itu penting kerana dari situ wanita akan nilai sama ada lelaki itu mampu atau tidak untuk sara kehidupannya selepas berkahwin nanti. There is a future or no future?

    Lelaki Yang Tidak Pandai Berbahasa English - Oh really? Jangan terkejut. Memang wujud wanita yang ada cita rasa macam ni, ini fakta okay bukan auta. Ada sebab sebenarnya kenapa wanita mahukan lelaki yang pandai berbahasa english, boleh jadi untuk memperbaiki english mereka. Tapi dah kalau lelaki pun english tunggang langgang, wanita memang akan "turn-off" lah. Jangan harap hubungan tu boleh pergi jauh. Wanita yang cita rasa macam ni kalau dia kata NO maka NO lah jawabnya.

    Lelaki Yang Berpakaian Tidak Kemas (Selekeh) - Lelaki kalau nak jadi lelaki idaman wanita penampilan tu kena kemas. Let say lah kan you pakai baju yang nampak lusuh, jeans pun koyak-koyak dekat lutut, rambut pun tak terurus..euww memang taklah. Pakai kemas-kemas sikit boleh tak? Baju harga murah pun takpa at least still nampak kemas.

    Lelaki Yang Tidak Matang - Lelaki yang tidak matang dari segi gaya dan perangai. Tidak salah jika sekali sekala manja macam budak-budak tetapi jangan selalu kerana okay kerana ianya akan membuatkan wanita tu merasa bosan. Wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang matang dalam segala hal so mereka rasa dilindungi oleh lelaki yang benar-benar lelaki dan bukannya budak sekolah menengah.

    Lelaki Yang Makan Berbunyi - Mulut berbunyi-bunyi semasa mengunyah makanan. Wanita yang dengar mesti akan terus "euww..". Nak makan, makan sajalah..kunyah makanan tu tak perlu lah kelurkan bunyi yang dah serupa bunyi babi tengah makan pulak. Makan senyap sudah. Lelaki yang habit macam ni memang automatik akan di "blacklist" oleh sesetengah golongan wanita. Percaya atau tak, ini fakta.


    with love~ Cik Itah @ ramaramapendek
    Read More »

    Friday, November 18, 2016

    Kulit Wajah Berminyak Dan Kusam? Ini Rahsia Penjagaan Kulit Wajah Cik Itah - Nano White Fresh

    Assalamualaikum & hi..

    nano white fresh

    Kulit Wajah Berminyak Dan Kusam? Ini Rahsia Penjagaan Kulit Wajah Cik Itah - Nano White Fresh | Sejak dari dulu aku menghadapi masalah kulit wajah berminyak dan kusam so agak susah untuk aku dapatkan produk yang benar-benar sesuai untuk aku. Before this i use product from Safi but after a few month using it, i think Safi's product don't quite understand me i mean my skin. The is product is good, everything is good. Kulit wajah memang licin but still tak dapat kawal pengeluaran minyak pada wajah tu. FYI, wajah aku ni bukanlah jenis yang berjerawat dan sensitif. Aku cuma ada dua masalah ja dengan wajah iaitu masalah liang roma dan kulit berminyak.

    About one month ago my friend recommended me to use Nano White Fresh product tapi aku abaikan sampailah aku sendiri terbuka hati nak cuba. Setiap kali pergi Watson's, Nano White Fresh juga yang aku nampak. Dalam hati aku "haii benda ni macam nak suruh aku beli ja". Last2 aku beli hahaha. Kalaulah la produk ni macam manusia maybe dalam hati dia akan cakap "yes..Bingo!".

    First, aku cuba foam cleanser but now aku dah bertukar ke gel cleanser. Second, aku beli pula anti dullness scrub and third, miracle mist. FYI, aku beli produk ni one by one sebab takut tak sesuai kan. But after a few month (about three month i guess), aku rasa produk Nano White Fresh memang sesuai untuk aku dan rasanya selepas ni aku kena beli dark spot corrector dan moisturiser lagi untuk lengkapkan kesemuanya.

    One thing you must know about this product. Nano White Fresh is specially formulated for oily skin, it's contain Vitamin C, Tea Tree Oil and Sea Algae. So for those yang ada masalah kulit wajah berminyak macam aku, i recommend you to try this product. You'll love it!

    Kulit Wajah Berminyak Dan Kusam? Ini Rahsia Penjagaan Kulit Wajah Cik Itah - Nano White Fresh
    Nano White Fresh Gel Cleanser
    Fungsinya sama seperti Nano White Fresh Foam Cleanser. Gel pembersih dengan micro-beads membersihkan kotoran dan minyak dengan mendalam tanpa mengeringkan kulit. Kulit terasa bersih, segar dan berseri. Caranya macam biasa, basahkan muka, picit sedikit ke telapak tangan dan urutkan perlahan ke wajah. Selepas itu bilas. Korang pasti akan terasa perbezaannya.


    Kulit Wajah Berminyak Dan Kusam? Ini Rahsia Penjagaan Kulit Wajah Cik Itah - Nano White Fresh
    Nano White Fresh Anti Dullness Scrub
    Membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan bintik hitam dan menghaluskan kulit so kulit akan terasa licin, sekata dan  lebih berseri. Caranya, cuci muka dengan Nano White Frest Foam Cleanser/Gel Cleanser terlebih dahulu. Urutkan ke wajah (dalam keadaan lembap) dengan hujung jari dalam pergerakan membulat. Gunakan sekali dua dalam seminggu. Hasilnya kulit akan terasa lebih licin.

    Kulit Wajah Berminyak Dan Kusam? Ini Rahsia Penjagaan Kulit Wajah Cik Itah - Nano White Fresh
    Nano White Fresh Miracle Mist
    Mengurangkan dan menghaluskan liang roma (pores), mencerahkan kulit, mengurangkan sebum (minyak berlebihan), mengurangkan jerawat, mengembalikan keseimbangan kulit dan menghidrasikan kulit agar kekal segar, bersih dan berseri. Spray ke wajah selepas mencuci dengan foam cleanser/gel cleanser atau gunakan bila-bila masa. Mesti akan terasa segar!


    with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
    Read More »

    Tuesday, November 15, 2016

    Pengalaman Sehari Di Borneo Paradise Resort Kinarut Papar

    Assalamualikum & hi..

    Pengalaman Sehari Di Borneo Paradise Resort Kinarut Papar | Bos cawangan Kingfisher sponsor sempena perkahwinan adik bongsunya yang berlangsung di Borneo Paradise Resort. Ijab kabul berlangsung seawal 8.30 pagi dan persandingannya pada pukul 1.00 petang. Aku dan dua lagi staf office bertugas untuk jaga seksyen kuih. Mahunya patah kaki ni berdiri dari pagi sampai ke petang hoho. Tapi okay lah boleh cuci mata lihat pemandangan sekitar resort ni cuma sayangnya tak sempat ke pantai sebab hujan huhu ruginya :(

    Gambar di sepanjang kami disana. View jangan cakap..memang cantik! Selain bilik, villa juga disediakan. So tempat ni memang sesuai untuk wedding, hari keluarga ke, sambutan hari jadi ke dan sebagainya.

    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar

    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar
    Pemandangan depan bilik kami..cantik!
    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar
    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar
    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar
    Kolam renang
    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar
    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar
    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar
    Inilah dia tugas kami hihi
    Borneo Paradise Resort Kinarut Papar


    Banyak lagi gambar tapi ini sahaja yang dapat aku upload sebab line internet tak berapa nak ok. Sekian.


    with love~ Cik Itah @ ramaramapendek
    Read More »

    Monday, November 7, 2016

    Kerabu Mangga Bersama Peria


    kerabu manga

    Kerabu Manga Bersama Peria | Mak aku selalu buat kerabu macam ni. Mula-mula dulu nda berapa suka tapi bila sudah selalu makan lama-lama pun tersuka dan jadi salah satu kerabu kegemaran aku.

    Bahan-bahan:
    • Mangga
    • Peria
    • Ikan bilis

    Cara-cara:
    • Goreng ikan bilis dan ketepikan
    • Hiris halus mangga. Lumur bersama gula untuk kurangkan rasa masam (kalau suka yang masam tidak perlu)
    • Hiris halus peria dan lumur bersama garam dan perahkan airnya untuk mengurangkan rasa pahit.
    • Gaul mangga, peria dan ikan bilis. Tambahkan sedikit garam dan aji no moto.
    • Kalau nak lagi sedap tambahkan cili api. Siap!


    with love~ Cik Itah @ ramaramapendek
    Read More »

    Thursday, November 3, 2016

    Percubaan Pertama Memasak Ayam Kicap Pedas Resepi Dari Facebook


    ayam masak kicap yang sedap

    Percubaan Pertama Memasak Ayam Kicap Pedas Resepi Dari FacebookResepi ini aku ambil dari Facebook yang dikongsikan oleh Shamina Isham ke Group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Sebelum ini aku masak ayam kicap resepi dia berbeza banyak so try la pula resepi ini, mana tahu sedap kan..

    Bahan-Bahan :
    • Ayam, garam, serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, cili kering, cili giling, kicap (apa-apa brand yang korang suka), kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari dan tomato.

    Cara Memasak :
    1. Potong ayam dan bersihkan
    2. Masukkan garam, serbuk kunyit, bawang putih, cili giling dan kicap. Perap selama 20 hingga 30 minit.
    3. Panaskan kuali. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. 
    4. Kemudian masukkan cili kering dan daun kari
    5. Masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Selepas itu masukkan tomato
    6. Masukkan ayam yang diperap tadi. Ketepikan air perapan, jangan buang. Kacau dan tutup kuali
    7. Setelah ayam masak masukkan air perapan. Biarkan selama 10 minit dan siap!

    with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
    Read More »

    Tuesday, November 1, 2016

    Sambal Mangga Hancur

    Assalamualaikum & hi..

    sambal manga

    Sambal Mangga Hancur | Resepi mak aku, aku panggil sambal mangga hancur. Makanan kami sekeluarga sejak dari kecil sampai lah dewasa. Dekat tempat lain tak tahulah ada ke resepi macam ni takda. Kalau ada, panggil apa ya? Aku tanya housemate aku katanya dia tak pernah makan mangga macam ni yang pasti sedap katanya. Semalam aku masak tomyam pun housemate dan officemate kata sedap hihi. Alhamdulilah..dah boleh jadi calon isteri ni ha ha ha 

    Bahan-Bahan :
    • Buah mangga (sediakan dalam 4-10 biji), ikan bilis (kuantiti mengikut kesesuaian), bawang merah ( 1-2 biji).

    Nota* bawang merah tu tambahan sahaja. nak taruh atau tidak terpulang..rasanya tetap sedap.

    Cara-Cara :
    1. Goreng ikan bilis sehingga garing (jangan terlalu garing nanti pahit) dan ketepikan.
    2. Potong buah mangga (saiz mengikut kesesuaian)
    3. Masukkan mangga ke dalam lesung dan tumbuk sehingga hancur. Masukkan mangga satu persatu.
    4. Masukkan ikan bilis dan tumbuk sehingga hancur bersama buang mangga tadi (tetapi jangan terlebih hancur)
    5. Ulangi langkah ke 3 dan ke 4 sehingga mangga dan ikan bilis habis.
    6. Tambahkan perasa, garam (sedikit sahaja sebab ikan bilis dah masin) dan aji no moto. Kalau suka pedas boleh tambahkan cili api.

    with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
    Read More »