Friday, February 24, 2017

Resepi Pansak Ikan Yu

Assalamualaikum & hi

pansak yu


Resepi pansak ikan yu | Niatnya nak minta mak aku masakkan sebab aku tak reti tapi last2 aku sendiri yang masak, mak ajar resepi ja hihi

Bahan-bahan ;
  • Ikan yu
  • Kelapa parut
  • Lengkuas
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Pucuk ubi
  • Bunga kunyit
  • Daun bawing (daun kemangi)

Cara-cara ;
  1. Rebus ikan yu terlebih dahulu sehingga masak (jangan terlebih masak). Angkat dan toskan.
  2. Kukur kelapa dan ketepikan.
  3. Carikkan isi ikan yu, buang bahagian yang tidak diperlukan seperti otak ikan yu dan kulitnya. Tulang ikan yang lembut boleh diambil.
  4. Campurkan isi ikan yu tadi bersama kelapa parut. Tambahkan garam, sedikit aji no moto dan kunyit. Gaul sekata. Ketepikan.
  5. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  6. Masukkan lengkuas dan tumis sehingga garing.
  7. Masukkan isi ikan yu yang telah digaul bersama kelapa parut
  8. Masukkan pucuk ubi dan gaul sekata
  9. Setelah pucuk ubi masak, masukkan daun bawing dan bunga kunyit. 
  10. Tumis sehingga garing dan tutupkan api.

*Jika suka pedas boleh tambahkan cili api. Selamat mencuba!



with love ~ cik itah @ ramaramapendek

20 comments:

  1. Macam menariklah menu cik itah nie..
    Tak pernah lagi makan ikan yu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Ni sedap dimakan begitu saja ke atau boleh dibuat ulam?

    ReplyDelete
  3. Ooo Cik Itah..

    Nampak menyelerakan.. Menu yang unik ni Cik Itah... Ikan Yu tu... Tak pernah rasa lagik... Mesti best ni..

    ReplyDelete
  4. uih tak pernah makan lagi resepi ni. macam unik ja. sedap ya cik itah?

    ReplyDelete
  5. tak penah akak cuba atau penah mkn lauk dr ikan yu nih...
    rare nih

    ReplyDelete
  6. Saya belum pernah rasa lagi ikan yu ni, macam sedap je resepi sis,kalau makan dengan nasi panas + rasa pedas pedas mesti best ni.

    ReplyDelete
  7. pansak? 1st time dengar.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Sy nda pernh lgi mkn ikan yu...mcm serunding juga ka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang dear tapi serunding ni kering betul kan..ini basah2 sikit hehe

      Delete
  9. pansak ikan yu? first time lah dengar :o

    ReplyDelete
  10. first time dengar nama masakan pansak ni..pansak ni makanan org mana ye? i jakun dah ni..hahaha...
    bertambah jakun bila makan dengan ikan yu...wahhhh...festaim dengar org mkn ikan yu...huhu..

    ReplyDelete
  11. Menarik...sedap je tengok tu... tak pernah rasa lagi... bestnya :)

    ReplyDelete
  12. tak pernah makan ikan yu. resipi pun first time ngk.

    ReplyDelete
  13. first time dngr. dan teringinnya nak cubaaaaa. hehe

    ReplyDelete
  14. yang ni kalau kepal dalam daun pisang dan hangatkan pun sedap tak agaknya ya...mcm pernah makan tapi rasanya di indonesia..dia kepal dalam gulungan daun

    ReplyDelete
  15. Selalu makan juga bah ni..tapi sejak pergi merantau di sarawak jarang sudah jumpa ni

    ReplyDelete
  16. Ikan yu? Kat paso sini x de org jual

    ReplyDelete