Friday, February 24, 2017

Resepi Pansak Ikan Yu

Assalamualaikum & hi

pansak yu


Resepi pansak ikan yu | Niatnya nak minta mak aku masakkan sebab aku tak reti tapi last2 aku sendiri yang masak, mak ajar resepi ja hihi

Bahan-bahan ;
  • Ikan yu
  • Kelapa parut
  • Lengkuas
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Pucuk ubi
  • Bunga kunyit
  • Daun bawing (daun kemangi)

Cara-cara ;
  1. Rebus ikan yu terlebih dahulu sehingga masak (jangan terlebih masak). Angkat dan toskan.
  2. Kukur kelapa dan ketepikan.
  3. Carikkan isi ikan yu, buang bahagian yang tidak diperlukan seperti otak ikan yu dan kulitnya. Tulang ikan yang lembut boleh diambil.
  4. Campurkan isi ikan yu tadi bersama kelapa parut. Tambahkan garam, sedikit aji no moto dan kunyit. Gaul sekata. Ketepikan.
  5. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  6. Masukkan lengkuas dan tumis sehingga garing.
  7. Masukkan isi ikan yu yang telah digaul bersama kelapa parut
  8. Masukkan pucuk ubi dan gaul sekata
  9. Setelah pucuk ubi masak, masukkan daun bawing dan bunga kunyit. 
  10. Tumis sehingga garing dan tutupkan api.

*Jika suka pedas boleh tambahkan cili api. Selamat mencuba!



with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Read More »

Sunday, February 12, 2017

Sihir VS Buatan Orang II

Assalamualaikum & hi

Sihir VS Buatan Orang II


Sihir VS Buatan Orang II | Sebelum ini aku pernah berkongsi cerita mengenai sihir atau buatan orang. Kalau korang perasan dekat popular post blog ni entri tu lah paling mendapat tempat. Apa yang best sangat entri tu aku sendiripun tak tahu. Tak pernah lapuk ditelan zaman sebab sehingga ke hari ini entri itu juga yang paling popular di blog ni. Search keyword pun mostly pasal sihir sedangkan aku cuma publish satu entri sahaja mengenai sihir ni. So aku putuskan untuk sambung topik yang sama tetapi kali ini aku kongsikan kisah orang-orang terdekat aku yang pernah terkena buatan orang. 

Amaran penulis untuk pembaca. Korang boleh percaya dengan sihir, buatan orang ni semua sebab dunia lain selain dunia kita memang wujud (dunia jin, syaitan etc) but please jangan terlalu obses. You know what i mean..right? 


Kisah Pertama

Sihir semaieh. Bukan orang lain tetapi aku sendiri. Kalau korang pernah baca entri sihir vs buatan orang sebelum ini rasanya korang tahu pasal ni. Semuanya terjadi semasa aku meneruskan semester ketiga aku di politeknik. Bermula dengan kemunculan satu jerawat di dahi aku, hari demi hari makin bertambah. Penuh satu muka sampai merebak ke leher aku. Kawan-kawan tanya, family tanya. Kenapa dengan muka? Aku tak tahu nak jawab apa. Benda tu gatal dan panas. Aku tak mampu tengok wajah aku di cermin sebab tiap kali tengok cermin aku jadi takut. 

Mulanya aku pendam ja sebab aku ni bukan jenis yang suka luah segala masalah dengam family. Makin lama makin aku tak tahan. Akhirnya aku mengadu dengan kakak aku segala yang aku rasa pasal 'jerawat tu'. Mak aku bawa aku pergi berubat dengan seorang pak cik ni tapi bukan bomoh ya sebab aku berubat ikut cara islam. Apa yang aku tahu pak cik tulah yang sembuhkan mak cik aku yang terkena sihir lontong. Alhamdulillah selepas dibawa berubat jerawat tu beransur-ansur hilang. 

Pak cik tu pernah kata orang tu dekat dengan aku dan dia juga pesan untuk rendam semua tudung aku dengan air panas. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Apa yang aku tahu semuanya disebabkan perasaan dengki dan sakit hati. Aku tak nak ambik tahu pun siapa yang buat aku tapi mungkin Allah nak tunjuk siapa 'dia' yang sebenarnya. Disebabkan hal tulah aku takda istilah "kawan baik" dalam hidup aku. Aku bergaul dan berkawan dengan semua orang tapi aku tak pernah rapat dan percaya dengan sesiapa lagi-lagi dengan kawan perempuan. Aku tak kata kawan baik perempuan tu teruk, aku cuma fobia.


Kisah Kedua

Sihir lontong. Terjadi di kalangan ahli keluarga aku juga tapi aku tak tahu dengan mendalam pasal ni. Apa yang aku tahu dia terkena sihir lontong dimana perutnya membesar macam orang mengandung. Buang air besar, air kecil tak boleh. Even sendawa dan kentut pun tak boleh. Perut dia terus membesar. Keluarga aku hampir berputus asa sebab sihirnya terlalu kuat untuk dirungkai. Dia berdepan dengan kematian tapi Allah panjangkan umurnya dan alhamdulillah kini dia sihat wal afiat, sudah bercucu pun. 

Menurut cerita yang diceritakan kepada aku, ada seorang mak cik ni tak suka anaknya berkawan dengan dia. Mak cik tu upah orang ketiga untuk kenakan si dia ni. Paling mengejutkan bila kawan dia sendiri sanggup khianati dia disebabkan 'upah' tu. Wow !


Kisah Ketiga

Sihir demam. Aku sendiri tak tahu ini jenis sihir apa, mungkin sihir biasa. Apa yang aku tahu anak buah aku masa tu baru masuk tiga tahun. Demamnya tak pernah kebah, bawa pergi hospital doktor kata takda apa yang seriuspun. Siang dia nampak normal, badannya langsung tak panas. Tetapi setiap kali selepas sahaja waktu maghrib panas badannya akan naik dengan mendadak. Lebih dari dua minggu dia ditahan di wad, makin susut badannya. Keadaannya tetap sama. Allah, remuk hati tengok keadaan dia macam tu. Akhirnya kami bawa dia berubat di kampung dan disitulah terungkai segalanya..

Rupanya ada seseorang yang telah menghantar sihir dengan anak buah aku. Yang dibenci ibunya tetapi anak yang menjadi mangsa. Budak yang baru umur tiga tahun terkena sihir. Bunyinya memang merepek tetapi itulah hakikatnya. Paling menyentuh hati aku masa aku datang melawat dia sehari setelah dia dibawa berubat, dia seolah-olah baru tersedar dari dunia lain. Terketar-ketar tangannya meminta bubur disebabkan terlalu lapar. "Umi..lapar", pintanya dengan ibu dia. Bayangkan budak tiga tahun dua minggu tak makan, kau rasa macam mana keadaannya? Alhamdulillah sekarang dia sihat..tahun ni tahun pertama dia bersekolah tadika.


Kisah Keempat

Sihir santau. Terkena dengan seseorang yang sangat bermakna dalam keluarga kami, seseorang yang sangat penting yang kami sayang. Dia tak pernah bercerita tentang sakit dia dan kami tak pernah sangka sakitnya disebabkan buatan orang. Kami cuma terfikir mungkin sakit tua. Dia pernah ditahan di wad hospital seminggu dua lepas tu discharged dan dia back to normal. Dia langsung tak menampakkan apa-apa tanda sehinggalah suatu hari dia terlantar tak boleh berdiri. Ada juga kami bawa berubat kampung tapi tak dapat kesan sehinggalah kami menghubungi atok kami yang tinggal di KM tapi sayang kami terlambat. Suatu hari dia koma dan dikejarkan ke hospital. Dia menghembuskan nafas yang terakhir didepan mata anak dan cucunya. That day is so heartbreaking.

Kalaulah kami tidak terlambat mungkin ada harapan untuk atok hidup sehingga kini. Tapi takdir Allah kita tak dapat lawan. Dialah Yang Berkuasa. Apa yang aku tahu atok termakan sihir santau sehingga memakan organ dalamannya. Muntahnya bercampur kaca halus. Poor him :(



Nota dari penulis.

Apa yang aku cerita dalam entri ni terpulang pembaca untuk menilai. Aku tak paksa sesiapa untuk percaya sebab aku tahu ada yang tak percaya dengan benda ni semua. Aku bukan obses tapi apa yang aku ceritakan memang benar-benar terjadi. Aku dulupun tak percaya dan pandang remeh benda ni semua hinggalah aku sendiri terkena dan rasa bagaimana rasanya bila terkena buatan orang. It's so hard to explain. Jangan pula terlalu obses sehingga apa sahaja sakit yang menimpa keluarga kita, kita rasa itu sihir atau buatan orang ya. Pikir positif.

Kisah ketiga, kami sekeluarga hampir tejebak untuk pulangkan balik sihir tu dengan tuannya. Tapi atok aku dari KM datang dengan pesannya;

"bila orang terjun neraka, biar dia terjun. Jangan kita terjun sekali dengan dia".



thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek


Read More »

Friday, February 10, 2017

Apabila Lagu Chicken Attack Semakin Mendapat Tempat Dihati..

Assalamualaikum & hi

chicken attack


Apabila lagu chicken attack semakin mendapat tempat dihati | First time nampak tajuk lagu ni bunyinya kelakar. Sebelum ini pernah popular lagu Pineapple Pen tapi aku tak pernah suka dengar pun lagu tu tapi kali ini aku betul-betul terjebak dengan lagu ni hahaha everyday mesti nak dengar. Dah kenapa? Krik krik..

Untuk pengetahuan korang lagu chicken attack ni mendapat view yang tinggi hampir tiga juta viewer dalam masa tak sampai sebulan pun ianya dimuatnaik ke Youtube. Terbaiklah. Apa yang best lagu ni? Korang dengarlah sendiri..




with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Read More »

Review Nano White Fresh by Tohtonku

Assalamualaikum & hi..


Review Nano White Fresh by Tohtonku | Sebut sahaja Nanowhite Fresh, aku rasa semua pun dah tahu pasal produk ni. Set penjagaan wajah Nanowhite Fresh kini semakin terkenal mana tidaknya jika packaging nya tersangatlah comel, hasilnya pula terbaik. Sebelum ini aku pernah buat entri pasal rahsia penjagaan kulit wajah aku. Nak tahu rahsianya boleh klik SINI. Seperti yang korang tahu Nanowhite Fresh ini terdapat dalam 6 set iaitu foam cleanser, gel cleanser, scrub, miracle mist, dark spot corrector dan moisturiser.

Nanowhite Fresh Foam Cleanser 50g (MYR 8.50)

Pembersih muka dalam bentuk cream yang membantu mengawal pengeluaran minyak di wajah. Lepas guna wajah terasa lebih segar dan cerah. Terasa sejuk ja bila pakai so memang bestlah.

Nanowhite Fresh Gel Cleanser 100g (MYR 15.90)

Ini yang aku guna sekarang, sebelum ni aku pakai foam cleanser. Lepas guna kulit wajah terasa lembap dan bebas minyak.  Disebabkan ianya membersih dengan lebih dalam so kulit wajah pun flawless ja. Wajah segar ya, tapi bagi aku foam cleanser lagi sejuk (fresh) berbanding dengan gel cleanser ni.

Nanowhite Fresh Anti Dullness Scrub 100g (MYR 15.21)

Menanggalkan sel-sel kulit mati dan bintik hitam. So far memang berkesan, jika sebelum ni kulit wajah aku agak kasar tapi sekarang ni terasa halus dan lembut ja. Bintik hitam? Hmm tak sure lah pula hehe

Nanowhite Fresh Miracle Mist 125ml (MYR 20.50)

Antara semua ini paling aku suka sebab apa? Sebab boleh pakai bila-bila masa ja, ada makeup ke takda boleh ja pakai dan kesannya fuhh wajah memang segar! Lagi segar dari foam cleanser. Setakat ni memang terasa perubahannya, pori semakin mengecil, minyak dekat wajah pun berkurangan. Jika wajah terasa letih dan tak bermaya pakailah miracle mist 9 in 1 ni.

Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector 15ml (MYR 18.50)

Ini aku dah cuba lebih dari dua bulan. Hasilnya setakat ni memang boleh kawal minyak dan jerawat. Tapi jerawat time period tu memang normal ya, so belakang kira. Apa yang penting memang berkesan.

Nanowhite Fresh Mattiifying Moisturiser 50ml (MYR 21.50)

Updated on 10th February 2017

Seperti yang aku janjikan so hari ni aku review pula mattiifying moisturiser dari nanowhite ni. Aku dah cuba lebih dari tiga minggu rasanya. Kalau tak silap lah hehe. So far memang aku puas hati. Ianya cepat meresap ke dalam kulit, tak perlu tunggu 2-3 minit untuk kering, tak payah nak kipas-kipas bagai. Lepas ja pakai dark spot corrector, biar 5 saat terus pakai moisturiser ni. Wahh bertambah-tambah segar muka hehehe. Hasilnya wajah aku terasa lembut dan lembap. Lepas ja pakai moisturiser ni, makin suka aku pegang pipi aku ni. Paling ketara kesannya kalau dulu bila bangun tidur pegang ja pipi memang melekit (berminyak) tapi sekarang dah takda semua tu. Terbaiklah nanowhite !

Keseluruhannya, rangkaian produk nanowhite fresh memang berkesan dan setakat ini memang tiada kesan sampingan. Aku dah pakai lebih dari lima or enam bulan rasanya. Alhamdulillah wajah aku semakin bebas minyak, halus, lembut, cerah dan berseri. Kalau sebelum ni bila tengah hari ja muka aku memang berkilat sebab minyak berlebihan. Paling kurang pun aku akan guna 3 - 4 pcs tisu minyak dalam satu-satu masa tapi sekarang 1 pcs tisu minyak pun cukup untuk hilangkan minyak di wajah ni. So Nanowhite Fresh memang terbaik! 

Korang yang ada masalah kulit wajah berminyak tu cubalah produk ni, tak sesal punya. Kalau rasa nak cuba boleh lah beli dimana-mana cawangan Guardian atau Watson's. 


thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Read More »

Wednesday, February 8, 2017

Resepi Ampap Nangka Ikan Liking

Assalamualaikum & hi

ampap nangka


Resepi ampap nangka ikan liking | Minggu lepas aku balik kampung. Sebelum balik tu memang dah plan nak masak sayur nangka bubuh ikan liking so ahad tu aku pergi tamu Kota Belud yang beroperasi setiap hari ahad. 

Bahan-bahan ;
  • Buah nangka mentah yang dihiris sederhana nipis
  • Ikan liking - apa itu ikan liking? Klik SINI
  • Santan kelapa
  • Daun kunyit
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Cili api
  • Perasa

Cara-cara ;
  1. Kukur kelapa dan perah santannya sebanyak dua kali tetapi asingkan santan pertama (santan pekat) dan kedua (santan cair). Ketepikan.
  2. Rebus nangka bersama santan kedua. Masukkan halia, kunyit hidup, cili api.  Biar sehingga nangka separuh masak.
  3. Masukkan perasa dan daun kunyit. Gaul sebati
  4. Apabila daun kunyit masak, masukkan ikan liking dan biar seketika
  5. Masukkan santan pertama (santan pekat) dan gaul sebati dan biar hingga mendidih.
  6. Asingkan kuah nangka dan ketepikan.
  7. Apabila kuah nangka kering (jangan terlalu kering), tutup api dan hidang.

Ampap nangka ni sedap dimakan bersama nasi putih. Kuah yang diasingkan tadi boleh campur dengan nasi. Jangan buang pula ya. Selamat mencuba !


with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Read More »

Friday, February 3, 2017

Resepi Kari Telur

Assalamualaikum & hi

Resepi Kari Telur

Resepi Kari Telur | Percubaan pertama aku masak kari telur. Not bad. Korang kalau nak cuba silalah cuba hehe

Bahan-bahan ;
  • Telur ayam (2-5 biji)
  • Kari ayam (aku biasa pakai brand 88)
  • Limau kasturi 2 biji (asam jawa pun boleh)
  • Bawang bombay
  • Bawang putih
  • Udang kering
  • Halia

Cara-cara;
  1. Rebus telur ayam 10 - 15 minit.
  2. Kupas kulit telur setelah masak dan ketepikan
  3. Rendam sedikit udang kering selama beberapa 1-2 minit
  4. Tumbuk udang kering, halia dan bawang putih sehingga lumat
  5. Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan bawang bombay yang telah dihiris halus. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan kari dan tumis sehingga kari masak
  7. Masukkan telur dan tambahkan sedikit air
  8. Perasakan dan biar hingga menggelegak
  9. Siap!

with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Read More »

Thursday, February 2, 2017

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum & hi

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Resepi Hati Ayam Masak Kicap | Tiba-tiba tekak nak makan hati ayam kicap so dengan rajinnya akupun masaklah hati ayam kicap ni.

Bahan-bahan ;
  • Hati ayam
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Sedikit sos tiram
  • Cili kering
  • Halia
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Tomato
  • Daun bawang

Cara-cara ;
  1. Perap hati ayam bersama halia, bawang putih, sos tiram, kicap masin dan kicap manis selama 20-30 minit.
  2. Tumiskan halia, bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan tomato dan kacau
  4. Masukkan hati ayam yang diperap tadi dan tambahkan sedikit air. Biar hingga hati ayam masak
  5. Masukkan garam dan secukup rasa jika kurang rasa
  6. Taburkan daun bawang dan angkat. Siap!


with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Read More »