Thursday, February 2, 2017

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum & hi

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Resepi Hati Ayam Masak Kicap | Tiba-tiba tekak nak makan hati ayam kicap so dengan rajinnya akupun masaklah hati ayam kicap ni.

Bahan-bahan ;
  • Hati ayam
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Sedikit sos tiram
  • Cili kering
  • Halia
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Tomato
  • Daun bawang

Cara-cara ;
  1. Perap hati ayam bersama halia, bawang putih, sos tiram, kicap masin dan kicap manis selama 20-30 minit.
  2. Tumiskan halia, bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan tomato dan kacau
  4. Masukkan hati ayam yang diperap tadi dan tambahkan sedikit air. Biar hingga hati ayam masak
  5. Masukkan garam dan secukup rasa jika kurang rasa
  6. Taburkan daun bawang dan angkat. Siap!


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

14 comments:

  1. uih sedap ni sesekali makan... selalu minta mak simpan hati kalau sembelih ayam.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Cii Itah. Hari tu goreng jer pun dah sedap. 😍

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap...kadang2 masak hati ayam jugak..goreng pun sedap

    ReplyDelete
  4. sedapnya....
    mmg sesuai hati yg msh fresh lg msk kicap, terasa kemanisannya tuh...

    baru teringat lama tak beli hati ayam... rasa mcm nk msk jgk lah

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat hati ayam baru mmg sedap CI. Masak apa pun sedap kalau dah suka hati ye...

    ReplyDelete
  6. Lma nda msk,ni,owhh, dlu time bujang2 rajin aku msk ni sbb roomate suka,mkn,ni

    ReplyDelete
  7. amboi cik itah dok bagi resepi masak ja kan. huhu. peti ais rumah ni dah dekat sebulan rosak tak repair2. masing2 busy. huhu. lama tak masak walaupun takdak la terer mana. haha

    ReplyDelete
  8. nampak sedap hati ayam masak kicap ni... selalu makan hati ayam bakar je..

    ReplyDelete
  9. Makan hati ayam tak apa CI jgn kita "makan hati" boleh kurus dibuatnya:)

    ReplyDelete
  10. Sedap resepi nie.. Tapi sebab akak tak makan hati, leh ganti ngn pedal ayam or kaki ayam nie..

    ReplyDelete