You are reading:
Antara "SWEET" dan "SETIA"

Antara "SWEET" dan "SETIA"

Posted on: Wednesday, August 20, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credited : http://www.designreflexion.com

Antara "SWEET" dan "SETIA"Tajuk yang ku pilih selepas tertarik dengan status facebook seorang kawan blogger. Sweet dan setia, aku rasa semua orang pun nak ada pasangan yang setia lagi sweet kan tapi tak semestinya yang setia itu sweet dan yang sweet itu setia.

Pendapat akulah kan mewakili kaum Hawa, setiap wanita pastinya menginginkan pasangan yang setia, betul tak?. Sweet tak sweet itu belakang kira. Penting juga sebenarnya tapi setia lebih diutamakan daripada "sweet" tu sendiri.

Dapat pasangan yang setia tapi tak sweet, its okay..diterima seadanya. Kalau pasangan tu setia lagi sweet itu kira bonuslah kan? Bertuah yang dapat pasangan macam tu :)

Tapi pada aku la kan, setiap lelaki atau perempuan sebenarnya punya sifat "sweet" dalam diri masing-masing cuma cara mereka menunjukkan sifat tu mungkin tak jelas atau tak ketara ataupun mereka memang tak mahu tunjukkan pada pasangan..maksudnya disini ada masa-masa tertentu untuk mereka bersifat "sweet".

re-edit : ataupun "sweet" dalam diri mereka mungkin bukan seperti dalam entri INI tapi "sweet" dengan cara mereka tersendiri.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tak "sweet" tapi siapa tahu di sebalik semua sifat dan kelakuan tak "sweet" korang tu ada juga yang berjaya mencuit hati orang yang korang sayang yang mampu membuat dia jatuh hati dengan korang berkali kali kali kali..heh banyaknya kali! Hahahaha. Eh..tapi betullah tu kan??

So, takda yang perlu dirisaukan kalau anda sweet ataupun tak..asalkan korang setia pada pasangan, insyAllah pasangan akan terima diri kita seadanya.

p.s Jangan tak tahu..wanita pun boleh tertarik tau dengan lelaki yang berhati kering macam watak Jebat dalam novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Asyik kau-aku, takda sayang takda honey apa semua..romantik memang taklah nama pun lelaki berhati kering T.T

Comments

  1. hihi..anis suke lelaki yg xbrape romantik.. alaa mcm jebat tu... tu bru sweet + setia..hihi...

    ReplyDelete
  2. hihi btol.

    yui lbh pentingkan setia dari sweet.

    sweet blkg kira =)

    ReplyDelete
  3. kan!sweet ni subjektif sebenarnya..watak jebat tu pn dh dikira sweet wpn hati kering..i love abam jebat!heee...kdg2 ada lelaki suka tgk perempuan2 garang..sweet katanya..eh mcm berpengalaman plak..kihkih... :P

    ReplyDelete
  4. @Niesa betul tu dear..sweet tu cuma subjektif...

    eh eh..ada pengalaman ke hehehhe sy pun suka abg jebat !

    ReplyDelete
  5. lelaki yg hati kering bila kadang2 buat sweet tu best sgt ^_^ yang penting setia ja... :)

    ReplyDelete
  6. hihi btul. setia tu yg penting. tapi kalau setia + sweet pakej tu.

    ReplyDelete
  7. bertuah la sapa yg dapat cinta hati yg ada kedua2 sifat tue kan.. mcm akak..Eh...hehehe

    ReplyDelete
  8. setia lg penting! setuju.. sweet tuu ade je dlm diri masing cuma caranya berbeza.. macam novel awak jangan nakal. ehhhh nk jugak tuu..hahahahaha

    ReplyDelete
  9. Pendapat saya yang sweet itu tidak semestinya setia tetapi yang setia sentiasa sweet kerana susah senang bersama dan ambil berat.

    ReplyDelete
  10. Lelaki ni kalau tak sweet, sekali dia buat sweet boleh buat cairrr. haha.

    ReplyDelete
  11. sweet kadang2 best gak...klo slalu takut boring nnt...hehe

    ReplyDelete
  12. sweet kadang2 best gak...klo slalu takut boring nnt...hehe

    ReplyDelete
  13. 'perbuatan' sweet akn bertambah sweet kalu dilakukannya dgn ikhlas..

    ReplyDelete
  14. suka yg mcm watak jebat tu... tak cepat bosan sbb kita kena kejar cinta dia... huhu nasib baik dpt pakwan yg kejap garang, kejap sweet... yg penting setia tu kena jaga ya. haha

    ReplyDelete
  15. akak suka lelaki yg setia x sweet pun tak pe..jgn sweet tapi x setia..huuhu..buat sakit hati jek

    ReplyDelete
  16. hehe..bila tgk sweet n setia tu terus terfikir zill faezrul dalam rindu awak 200%! like..hehe..

    ReplyDelete