Tuesday, May 27, 2014

Daily Exercise For Computer Users & Gamers


Daily Exercise For Computer Users & Gamers
credit to : outonlimbs.com
Daily Exercise For Computer Users & Gamers | Tip kesihatan untuk pengguna harian komputer dan kaki game. Faham you guys busy buat itu buat ini tapi sambil tu jangan lupa berehat beberapa saat untuk buat sedikit regangan okay. It it for your own good.

with love~rrp.cik itah
Read More »

Monday, May 26, 2014

4 Perkara Wanita Single Perlu Amalkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Perkara Wanita Bujang Perlu Amalkan


4 Perkara Wanita Single Perlu Amalkan | Entry khas untuk wanita-wanita yang masih single seperti aku hahaha kidding! Khas untuk yang bergelar wanita tak kiralah usia remaja ke dewasa, 4 perkara ini perlu korang amalkan. Buat yang bergelar remaja tu praktikkan dari awal okay :)

Rajin memasak

Reti atau tak reti memasak bukan persoalannya jika sifat rajin ada dalam diri. Reti memasak namun jika tak rajin masuk dapur tak guna juga kan. Jika korang tak reti masak namun selalu rajinkan diri masuk dapur dan belajar apa yang patut, even korang tak reti masak pun lama kelamaan akan reti juga. In shaa Allah..si suami atau bakal suami mahupun mertua atau bakal mertua korang akan memahami. Jangan pula jadi seorang wanita yang dahlah tak reti memasak, malas pula nak ke dapur hukhuk

Pembersih dan kemas

Pembersih dan kemas didalam dan diluar rumah dan bukan nampak cantik dekat public saja. Bila diluar fuhh bukan main bergaya dan wangi siap solek solek bagai tapi bilik atau rumah macam tongkang pecah alahaii..apalah salahnya tempat tidur tu kemas sendiri jangan nak susahkan ibu or orang gaji korang ja. Tempat tidur sendiri perlu ke orang lain yang kemaskan? Baju-baju yang dah digunakan tu pula letaklah ditempat yang sepatutnya, jika korang bukanlah seorang yang rajin cuci kain baju setiap hari..hujung minggu cucilah. Jangan biarkan berminggu-minggu pula kat situ sampai baju yang dah digunakan pun korang nak pakai balik..aigoo~~

Menjaga adab sebagai seorang wanita

Wanita kan sinonim dengan sifat lemah lembut dan santun so jagalah adab tu bila korang berada diluar. Bila bersuara biar perlahan jangan sampai satu dunia dengar suara korang bercerita dan mengekeh-ngekeh ketawa kalahkan pontianak tu hukhuk. Dan janganlah pulak jadi perempuan yang mengedik tak tentu pasal ya!

Menghormati orang tua

Menghormati orang tua tak semestinya kena hormat ibubapa korang saja atau mak bapak si dia saja hukhuk. Dah namanya orang tua kenalah hormat orang yang jauh lebih tua dari kita. Orang selalu kata kalau nak pikat hati seseorang, pikat hati orang tuanya dulu manalah tahu kut-kut ada yang berkenan nak jadikan korang menantu hihi

Okay, itu saja yang ingin kubebelkan. Sekian
with love~rrp.cik itah
Read More »

Friday, May 16, 2014

Nuffnang: Apakah CPUV Xaxis dan Apakah beza antara Minimized Ads, Default Ads, Charity Ads dan Global CPC Ads?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

nuffnang

Nuffnang: Apakah CPUV Xaxis dan apakah beza diantara Minimized Ads, Default Ads, Charity Ads dan Global CPC Ads? | Aku tahu ramai diantara blogger yang mendapat kempen CPUV Xaxis dan ramai juga yang tertanya-tanya CPUV Xaxis tu apa sebenarnya? Dan lagi satu korang perasan tidak akaun nuffnang kita di bahagian blog manager, ada diberi pilihan Ads Preferences? Frankly speaking selama ini aku tak tahu pun apa beza diantara minimized ads, default ads, charity ads dan global cpc ads. Ingatkan sama saja haha. Akupun gatal tanganlah hantar tiket dengan pihak Nuffnang tanya pasal semua kekeliruan yang melanda. Dari terus tertanya-tanya apa salahnya bertanya, betul tidak? heee ok let check it out!

 Apakah CPUV Xaxis?
Kempen CPUV Xaxis sebenarnya sama saja seperti kempen CPUV yang lain seperti CPUV Oreo Better together, CPUV Olay AQ Lighthouse dll. Xaxis adalah sebuah agensi yang berkerja rapat dengan pihak Nuffnang dimana pihak Nuffnang berperanan untuk mengiklan agensi Xaxis.

Bezanya, iklan CPUV Xaxis adalah CPM dimana nilai yang diperolehi adalah berdasarkan impression blog (blog impression) dan akan dikreditkan ke dalam akaun dari semasa ke semasa.

Minimized Ads
Minimized Ads merupakan iklan yang telah menjadi kecil di dalam blog semasa blog tidak diberi apa-apa kempen. Pernah terjadi tidak unit iklan dekat blog korang tidak memaparkan apa-apa iklan, yang ada cuma ads by Nuffnang? haa itulah lah dia minimized ads..kutt hehee

Default Ads
Default Ads merupakan iklan yang dipamerkan secara default dalam unit ads seperti iklan ChurpChurp dan sebagainya. Ini biasa terjadi bukan, korang perasan tak? :) :)

Charity Ads
Charity Ads pula merupakan satu iklan yang akan dipamerkan di unit ad secara rawak dan ianya tidak menjana sebarang pendapatan kerana ia adalah sejenis iklan amal untuk organisasi yang memerlukan perhatian orang ramai. Ini aku sendiri belum pasti iklan seperti apa tapi so far aku faham apa yang dimaksudkan dengan Charity Ads :)

Global CPC Ads
Global CPC Ads adalah iklan yang dilancarkan atas permintaan pengiklan dan akan ditunjukan di semua blog yang ada dalam rangkaian Nuffnang yang telah memilih pilihan "Show Global CPC Ads" di 'Blog Preferences' dalam 'Blog Manager' serta tidak mengandungi iklan Cost Per Unit Visit atau lebih dikenali sebagai CPUV dikalangan blogger semasa ianya dijalankan pada ketika kempen dilancarkan.

Pembayaran kepada penulis blog dikira berdasarkan bilangan klik unik oleh pengunjung unik blog pada unit iklan yang memaparkan iklan CPC. Iklan CPC akan tamat secara automatik selepas mencapai klik maksimum dan pendapatan semua blogger akan dikemaskini berdasarkan bilangan klik tulen semasa kempen.

Jika blog menunjukan iklan CPC tetapi tidak menjana sebarang klik tiada pendapatan akan dikemaskini, harap maklum ya! uhuk

p/s tips untuk menjana klik - rajinlah berkunjung dan menabung [klik klik] ke blog lain ^_^

P/S : untuk iklan CPC ini, jangan memandai klik iklan sendiri k. karang tak pasal-pasal kena 'banned' uhuk naya ja :D


Okay done. Itu sahaja yang ingin ku kongsikan. Sekian :))


with love~rrp.cik itah
Read More »