Friday, August 29, 2014

Wordless Friday

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Wordless Friday


credited : FACEBOOK

with love~rrp.cik itah

Tuesday, August 26, 2014

Kadang Kita Terlupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credited : hdw.eweb4.com

Kadang Kita Terlupa


Kadang-kadang kita terlupa penerimaan orang tak sama. Sangka kita cuma kawan, tapi dia sebaliknya. Apabila mesra difikirnya sayang. Apabila diberi perhatian, diingatnya tentulah berkongsi impian - Anis Ayuni | Saat Kau Kata Cinta.
 
p.s Mood masih kelaut huhuhu minta maaf tak dapat blogwalking. Nanti bila dah back to normal, aku BW ok. Buat korang yang sudi bagi pendapat dalam entri INI, aku rasa aku dah tahu nak masak menu apa. Apa dia? Biarlah rahsia hehehe nanti aku kongsikan gambar masakan aku k hoho jangan gelakkan aku..sudah ler, korang gelak..aku cubit nanti haha :P

with love~rrp.cik itah

Friday, August 22, 2014

Sekadar Muhasabah Diri | Buat Hubungan Dengan Suami Orang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Sekadar Muhasabah Diri | Buat Hubungan Dengan Suami Orang??

Terlebih dahulu aku nak minta maaf kepada Mrs Anonymous yang hantar email kat aku sebab tulis entri pasal ni. Tiada niat untuk memalukan, hanya sekadar berkongsi untuk renungan para suami dan untuk kaum Hawa sendiri. Jangan risau nama Mrs Anon takkan aku mention dalam entri ini. Yes. Aku belum berkahwin dan belum merasa perasaan menjadi seorang isteri tapi at least aku dapat memahami perasaan seorang wanita dan aku faham perasaan anda.

Untuk pencerahan Mrs Anonymous, segala apa yang anda tanya tu, itu bukan identiti aku. Aku bukan seorang pensyarah, aku bukan bekas pelajar UKM dan aku tak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana suami, tunang ataupun kekasih orang lain. Soal nama yang sama tu, aku rasa ramai kut orang nama Itah. Nak tahu identiti aku boleh klik SINI untuk kepastian.

Nasihat aku untuk para suami ;
Kalau rasa masih boleh teruskan dengan isteri tolonglah ceriakan semula untuk hubungan yang terasa pudar atau perasaan yang makin hilang tu. Selagi mampu setialah dengan isteri. Kalau rasa betul-betul nak kahwin lain apa salahnya jika terus berbincang dengan isteri?

Jangan seksa jiwa isteri sampai nak kena siasat apa semua. Jangan buat hubungan dibelakang isteri tanpa dia tahu. Tak baik ok. Tak kesian ke dengan isteri? Sedangkan dulu..kaulah permata, kaulah intan payung, kaulah segalanya. So? Fix it then! Ingat balik susah senang yang pernah anda dan isteri lalui dulu. Saat-saat manis bersama

Untuk kaum hawa ;
Seperti aku nasihatkan dalam gambar diatas, selagi boleh dielakkan tolonglah elakkan. Jangan jadi orang ketiga dalam perhubungan orang lain. Kalau betul-betul nak jugak, sebelum buat keputusan nak jadi orang ketiga..bayangkan dulu jika anda berasa ditempat si isteri. Apakah perasaan anda? Bagaimana anda menghadapinya?? Kuatkah?? Tabahkah?? Sabarkah?? Tepuk dada tanya hati!

Untuk kita semua ;
Jangan lupa, setiap yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Jika itu kemahuan Nya maka akan berlakulah ia. Namun jangan pernah lupa, bukankah ada disebutkan dalam Surah Ar-Ra'd ayat :11

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka"

Sesuatu itu sebelum terjadi kita boleh elak, kita masih boleh elak. Macam mana nak elak? Jawapannya terletak pada pilihan yang kita buat. So sebelum membuat pilihan fikirlah secara waras. Lihat dengan hati, tapis dengan akal.... SEKIAN.

Entri ini hanya sekadar pendapat peribadi so jika ada tersilap atau terkurang, silalah tegur ok. Salam kosong-kosong :)

with love~rrp.cik itah

Renungan Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

sumber : alhafiz.net
P.S Bersama kita sedekah doa & yassin untuk jenazah penumpang MH17 yang tiba di Malaysia hari ini. Al-Fatihah..Salam Takziah.  #HariBerkabungMalaysia 22.08.2014

with love~rrp.cik itah

Thursday, August 21, 2014

Boleh Tolong Tak??

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Boleh tolong tak?? Huhuu sebenarnya nak minta tolong korang pilihkan menu masakan untuk aku.

Sebelum tu biarlah aku jujur, sebenarnya aku ni bukanlah seorang yang reti memasak. Sejak tinggal sorang+ sejak tulah aku mula belajar memasak. Tupun sejak abang aku tegur "belajarlah berdikari, sampai bila nak harapkan mak?". Kecik hati kena tegur tau. Hahaha gurau. Aku terima teguran tu dengan hati terbuka :)

So sejak tulah aku mula rajin masak biarpun mungkin langsung tak sedap hehehe eh tapi practice make perfect kan?

Nak dijadikan cerita..,
Hujung bulan ni aku nak balik kampung di Kota Belud so..aku plan nak masak sesuatu untuk ibu aku. Ni kira masakan pertama aku untuk ibu lah..nak bagi kejutan kononnya..kononnya lah haha. Sejak semalam aku mencari-cari menu dan akhirnya aku memilih enam menu (ikut selera mak) tapi macam terlebih banyak la pula. Mak aku bukanlah seorang yang kuat makan pun..confirm dari 6 menu tu hanya 3 jadi pilihan dia hhuuuuu

So boleh tolong aku buat pilihankah?? 3 hingga 4 menu dari 6 menu dibawah mungkin. Tolonglah..please please T.T
  1. Sup Sayur & Pucuk
  2. Rendang Ayam
  3. Pucuk Manis Masak Lemak
  4. Mee Sup
  5. Sambal Tumis Udang
  6. Tempoyak Ikan Bilis

with love~rrp.cik itah

Wednesday, August 20, 2014

Antara "SWEET" dan "SETIA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credited : http://www.designreflexion.com

Antara "SWEET" dan "SETIA"


Tajuk yang ku pilih selepas tertarik dengan status facebook seorang kawan blogger. Sweet dan setia, aku rasa semua orang pun nak ada pasangan yang setia lagi sweet kan tapi tak semestinya yang setia itu sweet dan yang sweet itu setia.

Pendapat akulah kan mewakili kaum Hawa, setiap wanita pastinya menginginkan pasangan yang setia, betul tak?. Sweet tak sweet itu belakang kira. Penting juga sebenarnya tapi setia lebih diutamakan daripada "sweet" tu sendiri.

Dapat pasangan yang setia tapi tak sweet, its okay..diterima seadanya. Kalau pasangan tu setia lagi sweet itu kira bonuslah kan? Bertuah yang dapat pasangan macam tu :)

Tapi pada aku la kan, setiap lelaki atau perempuan sebenarnya punya sifat "sweet" dalam diri masing-masing cuma cara mereka menunjukkan sifat tu mungkin tak jelas atau tak ketara ataupun mereka memang tak mahu tunjukkan pada pasangan..maksudnya disini ada masa-masa tertentu untuk mereka bersifat "sweet".

re-edit : ataupun "sweet" dalam diri mereka mungkin bukan seperti dalam entri INI tapi "sweet" dengan cara mereka tersendiri.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tak "sweet" tapi siapa tahu di sebalik semua sifat dan kelakuan tak "sweet" korang tu ada juga yang berjaya mencuit hati orang yang korang sayang yang mampu membuat dia jatuh hati dengan korang berkali kali kali kali..heh banyaknya kali! Hahahaha. Eh..tapi betullah tu kan??

So, takda yang perlu dirisaukan kalau anda sweet ataupun tak..asalkan korang setia pada pasangan, insyAllah pasangan akan terima diri kita seadanya.

p.s Jangan tak tahu..wanita pun boleh tertarik tau dengan lelaki yang berhati kering macam watak Jebat dalam novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Asyik kau-aku, takda sayang takda honey apa semua..romantik memang taklah nama pun lelaki berhati kering T.T

with love~rrp.cik itah

Tuesday, August 19, 2014

Perbualan Yang "SWEET"

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Perbualan yang aku rasa sweet hahaha sweet la sangat :D

Perbualan Yang "SWEET"


Aku ambik dari novel tapi tak ingat novel apa hoho
ini aku ambil dari..hmm identiti dirahsiakan haha :P

with love~rrp.cik itah

Monday, August 18, 2014

Koleksi Novel Bertambah Lagi Heee

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Koleksi Novel Bertambah Lagi Heee | Alhamdulillah mood sudah kembali normal dan kini aku kembali berblog setelah menhilang beberapa hari. Mungkin sebab aku binggung huhu biasalah semua orang ada masalah masing-masing ya tak? Hehe. Kolekasi novel aku bertambah lagi : Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Aku tau ramai yang sudah memiliki malah dah habis bacapun! Kan? Aku ja yang ketinggalan :D

Drama dah lama berakhir dan aku pula baru nak baca novel ni hahaha. Dah lama aku cari novel ni sekitar bandar Kota Kinabalu, cari dekat Popular tak jumpa, Eaton tak jumpa, Harris pun tak jumpa..last-last aku mintak tolong kakak aku belikan di Selangor dan akhirnya dapat..heee

Aku tak pernah layan pun drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta so aku memang tak tahu jalan cerita, huuu ingatkan Jebat mati lepas kena tembak tu..berhabis aku menangis hahaha rupanya Jebat selamat kut adoiii. Tapi not bad karya E-Man Sufi ni. Tulisan dia mampu buat aku marah dan stress, tersengih dan ketawa macam orang tak betul dan menangis bagai isteri kehilangan suami hohoho


with love~rrp.cik itah

Wednesday, August 13, 2014

Bad Habbit

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Semalam punya cerita, ditengah Bandar Kota Kinabalu atau tepatnya Asia City..dalam operasi mencari sotong kurita bakar. FYI, aku ni sebenarnya seorang penggemar seafood so buat yang bukan penggemar seafood..disitu kita nda berngam hahaha.

Okay stop, back to topic. Tengah kaki aku berjalan dan tengah mata aku melilau mencari sotong bakar..terperasan aku seorang mamat kat depan aku ni, bad habbit! Dalam hati aku berkata ;

“Bolehnya kau makan aiskrim sampah kau buang dekat pasu bunga?? Huh!”

Agaknya dia tak boleh bezakan kut yang mana pasu bunga yang mana tong sampah. Geram aku orang macam ni. Buang sampah ikut suka hati dia ja. Perangai yang beginilah yang mampu merosakkan pemandangan yang cantik.

Tengok gambar kat bawah ni. Sedap mata memandang ke sakit mata memandang??

sekadar gambar hiasan. ini gambar selepas pertandingan usunan @ usungan TBKB 2013. selepas pemenang diumumkan..penonton bersurai namun sampah ditinggalkan hmm

Buat mereka-mereka diluar sana yang punya perangai suka membuang sampah merata tempat a.k.a tak tahu membezakan yang mana tong sampah yang mana bukan, silalah ubah tabiat buruk korang tu ya. Tahukah anda membuang sampah merata tempat itu dosa kecil yang mempu bertukar menjadi dosa besar jika kerap kali melakukannya?? Sekian.

p.s publish entri ja..blogwalking tak sempat, publish komen pun tak sempat lagi. Nanti aku BW ok :)


with love~rrp.cik itah

Tuesday, August 12, 2014

Perempuan Bila Marah Tanpa Sebab Yang Jelas..

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

sumber : Tengku Faris Tg Khalid

Perempuan bila marah tanpa alasan yang jelas..betul eh??? Hohohoho..iya..kut hee ^_^

with love~rrp.cik itah

Tulisan & Lukisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

semalam bos tegur ; saya tak faham apa kamu tulis, boleh taip in??
ini lukisan aku..ya, aku tahu buruk hoho
ini gambar sawah dekat belakang rumah. cantik kan??

with love~rrp.cik itah

Monday, August 11, 2014

Susah Mau Jumpa Perempuan Yang Setia??

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

facebook
Susah betul sudah mau cari perempuan yang setia?? Hahh..apa pendapat korang?? Kalau aku, kalau aku la kan..aku tak setuju jika perempuan yang setia saja orang kata susah nak jumpa. Kalau lelaki kata susah nak jumpa perempuan yang setia, dan aku pula kata susah nak jumpa lelaki yang setia hoho :D

Pendek kata dua-dua pun sama. 50-50 %. Perempuan susah, lelaki pun susah. Susah mau jumpa yang setia. Sekian.

p.s aku tertarik dengan kata-kata dibawah ini..sob sob :(

facebook
p.s 2 : Tapi sudah lumrah jika lelaki yang setia, perempuan pula tak setia. Begitu juga sebaliknya bila perempuan yang setia, lelaki pula yang tak setia..kan??

with love~rrp.cik itah

Friday, August 8, 2014

Lirik Lagu Ni So Touching | Forgive Me - Maher Zain

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


sumber : writerchoice.com
I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent
Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

with love~rrp.cik itah

Forgive Me | Astaghfirullah Al-Azim!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Forgive Me | Astaghfirullah Al-Azim!
sumber : islamicartdb.com
Aku capai handphone disisi, jam menunjukkan pukul 2.18 minit pagi. huuu apasal la selalu terbangun jam-jam begini?? Kebiasaannya bila terbangun aku akan teruskan tidur sehingga mimpi lena tetapi berbeza pada malam itu. Mata terasa segar. Aku bingkas bangun dan membuka tingkap.

Sambil menutup mata aku menghirup udara segar. Tenang dan mengasyikkan. Aku buka mata dan melihat bintang. Cantiknya!! Seketika pandangan tertumpu pada deretan bangunan kedai di depan rumah. Kelihatan seorang mak cik sepertinya dia seusia ibu aku. Disisinya seorang budak perempuan mungkin dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun, aku kira itu adalah anaknya.

Aku berfikir. Eh? Apa diorang buat pepagi buta macam ni. Tak tidur ke?? Aku memerhati sehinggalah mereka berhenti di tepi tangga kedai yang bersepah dengan dengan kotak-kotak terbuang. Kelihatan tangan si ibu mula mengumpul kotak-kotak tersebut manakala anaknya pula membantu.

Sesuatu yang lain kurasakan saat itu. Disaat orang lain terus lena dibuai mimpi dan mereka pula masih mencari rezeki mengumpul kotak-kotak terbuang itu. Dan aku pula, cuma sedikit yang Allah uji tapi aku sudahpun mengeluh. Astahgfirullah al-azim! Forgive me Ya Allah!

*nota minda
Jangan mengeluh dengan ujian yang Allah beri kerana ujian itu tanda sayangnya Allah pada kita. Jika kita rasa ujian itu sangat sukar untuk kita hadapai, ada lagi insan yang diberi ujian yang lebih sukar daripada kita sehingga kita tertanya bagaimanakah dia menghadapainya??



with love~rrp.cik itah

Thursday, August 7, 2014

Tasbih Pearl Dari Mamaniza.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Sebenarnya dah lama terima tapi baru kini berkesempatan nak update pasal ni hehe. Rezeki join Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com, menanglah tasbih pearl ni hehe. Kecil dan comel ja tasbih ni. Aku suka. Senang nak bawa kemana-mana so bolehlah bertasbih bila-bila masa. Terima kasih buat blogger Norhasniza Khalid kerana telah menambahkan koleksi tasbih aku hee ^_^


with love~rrp.cik itah

Tuesday, August 5, 2014

Kami Di Hari Raya :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kesinambungan dari entri Selfie Di Hari Raya. Entri ini agak panjang dengan gambar, maaf jika lambat loading :)

Kami Di Hari Raya
abang sulung bersama isteri dan anak
Kami Di Hari Raya
abang ngah bersama isteri dan anak
Kami Di Hari Raya
kak long dan suami
Kami Di Hari Raya
kak ngah dan suami
adik bersama suami dan anak

#Gambar bersama ibu tercinta .. <3

abang long dan mak
abang ngah dan mak
kak long dan mak
kak ngah dan mak
kakak mok dan mak
kakak atik a.k.a aku dan mak
kak lang dan mak
adik (bongsu) dan mak
#Mak bersama menantu a.k.a ipar+ aku hehe


Di bawah ini aku dan adik. Mereka kata kami padan, dah macam pasangan hahaha :D

Kami Di Hari Raya

satu gambar lagi nak aku selitkan dalam entri ni. syawal ke-6..tetamu jauh dan dekat datang beraya. sorang dari Kota Belud (sama seperti aku) dan sorang dari Lahad Datu huuu jauh perjalanan dia nak beraya ni..tabik dengan BFF aku sorang ni :D
Thanks Mohd Fikree sudi datang rumah biarpun hidangan tak seberapa & thanks to u too Wan :)

Kiri : Wan & Kanan : Mohd Fikree


Sekian :)

with love~ramaramapendek @ cik itah

Selfie Di Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Aku tak tahu nak kata apa..coretkan gambar sajalah. Fyi..ini first time aku pakai shawl huks macam tak kena ja..hhaha buruk muka haihh ^_^

ini kakak aku. belah kiri masih single..kanan tu dah kahwin hehe
kiri kakak, tengah adik, yang kanan tu hahh itulah pemilik blog ni :D
kak ngah dan aku
kiri tu adik, kanan kakak. dua-dua mereka ni dah kahwin. huuu langkah bendul adik aku :D
macam comel kan kitaorang? muahahha perasan!
paling depan sekali kak ngah aku, dia sekarang pregnant 4 bulan, ini kali pertama dia pregnant. yang mendukung tu kak long aku, dah kahwin tapi belum ada baby, takda rezeki lagi. yang didukung tu pulak anak adik aku..kuat meragam dia ni hoho


Gambar seterusnya..........
bersambung di entri akan datang hehehe. Nak upload sekali kat sini nanti lambat loading :D


with love~ramaramapendek @ cik itah

Monday, August 4, 2014

Team Blogger Malaysia Support GAZA | Free Palestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

http://duniakita94.blogspot.com/2014/08/segmenteam-blogger-support-gaza.html

Selain mendoaakn mungkin ini juga salah satu cara terbaik dalam usaha membebaskan saudara kita di palestin daripada kekejaman tentera rejim zionis dan Israel. Jom ramai-ramai join segmen ni, boleh klik pada banner.

Untuk Palestin ;
tabahlah, kuatlah dan bertahanlah. Cepat atau lambat pertolongan Allah itu pasti!
Doa kami bersamamu! Allah sentiasa di sisi mu !

#saveGaza #freePalestin #TeamBloggerMalaysia


with love~rrp.cik itah

Cuti Raya Dah Habiss..

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Cuti raya dah habis uwarghh..cepatnya masa berlalu. Hati dan fikiran pun masih di kampung hukhuk. Bila dah lama bercuti semangat nak bekerja tu lain sikit. Terfikir..berhenti kerja then tunggu putera turun dari kayangan masuk minang. Bolehkah begitu? Bolehkah????

So..macam mana raya korang? Seronok dan meriah tak?? Raya aku tahun ni agak meriah sikit sebabnya semua adik beradik termasuk ipar-ipar semua beraya kat rumah mak hehe kalau tahun yang sudah abang dan kakak semua beraya kat rumah mertua..sunyi raya kitaorang huuu :'(

Tapi alhamdulillah raya tahun ni memang betul-betul meriah dan yang memeriahkan sudah pastinya anak-anak buah yang amat aku sayangi hehehe fyi, aku ada 5 orang anak buah yang berusia antara satu hingga dua tahun :)

Meriah memang meriah tapi dugaan pada aku apabila pada hari raya pertama aku selesma then bertukar jadi demam huhuhu sekarang pun masih lagi selesma..gagahkan diri ja untuk datang kerja :(

Malam raya tu pula, aku tolong anyam ketupat tapi alamak tak menjadi ketupat aku buat hahaha salah step lah pula haihhh! Aku terlupa kut al maklum la jarang-jarang buat :D. Tapi aku tak berputus asa, aku terus cuba dan mencuba dan akhirnya menjadi hehehehe..

Inilah hasilnya berkat kesungguhan aku haha :D

with love~rrp.cik itah