You are reading:
Sambal Mangga Hancur

Sambal Mangga Hancur

Posted on: Tuesday, November 1, 2016

Assalamualaikum & hi..

sambal manga

Sambal Mangga Hancur | Resepi mak aku, aku panggil sambal mangga hancur. Makanan kami sekeluarga sejak dari kecil sampai lah dewasa. Dekat tempat lain tak tahulah ada ke resepi macam ni takda. Kalau ada, panggil apa ya? Aku tanya housemate aku katanya dia tak pernah makan mangga macam ni yang pasti sedap katanya. Semalam aku masak tomyam pun housemate dan officemate kata sedap hihi. Alhamdulilah..dah boleh jadi calon isteri ni ha ha ha 

Bahan-Bahan :
  • Buah mangga (sediakan dalam 4-10 biji), ikan bilis (kuantiti mengikut kesesuaian), bawang merah ( 1-2 biji).

Nota* bawang merah tu tambahan sahaja. nak taruh atau tidak terpulang..rasanya tetap sedap.

Cara-Cara :
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing (jangan terlalu garing nanti pahit) dan ketepikan.
  2. Potong buah mangga (saiz mengikut kesesuaian)
  3. Masukkan mangga ke dalam lesung dan tumbuk sehingga hancur. Masukkan mangga satu persatu.
  4. Masukkan ikan bilis dan tumbuk sehingga hancur bersama buang mangga tadi (tetapi jangan terlebih hancur)
  5. Ulangi langkah ke 3 dan ke 4 sehingga mangga dan ikan bilis habis.
  6. Tambahkan perasa, garam (sedikit sahaja sebab ikan bilis dah masin) dan aji no moto. Kalau suka pedas boleh tambahkan cili api.

with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Tgk pun suda teliur huhu..dlu slalu juga tumbuk mangga mcm ni buat kerabu

    ReplyDelete
  2. Masya-Allah... pepagi lagi kakak dah terliur sebab mangga itu dik
    Kakak kalau sambal macam ini memang sah makan akan terlebih sikit:)

    ReplyDelete
  3. Kecur air liur nengoknya..
    Mengancam..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.
    Tapi nak buat malas sikit.

    ReplyDelete
  5. Assaalm cik itah..pekabor? Lama x dgr cite.. maih ingat sis JM x

    ReplyDelete
  6. Tgk pun dah terliur mmmg pembuka selera tu..senang je nk buat rupanya

    ReplyDelete
  7. Sambal pauh..kalau arwah mak akak bsanya gunakan ikan kembung yg dibakar tawar..nti tumbuk cili+garam sikit+ (pauh)mangga tu..sedap sgt

    ReplyDelete
  8. byk resepi dlm blog awk. best! kerabu mangga ni buat air liur meleleh! hehe.

    ReplyDelete