Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
sumber : islamicartdb.com |
Sambil menutup mata aku menghirup udara segar. Tenang dan mengasyikkan. Aku buka mata dan melihat bintang. Cantiknya!! Seketika pandangan tertumpu pada deretan bangunan kedai di depan rumah. Kelihatan seorang mak cik sepertinya dia seusia ibu aku. Disisinya seorang budak perempuan mungkin dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun, aku kira itu adalah anaknya.
Aku berfikir. Eh? Apa diorang buat pepagi buta macam ni. Tak tidur ke?? Aku memerhati sehinggalah mereka berhenti di tepi tangga kedai yang bersepah dengan dengan kotak-kotak terbuang. Kelihatan tangan si ibu mula mengumpul kotak-kotak tersebut manakala anaknya pula membantu.
Sesuatu yang lain kurasakan saat itu. Disaat orang lain terus lena dibuai mimpi dan mereka pula masih mencari rezeki mengumpul kotak-kotak terbuang itu. Dan aku pula, cuma sedikit yang Allah uji tapi aku sudahpun mengeluh. Astahgfirullah al-azim! Forgive me Ya Allah!
*nota minda
Jangan mengeluh dengan ujian yang Allah beri kerana ujian itu tanda sayangnya Allah pada kita. Jika kita rasa ujian itu sangat sukar untuk kita hadapai, ada lagi insan yang diberi ujian yang lebih sukar daripada kita sehingga kita tertanya bagaimanakah dia menghadapainya??
with love~rrp.cik itah
:( sentiasa bersyukur dengan khidupan kte yg ada nie...
ReplyDeleteurmm :( sedih.. kalau kita rase kita susah, ade org dua kali ganda susah.. hargai ape yg kita ade dan cube belajar bersyukur.. peringatan utk diri sendiri jugak..
ReplyDeleteYa ALLAH ~ yepp bila kite pikir susahnyaa.. hakikatnya ade lagi susah.. bsyukur laa..
ReplyDeletepenah terbaca laa.. bilaa kite tiba2 terbangun waktu pg, maknenya ALLAH yg kejut kite. mybe sebab amalan kite lapar ~
sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan mengeluh setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.... salam Jumaat Itah...
ReplyDeleteSyukur ya Allah denga rezeki yang engkau limpahkan..rupanya ada laig mereka yg lebih susah...akak ingatkan cik Itah nak solat tahajjud bangun awal hihihih
ReplyDeletemmg betul...setiap ujian kita berbeza. kalu rs perit, tgk la ujian yg menimpa saudara kita di palestin tu...
ReplyDelete