Monday, November 28, 2016

Sambal Tempe Cik Itah

Assalamualaikum & hi


Asalnya nak masak resepi jawa tapi disebabkan malas dan leceh last-last aku masak campak ja, pakai resepi sendiri. Officemate aku kata sedap, habis satu bekas dia makan. Disebabkan tempe ni aku masak main "hantam" jo so aku namakan  sambal tempe cik itah hehehe

Bahan-bahan :
  • Tempe, tauhu, ikan bilis (udang kering pun boleh), ikan masin, cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih,halia, perasa dan minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sehingga garing dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Goreng pula tempe sehingga garing (jangan terlalu garing), toskan minyak dan ketepikan
  3. Goreng cili hijau 1-2 minit dan toskan minyak. Ketepikan.
  4. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Jika sukakan pedas tambahkan cili api dan goreng bersama.
  5. Masukkan tempe, tauhu, cili hijau, ikan bilis dan ikan masin.
  6. Tambahkan perasa (garam dan aji no moto atau secukup rasa). 
  7. Gaul rata dan siap!

Nota* Aku goreng semua bahan menggunakan minyak yang sama dan sebab itu hasilnya hitam. Untuk memudahkan goreng ja semua bahan sekaligus kecuali ikan masin. Ikan masin kan bertulang besar, bukan macam ikan bilis. Jika boleh goreng ikan masin sehingga garing. Selamat mencuba hihi


Di bawah ni yang terbaru aku masak menggunakan udang kering pula :)




with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

13 comments:

  1. Kalau siqah makan ni, siqah akan ambik ikan bilis je. Hihi. Tak makan tempe dan tauhu 😅

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Cik Itah..
    Akak memang suka sambal tempeh ni :)

    ReplyDelete
  3. Tempe ni saya suka goreng kering.
    Kalau goreng kering saya bawak bekal pergi kerja.
    Kat kantin nanti makan dgn nasik

    ReplyDelete
  4. Saya dah klik gambar profile, dlm tu ada gambar dua orang. Menarik.

    Saya dah klik gambar family, dalam tu banyak gambar family, nampak bahagia. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. Singgah tengah hari...
    bagus nie bagi idea nak masak apa balik nnt

    ReplyDelete
  6. Wow! itu kalau tergigit cili dia Cik Itah puas mengalir airmata sambil makan:)
    Kakak suka resepi ini.

    ReplyDelete
  7. wee! tempe mmg favourite..ratah pun xpa..ngee..dap2..

    ReplyDelete
  8. Pebret pakcik ni.
    Tambah satu lagi. Kentang goreng potong nipis2
    Satu lagi, hati dan pedal ayam digoreng kecik2.
    Jadi sambal jawa.

    ReplyDelete
  9. busyra suka tempeee. terliur dah niiii.. mudah ja nak masak kan. tp sedap dia tuuu.. hehe

    ReplyDelete
  10. Mkn dgn nasi pns perhh sdpnya ni

    ReplyDelete
  11. Memang sedap makan lauk tempe ni...

    ReplyDelete
  12. Resepi campak-campak lah ohsem dan sedap..

    ReplyDelete