Wednesday, February 8, 2017

Resepi Ampap Nangka Ikan Liking

Assalamualaikum & hi

ampap nangka


Resepi ampap nangka ikan liking | Minggu lepas aku balik kampung. Sebelum balik tu memang dah plan nak masak sayur nangka bubuh ikan liking so ahad tu aku pergi tamu Kota Belud yang beroperasi setiap hari ahad. 

Bahan-bahan ;
  • Buah nangka mentah yang dihiris sederhana nipis
  • Ikan liking - apa itu ikan liking? Klik SINI
  • Santan kelapa
  • Daun kunyit
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Cili api
  • Perasa

Cara-cara ;
  1. Kukur kelapa dan perah santannya sebanyak dua kali tetapi asingkan santan pertama dan kedua. Ketepikan.
  2. Rebus nangka bersama santan kedua. Masukkan halia, kunyit hidup, cili api.  Biar sehingga nangka separuh masak.
  3. Masukkan perasa dan daun kunyit. Gaul sebati
  4. Apabila daun kunyit masak, masukkan ikan liking dan biar seketika
  5. Masukkan santan pertama (santan pekat) dan gaul sebati dan biar hingga mendidih.
  6. Asingkan kuah nangka dan ketepikan.
  7. Apabila kuah nangka kering (jangan terlalu kering), tutup api dan hidang.

Ampap nangka ni sedap dimakan bersama nasi putih. Kuah yang diasingkan tadi boleh campur dengan nasi. Jangan buang pula ya. Selamat mencuba !


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

7 comments:

  1. first time dngr nama resepi, first time jgk dngr ikan liking. tp bila tngok masakan nangka tu... terliur.. sedapppp!!

    ReplyDelete
  2. Nda prnh lgi aku try tu ikan liking, mcm maw ni

    ReplyDelete
  3. Wah lain dari yang lain ni... nampak sedap...

    ReplyDelete
  4. Menarik resepi ni.. Rasa nak cuba tapi tataw la bile boleh terlaksana.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Resepi baru ni buat kakak
    Bagus kakak suka mencuba resepi yg ala-ala kampung macam ini.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. Tapi boleh tengok je..
    Akak tak boleh makan nangka.. angin kus kus nanti.. hehehe

    ReplyDelete