Monday, December 18, 2017

How To Increase My Hemoglobin Level?


Assalamualaikum & hi..

How To Increase My Hemoglobin Level | It's been a while since i last blogged and i know i have so much to catch up with you all. Well, so much things happened in my life but i don't want to write about that. Everyone has their own story, me and so do you.

Are you blood donor? If yes, we are on the same board. My first donation is about seven months ago but after that my hemoglobin level keeps dropping and it prevent me from donating. It actually worries me because it can lead to anemia in the future. So now i am on mission to increase my hemoglobin level.

hemoglobin level
Picture credited to : https://www.top10homeremedies.com/

Here's four easy ways i prefer to do ;

1. Eat Iron-Rich Foods

The top iron rich foods include green leafy vegetables like spinach, tofu, asparagus, chicken liver, whole egg, oysters, apple, pomegranate, prunes, pumpkin seeds, almonds and raisins. Meat and seafood are highly recommended to eat though meat contain 6% iron while seafood is 4% but seafood is my favorites food especially prawn, squid and shells.


2. Increase Vitamin C intake

It is important to have a combination of both iron and vitamin C as the latter is a carrier rich molecule that can be used for better absorption of iron. Foods rich in vitamin C such as oranges, lemon, strawberries, papaya, bell peppers, broccoli, grapefruit and tomatoes but i also eat watermelon though it only contain 16% of Vitamin C but it helps to reduce my headache in the morning when i woke up.


3. Increase Folic Acid Intake

Folic acid, a B-complex vitamin, is required to make red blood cells and a folic acid deficiency automatically leads to a low level of hemoglobin. Some good food sources of folic acid are green leafy vegetables, sprouts, dried beans, wheat germ, peanuts, bananas, broccoli and chicken liver.


4. Exercise

Moderate to high intensity workouts are highly recommended, because when we exercise our body produces more hemoglobin to meet the growing demand for oxygen throughout the body. I tend to do plank to replace high intensity workouts. There are five types of plank such as full plank, jump plank, elbow plank, raised-leg plank and side plank. Beside that i also do other workout like hip bridge, lunges, leg lift and hold, squats, bicycle crunches, russian twists and sumo jump squats. It is hard at the beginning but yeah i keep working because i know the result are worth it.


Bottom line :  In order to success my mission i have to avoid iron blockers such as coffee, tea and cola drinks but i got no problem with that ^_^

Good day everyone..

with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Tuesday, April 4, 2017

Resepi Ayam Dan Udang Goreng Berempah Yang Mudah Dan Ringkas

Assalamualaikum & hai..

Resepi Ayam Dan Udang Goreng Berempah Yang Mudah Dan Ringkas

Resepi Ayam Dan Udang Goreng Berempah Yang Mudah Dan Ringkas | Niatnya nak masak sup ayam sebab tu beli ayam tapi entah kenapa tekak tiba-tiba rasa nak makan ayam berempah. Masa tengah  gaul bahan perapan teringat pula udang kat peti ais yang aku dah beli hari selasa tu, bila cek ja alamak dah tak fresh. Tak tahu nak masak apa aku gaul ja sekali ngan perapan ayam goreng berempah tadi..

Bahan-bahan ;
  • Ayam
  • Udang
  • Halia*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada sulah @ campuran
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara ;
  1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda (*)
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas yang berisi ayam dan udang yang telah dibersihkan
  3. Masukkan serbuk kari, sedikit garam, serbuk lada sulah dan daun kari
  4. Gaul sekata dan biarkan selama sejam (lagi lama lagi bagus)
  5. Goreng dan hidangkan bersama Sambal Kicap ABC.

Cara Buat Sambal Kicap ABC
Bahan-bahan yang perlu ada : Kicap ABC, cili api, sebiji bawang putih, sedikit garam, sedikit gula dan sebiji limau kasturi.
Caranya : Tumbuk cili api, masukkan bawang putih dan tumbuk sehingga halus dan sebati dengan cili api, masukkan sedikit garam, gula, kicap ABC dan limau. Gaul sekata didalam batu lesung dan siap!



with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Monday, March 13, 2017

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita : Suntikan Kali Pertama

Assalamualaikum & hi..

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita : Suntikan Kali Pertama


Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita : Suntikan Kali Pertama | Hari khamis lepas aku pergi ke Klinik Nur Sejahtera Kota Kinabalu untuk mendapatkan suntikan percuma HPV. Sebenarnya dah lama tahu pasal ni cuma aku malas nak buat dan bila aku nampak housemate bersemangat nak pergi aku pun terus semangat hehe. Dia buat suntikan pada hari rabu, aku pula pada hari khamis. Tak dapat buat dalam hari yang sama sebab kuota terhad, kebetulan pula officemate cuti so pergerakan akupun terhad.

Seawal pukul 1.50 petang aku dah sampai ke Klinik Nur Sejahtera memandangkan pejabat akupun tak jauh dari sana. Sampai ja depan klinik terkejut tengok ramai dah orang beratur. Mati-mati aku ingat akulah orang pertama rupanya ada lagi awal dari aku. Terfikir juga sempat ke tak sempat ni? Sebab sebelum datang aku call dan katanya diorang akan terima 30 yang terawal ja untuk hari tu. Tepat pukul 2.00 petang semua serbu masuk, akupun berebut sekali lah. First come first served tu ! Nasib aku lucky hehe kalau lambat sikit ja memang takda peluanglah untuk hari tu. Next day or next week lah nampaknya..

Untuk membuat suntikan ni aku kena isi borang dahulu tapi disebabkan kuota terhad dan ramai orang, nurse yang bertugas akan minta I/C terlebih dahulu dan kira sehingga 30 orang sahaja. Selebihnya kena datang esok harinya (terhad 20 orang sahaja) atau minggu ini (jika ada stok). Lepas isi borang nurse akan panggil nama lepas tu akan cek blood pressure kita dan tanya belah mana nak inject - masa ni juga kita kena bayar bil pendaftaran sebanyak RM5 dan dapat kad temujanji untuk dos kedua dan ketiga.

Untuk sesiapa yang belum pernah terima vaksinasi HPV dan  lahir antara tahun 1990 hingga 1996, bolehlah dapatkan suntikan percuma HPV ni dimana-mana cawangan Klinik Nur Sejahtera. Suntikan percuma ni untuk orang yang belum berkahwin ja tau, kalau dah kahwin tu kena bayar RM150 untuk setiap suntikan.


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Thursday, March 9, 2017

Resepi Kari Sotong

Assalamualaikum & hi

Resepi Kari Sotong

Resepi Kari Sotong

Bahan-bahan ;
  • Sotong, cili kering, terung, asam keping, serbuk kari, bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, perasa dan daun sup sebagai hiasan dan penaik bau sedap.

Cara-cara ;
  1. Tumis halia, bawang merah, bawang putih sehingga layu
  2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis dan cili kering
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik bau. Masak lama supaya kari lebih umphh tapi pastikan api sederhana, jangan terlalu kuat sehingga kari hangus. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air sehingga kari menjadi pes. Kacau agar kari tidak hangus
  4. Masukkan sotong dan kacau sekata dengan pes kari tadi. Kecilkan api dan biar sehingga sotong sedikit kecut (berair)
  5. Masukkan pula sayur terung yang telah dipotong mengikut kesesuaian dan asam keping.
  6. Tambahkan sedikit air dan biar hingga mendidih. Perasakan
  7. Jika rasa sudah sesuai tutup api dan hidangkan.


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Assalamualaikum & hi..

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket | Aku jumpa segmen ni dari blog blogger Pha Is dan alhamdulillah masih sempat untuk join sebab tarikh tutup adalah hari ni pukul 12 tengah hari. Cara untuk join segmen ni mudah sahaja ;

  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post Hasrul Hassan.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post yang korang mahukan trafik meroket.
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan


Kalau korang berminat dan masih sempat untuk join, boleh klik pada banner diatas ya. Selamat bersegmen !


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Saturday, March 4, 2017

Rebus Rebung Bersama Udang

Assalamualaikum & hi..

Rebus Rebung Bersama Udang

Rebus Rebung Bersama Udang | Masakan orang kampung hehe mak aku selalu masak rebung macam ni ja tanpa perlu simpan santan. Sangat ringkas. Sihat lagi :)

Bahan-bahan ;
  • Sayur rebung, udang, sedikit garam dan cili api (kalau suka pedas)

Cara-cara ;
  1. Rebus sayur rebung selama beberapa minit (10-15 minit). Tos dan ketepikan. Biasanya cara ini adalah untuk mengurang rasa pahit rebung.
  2. Didihkan air didalam periuk (kuantiti air mengikut kesesuaian)
  3. Masukkan udang dan biarkan selama 5 - 10 minit
  4. Masukkan sayur rebung yang telah direbus tadi
  5. Masukkan pula cili api yang telah dipotong halus
  6. Tambahkan sedikit garam dan biar hingga mendidih dan tutup api
  7. Siap!

Ringkas dan mudah kan? Selamat mencuba :)


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Friday, February 24, 2017

Resepi Pansak Ikan Yu

Assalamualaikum & hi

pansak yu


Resepi pansak ikan yu | Niatnya nak minta mak aku masakkan sebab aku tak reti tapi last2 aku sendiri yang masak, mak ajar resepi ja hihi

Bahan-bahan ;
  • Ikan yu
  • Kelapa parut
  • Lengkuas
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Pucuk ubi
  • Bunga kunyit
  • Daun bawing (daun kemangi)

Cara-cara ;
  1. Rebus ikan yu terlebih dahulu sehingga masak (jangan terlebih masak). Angkat dan toskan.
  2. Kukur kelapa dan ketepikan.
  3. Carikkan isi ikan yu, buang bahagian yang tidak diperlukan seperti otak ikan yu dan kulitnya. Tulang ikan yang lembut boleh diambil.
  4. Campurkan isi ikan yu tadi bersama kelapa parut. Tambahkan garam, sedikit aji no moto dan kunyit. Gaul sekata. Ketepikan.
  5. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  6. Masukkan lengkuas dan tumis sehingga garing.
  7. Masukkan isi ikan yu yang telah digaul bersama kelapa parut
  8. Masukkan pucuk ubi dan gaul sekata
  9. Setelah pucuk ubi masak, masukkan daun bawing dan bunga kunyit. 
  10. Tumis sehingga garing dan tutupkan api.

*Jika suka pedas boleh tambahkan cili api. Selamat mencuba!



with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Thursday, February 16, 2017

Menang Satu Pek Chia Seed Dari Giveaway Slimmtreats Bersama DianaRashid.Com

Assalamualaikum & hi

Menang Satu Pek Chia Seed Dari Giveaway Slimmtreats Bersama DianaRashid.Com


Menang Satu Pek Chia Seed Dari Giveaway Slimmtreats Bersama DianaRashid.Com | Alhamdulillah rezeki join GA yang dianjurkan oleh blogger Diana Rashid. Tahniah juga buat semua pemenang ya. Rasanya ini GA kedua yang aku join tahun 2017 ni selepas GA oleh SFRNFZL. Bungkusan ni aku terima pada 14/02/2017, cepat sampainya hehe. Biasa nampak dekat facebook atau blog ja, tak sangka aku dapat satu. Terima kasih diucapkan kepada pihak Slimmtreats selaku penaja kepada GA juga merupakan pemborong dan peruncit Chia Seed dan Diana Rashid selaku penganjur utama GA.

Hari ini adalah hari kedua aku mencuba chia seed. Siang sampai, malam tu terus cuba. Aku ingat chia seed ni mengambil masa satu malam untuk direndam rupanya tak sampai sejam pun dah kembang. Taruh sikit dalam minuman jus pun sedap. Hampir aku tak dapat bezakan chia seed dengan selasih, ingat ianya benda yang sama rupanya berbeza.

Rasa or bau chia seed ni tak kuat so kalau bubuh dalam makanan or minuman pun takda masalah. Ianya tak mengubah rasa makanan tu. Inshaa Allah nanti aku buat review mengenai chia seed ni.



with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Sunday, February 12, 2017

Sihir VS Buatan Orang II

Assalamualaikum & hi

Sihir VS Buatan Orang II


Sihir VS Buatan Orang II | Sebelum ini aku pernah berkongsi cerita mengenai sihir atau buatan orang. Kalau korang perasan dekat popular post blog ni entri tu lah paling mendapat tempat. Apa yang best sangat entri tu aku sendiripun tak tahu. Tak pernah lapuk ditelan zaman sebab sehingga ke hari ini entri itu juga yang paling popular di blog ni. Search keyword pun mostly pasal sihir sedangkan aku cuma publish satu entri sahaja mengenai sihir ni. So aku putuskan untuk sambung topik yang sama tetapi kali ini aku kongsikan kisah orang-orang terdekat aku yang pernah terkena buatan orang. 

Amaran penulis untuk pembaca. Korang boleh percaya dengan sihir, buatan orang ni semua sebab dunia lain selain dunia kita memang wujud (dunia jin, syaitan etc) but please jangan terlalu obses. You know what i mean..right? 


Kisah Pertama

Sihir semaieh. Bukan orang lain tetapi aku sendiri. Kalau korang pernah baca entri sihir vs buatan orang sebelum ini rasanya korang tahu pasal ni. Semuanya terjadi semasa aku meneruskan semester ketiga aku di politeknik. Bermula dengan kemunculan satu jerawat di dahi aku, hari demi hari makin bertambah. Penuh satu muka sampai merebak ke leher aku. Kawan-kawan tanya, family tanya. Kenapa dengan muka? Aku tak tahu nak jawab apa. Benda tu gatal dan panas. Aku tak mampu tengok wajah aku di cermin sebab tiap kali tengok cermin aku jadi takut. 

Mulanya aku pendam ja sebab aku ni bukan jenis yang suka luah segala masalah dengam family. Makin lama makin aku tak tahan. Akhirnya aku mengadu dengan kakak aku segala yang aku rasa pasal 'jerawat tu'. Mak aku bawa aku pergi berubat dengan seorang pak cik ni tapi bukan bomoh ya sebab aku berubat ikut cara islam. Apa yang aku tahu pak cik tulah yang sembuhkan mak cik aku yang terkena sihir lontong. Alhamdulillah selepas dibawa berubat jerawat tu beransur-ansur hilang. 

Pak cik tu pernah kata orang tu dekat dengan aku dan dia juga pesan untuk rendam semua tudung aku dengan air panas. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Apa yang aku tahu semuanya disebabkan perasaan dengki dan sakit hati. Aku tak nak ambik tahu pun siapa yang buat aku tapi mungkin Allah nak tunjuk siapa 'dia' yang sebenarnya. Disebabkan hal tulah aku takda istilah "kawan baik" dalam hidup aku. Aku bergaul dan berkawan dengan semua orang tapi aku tak pernah rapat dan percaya dengan sesiapa lagi-lagi dengan kawan perempuan. Aku tak kata kawan baik perempuan tu teruk, aku cuma fobia.


Kisah Kedua

Sihir lontong. Terjadi di kalangan ahli keluarga aku juga tapi aku tak tahu dengan mendalam pasal ni. Apa yang aku tahu dia terkena sihir lontong dimana perutnya membesar macam orang mengandung. Buang air besar, air kecil tak boleh. Even sendawa dan kentut pun tak boleh. Perut dia terus membesar. Keluarga aku hampir berputus asa sebab sihirnya terlalu kuat untuk dirungkai. Dia berdepan dengan kematian tapi Allah panjangkan umurnya dan alhamdulillah kini dia sihat wal afiat, sudah bercucu pun. 

Menurut cerita yang diceritakan kepada aku, ada seorang mak cik ni tak suka anaknya berkawan dengan dia. Mak cik tu upah orang ketiga untuk kenakan si dia ni. Paling mengejutkan bila kawan dia sendiri sanggup khianati dia disebabkan 'upah' tu. Wow !


Kisah Ketiga

Sihir demam. Aku sendiri tak tahu ini jenis sihir apa, mungkin sihir biasa. Apa yang aku tahu anak buah aku masa tu baru masuk tiga tahun. Demamnya tak pernah kebah, bawa pergi hospital doktor kata takda apa yang seriuspun. Siang dia nampak normal, badannya langsung tak panas. Tetapi setiap kali selepas sahaja waktu maghrib panas badannya akan naik dengan mendadak. Lebih dari dua minggu dia ditahan di wad, makin susut badannya. Keadaannya tetap sama. Allah, remuk hati tengok keadaan dia macam tu. Akhirnya kami bawa dia berubat di kampung dan disitulah terungkai segalanya..

Rupanya ada seseorang yang telah menghantar sihir dengan anak buah aku. Yang dibenci ibunya tetapi anak yang menjadi mangsa. Budak yang baru umur tiga tahun terkena sihir. Bunyinya memang merepek tetapi itulah hakikatnya. Paling menyentuh hati aku masa aku datang melawat dia sehari setelah dia dibawa berubat, dia seolah-olah baru tersedar dari dunia lain. Terketar-ketar tangannya meminta bubur disebabkan terlalu lapar. "Umi..lapar", pintanya dengan ibu dia. Bayangkan budak tiga tahun dua minggu tak makan, kau rasa macam mana keadaannya? Alhamdulillah sekarang dia sihat..tahun ni tahun pertama dia bersekolah tadika.


Kisah Keempat

Sihir santau. Terkena dengan seseorang yang sangat bermakna dalam keluarga kami, seseorang yang sangat penting yang kami sayang. Dia tak pernah bercerita tentang sakit dia dan kami tak pernah sangka sakitnya disebabkan buatan orang. Kami cuma terfikir mungkin sakit tua. Dia pernah ditahan di wad hospital seminggu dua lepas tu discharged dan dia back to normal. Dia langsung tak menampakkan apa-apa tanda sehinggalah suatu hari dia terlantar tak boleh berdiri. Ada juga kami bawa berubat kampung tapi tak dapat kesan sehinggalah kami menghubungi atok kami yang tinggal di KM tapi sayang kami terlambat. Suatu hari dia koma dan dikejarkan ke hospital. Dia menghembuskan nafas yang terakhir didepan mata anak dan cucunya. That day is so heartbreaking.

Kalaulah kami tidak terlambat mungkin ada harapan untuk atok hidup sehingga kini. Tapi takdir Allah kita tak dapat lawan. Dialah Yang Berkuasa. Apa yang aku tahu atok termakan sihir santau sehingga memakan organ dalamannya. Muntahnya bercampur kaca halus. Poor him :(



Nota dari penulis.

Apa yang aku cerita dalam entri ni terpulang pembaca untuk menilai. Aku tak paksa sesiapa untuk percaya sebab aku tahu ada yang tak percaya dengan benda ni semua. Aku bukan obses tapi apa yang aku ceritakan memang benar-benar terjadi. Aku dulupun tak percaya dan pandang remeh benda ni semua hinggalah aku sendiri terkena dan rasa bagaimana rasanya bila terkena buatan orang. It's so hard to explain. Jangan pula terlalu obses sehingga apa sahaja sakit yang menimpa keluarga kita, kita rasa itu sihir atau buatan orang ya. Pikir positif.

Kisah ketiga, kami sekeluarga hampir tejebak untuk pulangkan balik sihir tu dengan tuannya. Tapi atok aku dari KM datang dengan pesannya;

"bila orang terjun neraka, biar dia terjun. Jangan kita terjun sekali dengan dia".



thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek


Friday, February 10, 2017

Apabila Lagu Chicken Attack Semakin Mendapat Tempat Dihati..

Assalamualaikum & hi

chicken attack


Apabila lagu chicken attack semakin mendapat tempat dihati | First time nampak tajuk lagu ni bunyinya kelakar. Sebelum ini pernah popular lagu Pineapple Pen tapi aku tak pernah suka dengar pun lagu tu tapi kali ini aku betul-betul terjebak dengan lagu ni hahaha everyday mesti nak dengar. Dah kenapa? Krik krik..

Untuk pengetahuan korang lagu chicken attack ni mendapat view yang tinggi hampir tiga juta viewer dalam masa tak sampai sebulan pun ianya dimuatnaik ke Youtube. Terbaiklah. Apa yang best lagu ni? Korang dengarlah sendiri..




with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Review Nano White Fresh by Tohtonku

Assalamualaikum & hi..


Review Nano White Fresh by Tohtonku | Sebut sahaja Nanowhite Fresh, aku rasa semua pun dah tahu pasal produk ni. Set penjagaan wajah Nanowhite Fresh kini semakin terkenal mana tidaknya jika packaging nya tersangatlah comel, hasilnya pula terbaik. Sebelum ini aku pernah buat entri pasal rahsia penjagaan kulit wajah aku. Nak tahu rahsianya boleh klik SINI. Seperti yang korang tahu Nanowhite Fresh ini terdapat dalam 6 set iaitu foam cleanser, gel cleanser, scrub, miracle mist, dark spot corrector dan moisturiser.

Nanowhite Fresh Foam Cleanser 50g (MYR 8.50)

Pembersih muka dalam bentuk cream yang membantu mengawal pengeluaran minyak di wajah. Lepas guna wajah terasa lebih segar dan cerah. Terasa sejuk ja bila pakai so memang bestlah.

Nanowhite Fresh Gel Cleanser 100g (MYR 15.90)

Ini yang aku guna sekarang, sebelum ni aku pakai foam cleanser. Lepas guna kulit wajah terasa lembap dan bebas minyak.  Disebabkan ianya membersih dengan lebih dalam so kulit wajah pun flawless ja. Wajah segar ya, tapi bagi aku foam cleanser lagi sejuk (fresh) berbanding dengan gel cleanser ni.

Nanowhite Fresh Anti Dullness Scrub 100g (MYR 15.21)

Menanggalkan sel-sel kulit mati dan bintik hitam. So far memang berkesan, jika sebelum ni kulit wajah aku agak kasar tapi sekarang ni terasa halus dan lembut ja. Bintik hitam? Hmm tak sure lah pula hehe

Nanowhite Fresh Miracle Mist 125ml (MYR 20.50)

Antara semua ini paling aku suka sebab apa? Sebab boleh pakai bila-bila masa ja, ada makeup ke takda boleh ja pakai dan kesannya fuhh wajah memang segar! Lagi segar dari foam cleanser. Setakat ni memang terasa perubahannya, pori semakin mengecil, minyak dekat wajah pun berkurangan. Jika wajah terasa letih dan tak bermaya pakailah miracle mist 9 in 1 ni.

Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector 15ml (MYR 18.50)

Ini aku dah cuba lebih dari dua bulan. Hasilnya setakat ni memang boleh kawal minyak dan jerawat. Tapi jerawat time period tu memang normal ya, so belakang kira. Apa yang penting memang berkesan.

Nanowhite Fresh Mattiifying Moisturiser 50ml (MYR 21.50)

Updated on 10th February 2017

Seperti yang aku janjikan so hari ni aku review pula mattiifying moisturiser dari nanowhite ni. Aku dah cuba lebih dari tiga minggu rasanya. Kalau tak silap lah hehe. So far memang aku puas hati. Ianya cepat meresap ke dalam kulit, tak perlu tunggu 2-3 minit untuk kering, tak payah nak kipas-kipas bagai. Lepas ja pakai dark spot corrector, biar 5 saat terus pakai moisturiser ni. Wahh bertambah-tambah segar muka hehehe. Hasilnya wajah aku terasa lembut dan lembap. Lepas ja pakai moisturiser ni, makin suka aku pegang pipi aku ni. Paling ketara kesannya kalau dulu bila bangun tidur pegang ja pipi memang melekit (berminyak) tapi sekarang dah takda semua tu. Terbaiklah nanowhite !

Keseluruhannya, rangkaian produk nanowhite fresh memang berkesan dan setakat ini memang tiada kesan sampingan. Aku dah pakai lebih dari lima or enam bulan rasanya. Alhamdulillah wajah aku semakin bebas minyak, halus, lembut, cerah dan berseri. Kalau sebelum ni bila tengah hari ja muka aku memang berkilat sebab minyak berlebihan. Paling kurang pun aku akan guna 3 - 4 pcs tisu minyak dalam satu-satu masa tapi sekarang 1 pcs tisu minyak pun cukup untuk hilangkan minyak di wajah ni. So Nanowhite Fresh memang terbaik! 

Korang yang ada masalah kulit wajah berminyak tu cubalah produk ni, tak sesal punya. Kalau rasa nak cuba boleh lah beli dimana-mana cawangan Guardian atau Watson's. 


thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Wednesday, February 8, 2017

Resepi Ampap Nangka Ikan Liking

Assalamualaikum & hi

ampap nangka


Resepi ampap nangka ikan liking | Minggu lepas aku balik kampung. Sebelum balik tu memang dah plan nak masak sayur nangka bubuh ikan liking so ahad tu aku pergi tamu Kota Belud yang beroperasi setiap hari ahad. 

Bahan-bahan ;
  • Buah nangka mentah yang dihiris sederhana nipis
  • Ikan liking - apa itu ikan liking? Klik SINI
  • Santan kelapa
  • Daun kunyit
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Cili api
  • Perasa

Cara-cara ;
  1. Kukur kelapa dan perah santannya sebanyak dua kali tetapi asingkan santan pertama dan kedua. Ketepikan.
  2. Rebus nangka bersama santan kedua. Masukkan halia, kunyit hidup, cili api.  Biar sehingga nangka separuh masak.
  3. Masukkan perasa dan daun kunyit. Gaul sebati
  4. Apabila daun kunyit masak, masukkan ikan liking dan biar seketika
  5. Masukkan santan pertama (santan pekat) dan gaul sebati dan biar hingga mendidih.
  6. Asingkan kuah nangka dan ketepikan.
  7. Apabila kuah nangka kering (jangan terlalu kering), tutup api dan hidang.

Ampap nangka ni sedap dimakan bersama nasi putih. Kuah yang diasingkan tadi boleh campur dengan nasi. Jangan buang pula ya. Selamat mencuba !


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Friday, February 3, 2017

Resepi Kari Telur

Assalamualaikum & hi

Resepi Kari Telur

Resepi Kari Telur | Percubaan pertama aku masak kari telur. Not bad. Korang kalau nak cuba silalah cuba hehe

Bahan-bahan ;
  • Telur ayam (2-5 biji)
  • Kari ayam (aku biasa pakai brand 88)
  • Limau kasturi 2 biji (asam jawa pun boleh)
  • Bawang bombay
  • Bawang putih
  • Udang kering
  • Halia

Cara-cara;
  1. Rebus telur ayam 10 - 15 minit.
  2. Kupas kulit telur setelah masak dan ketepikan
  3. Rendam sedikit udang kering selama beberapa 1-2 minit
  4. Tumbuk udang kering, halia dan bawang putih sehingga lumat
  5. Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan bawang bombay yang telah dihiris halus. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan kari dan tumis sehingga kari masak
  7. Masukkan telur dan tambahkan sedikit air
  8. Perasakan dan biar hingga menggelegak
  9. Siap!


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Thursday, February 2, 2017

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum & hi

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Resepi Hati Ayam Masak Kicap | Tiba-tiba tekak nak makan hati ayam kicap so dengan rajinnya akupun masaklah hati ayam kicap ni.

Bahan-bahan ;
  • Hati ayam
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Sedikit sos tiram
  • Cili kering
  • Halia
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Tomato
  • Daun bawang

Cara-cara ;
  1. Perap hati ayam bersama halia, bawang putih, sos tiram, kicap masin dan kicap manis selama 20-30 minit.
  2. Tumiskan halia, bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan tomato dan kacau
  4. Masukkan hati ayam yang diperap tadi dan tambahkan sedikit air. Biar hingga hati ayam masak
  5. Masukkan garam dan secukup rasa jika kurang rasa
  6. Taburkan daun bawang dan angkat. Siap!


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Tuesday, January 31, 2017

Dalam Hidup Ni Kau Kena Tahu Apa Yang Kau Nak..


Assalamualaikum & hi

Dalam Hidup Ni Kau Kena Tahu Apa Yang Kau Nak..

Dalam Hidup Ni Kau Kena Tahu Apa Yang Kau Nak | Yes, kau kena tahu apa yang kau nak atau kau nak masa kau  terbuang dengan sia-sia. Aku ada seorang kawan ni sebelum ini dia dah bekerja gaji 3k belum masuk OT, kereta pun dah ada. Orang bujang gaji 3k bagi aku dah lebih dari cukup. Tapi dia berhenti kerja sebab nak study, katanya pelajaran tu pun penting. Sekurang-kurangnya dia nak memiliki diploma. Sepatutnya tahun ini dia dah masuk semester kedua, awalnya dia bersemangat untuk ulangkaji katanya semester satu pointer dia teruk. Dalam hati aku baguslah kalau dia fikir macam tu.

Makin lama makin jarang aku tengok dia ulangkaji pelajaran. Sentuh buku memang tak lah. Aku perhati ja. Pernah juga aku tanya tapi alasannya nanti dan nanti. Baru-baru ni dia muncul. Aku tegurlah..

" uihh...lamanya kau menghilang, aku ingat dah tak jumpa jalan balik rumah haha "
"hampir..haha hampir aku lupa"
"lama kau cuti..", dia diam tapi lepas tu dia sambung lagi.
"dah tiga minggu aku tak pergi kelas. aku nak berhentilah. i just found out that aku takda hati nak study pun. aku nak kerja.."
"what ??? ", terlopong aku.
"habis..family kau dah tahu? ", aku tanya lagi.
"belum. nantilah aku bagitau", selamba ja jawapannya.

Frankly speaking nak dapat kerja sekarang ni bukan senang. Ada seorang housemate aku ni dia mencari kerja. Lama juga dia duduk menganggur dekat rumah. Takda pilihan dia bekerja dekat celcom punya branch dengan gaji basic rm800. Kerja tu baliknya malam tapi sambil bekerja dia masih mencari kerja yang sesuai dengan sijil yang dia ada. Lama-lama dia penat and end up balik kampung. Sekarang ni pun housemate baru aku pun tengah mencari kerja. Selama tiga minggu tu setiap hari dia keluar hantar resume ke sana sini. Ada juga dia terima panggilan interview tapi tak sangkut..

Faham tak apa sebenarnya yang aku nak sampaikan? Aku tak nak kau buang masa dengan sia-sia. Berapa kali kau nak mula dari bawah? Dah dapat peluang yang bagus kenapa lepaskan? Dah elok-elok kerja gaji pun okay berhenti sebab alasan nak study. Bila dah study pula berhenti sebab baru sedar diri lebih suka bekerja dari study. Em em..

Nasihat aku buat mereka kat luar tu terutamanya dekat mereka yang belum cukup matang tu, cubalah fikir sejenak dalam hidup ni apa yang kau nak sebenarnya. Kita ni makin hari makin tua, takkanlah kita tua macam tu ja tanpa membalas jasa kedua ibubapa kan.. Nak belajar, belajar betul-betul. Kalau nak kerja, kerjalah sebaiknya.


thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Friday, January 27, 2017

If You Can't Get What You Love Learn To Love The Things You've Got

Assalamualaikum & hi

If You Can't Get What You Love Learn To Love The Things You've Got

If You Can't Get What You Love Learn To Love The Things You've Got | Yes you must learn to love the things you've got. Ada hikmahnya kenapa kita tak dapat apa yang kita inginkan, mungkin itu bukanlah terbaik untuk kita.

Aku sejak dulu impian nak kerja bank tapi sampai sekarang tak sangkut-sangkut. Mungkin dah jodoh aku kerja dengan firma guaman. Mula-mula aku dapat kerja ni dulu serius aku tak suka. Tiap hari aku tak semangat nak pergi kerja dan yang paling teruk aku selalu buat silap sampai bos aku tegur siap bagi warning dengan aku. Yala firma guaman kan so bila buat silap lagi-lagi di depan client buruklah nama firma kan..

Suatu hari aku terdengar lagu Passenger bertajuk Things That Stop You Dreaming dimana dalam lirik tu kata, if you can't get what you love you learn to love the things you've got if you can't be be what you want you learn to be the things you're not. Aku sungguh terkesan dengan lirik tu. Esok dan seterusnya aku cuba perbaiki diri aku, aku cuba untuk bekerja dengan seikhlasnya dan sebaik mungkin.

Dan alhamdulillah, kini aku suka dan selesa bekerja dengan firma guaman. Pesanan aku buat mereka diluar sana yang tak dapat apa yang korang impikan, belajarlah untuk suka apa yang korang dah dapat. Jangan biar perasaan "tak suka" tu tertanam dalam hati dan minda korang sampai terbuat banyak silap macam aku nanti korang sesal.

Tuhan ja yang tahu apa yang terbaik untuk kita so belajar terima apa seadanya yang kita dapat. Sekian.


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Thursday, January 26, 2017

Duit Syiling

Assalamualaikum & hi..

Duit Syiling
Ni ja gambar duit syiling yang aku ada. Nak google leceh lagi nak kreditkan.

Duit Syiling | Katanya duit syiling yang kotor macam dekat gambar tu bank (mesin duit syiling) tak terima. Betul kah? Aku pun tak ingat dari mana aku dapat duit syiling tu. Hobi aku sekarang ni suka kumpul duit syiling. Bahagia aku tengok makin hari duit syiling makin bertambah hihi

Bila dah banyak ni takutlah nak simpan dekat rumah nanti tak pasal-pasal aku nangis sendiri kalau jadi apa-apa. So dengan excited nya aku pergilah bank nak masukkan dalam akaun bank konon, masa tu dalam pukul satu ke dua petang..

"hai..sy nak masukkan duit syiling".
"mesin tu dah tak boleh. biasa sebelah pagi ja akan terima. kita datang esoklah ya".
"okaylah..esok pagi sy datang lagi..", kecewa aku.

Esoknya aku datang lagi dalam pukul 9.50 macam tu..

"mesin duit syiling tu dah okay..boleh guna tak?", aku tanya seorang pegawai bank yang kebetulan berada di kaunter pertanyaan.
"belum servis..nanti dalam pukul 10.30 am atau 11.00 am baru okay".
"tak apalah kalau macam tu, nanti sy datang", aku kecewa lagi tapi takpa nanti okaylah tu..bisikku dalam hati.

Sekitar 11.15 pagi aku pergi bank lagi..

"mesin duit syiling dah boleh guna?", aku tanya seorang pegawai lelaki ni..
"alamak..rosak..tidak boleh guna. kami pun tidak boleh buat apa. kena tunggu sampai okay lah baru boleh guna".

Are u kidding me?! Aku rasa macam nak mengamuk ja. Masa tu muka dah serupa muka tinker bell tengah marah. Berapa kali aku nak kena naik turun pergi bank? Nasib baik office aku dekat atas ja. Kalau jauh tak ke menyusahkan. Pergi kaunter kena suruh pakai mesin duit syiling, mesin pula balik-balik buat hal. Menguji kesabaran betul !


Sudahnya sampai sekarang aku belum masukkan tabung duit syiling aku. Aku takda semangat langsung nak pergi bank. Cukuplah aku patah hati hahaha



thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Wednesday, January 25, 2017

Pengalaman Mencari Kerja Dan Bekerja

Assalamualaikum & hi


Status yang aku muatnaik pada oktober 2016. Niatnya bukan nak meroyan tapi itulah sebenarnya haikat yang perlu diterima. Cari kerja tu mudah tapi nak dapatkan kerja tu bukanlah semudah ABC ditambah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Meh aku ceritakan pengalaman aku mencari kerja dan bekerja selama beberapa tahun ni..

Pengalaman Mencari Kerja Dan Bekerja | Selepas habis SPM aku bekerja dengan sebuah restoran sebagai pelayan restoran tapi tak lama. Lepas tu aku dapat PLKN dan kebetulan selepas ja habis PLKN aku dapat tawaran belajar di Politeknik Kota Kinabalu (intake 2010). Aku habis belajar pada hujung tahun 2012, beberapa bulan selepas tu aku menganggur. Banyak aku apply kerja tapi tu lah. Jangankan dipanggil bekerja, interview pun takda. Keluarga aku pun bukannya kaya, biasa-biasa ja. FYI, aku ni anak petani ja. Aku tak malu mengaku sebab itulah hakikatnya. Nak minta duit dengan mak aku untuk beli barang perempuan aku memang taklah. So aku sanggup bekerja di sebuah gerai sebagai tukang goreng pisang (jalan baru menuju ke Kudat), gaji sehari rm20 tapi tak lama, seminggu ja.

Selepas tu aku kerja pula dekat satu kedai topup area pekan Kota Belud. Kebetulan kedai sebelah ada perkhidmatan wifi tapi aku tak ingat berapa caj sejam (sekarang kedai tu dah tutup), so aku ambik peluang tu untuk mencari kerja di internet. Everyday aku akan apply mana-mana kekosongan kerja yang di iklankan. Ada juga aku dapat interview untuk tadika kemas tapi tak sangkut. Tak lama lepas tu aku dapat interview melalui Jobstreet dekat satu firma guaman ni. Alhamdulillah aku terus diserap masuk. Aku tak jangka pun akan dapat kerja tu sebab yela aku memegang diploma perniagaan. Ada juga yang tertanya macam mana aku boleh kerja guaman sedangkan aku belajar perniagaan? Itulah namanya rezeki.

Setahun aku bekerja akhirnya dengan berat hati aku terpaksa berhenti kerja sebab mak aku sakit dan masa tu juga aku menghadapi masalah kewangan. Aku balik Kota Belud dan jaga mak aku. Tapi tak lama mak aku sihat macam biasa. Aku cuba lagi kerja lain tapi takda jawapan, jangankan kerja pejabat kerja biasa-biasa pun takda. So apa yang aku buat, aku tolong mak aku tanam sayur. Seriously? Yes. Ada juga hasilnya tapi aku tak pernah minta dengan mak. Malu. 

Bila kakak aku yang bekerja di pekan KB beritahu ada kerja kosong area pekan, gembira aku. Terus aku call nombor telefon yang diberi. Aku dipanggil interview dan diterima masuk serta merta. Hampir setahun aku bekerja dekat tempat tu. Nak tahu apa kerja aku? Pembantu kedai takoyaki. Kerja aku masak takoyaki, masak milky tea, buat ice blend. Seronok? Memang seronok sebab kau dapat makan takoyaki free haha. Yang seronoknya sebenarnya bila aku dapat kenal ramai orang dan lihat pelbagai macam ragam manusia.

Aku berhenti kerja untuk gantikan tempat kerja akak aku area S.K Labuan. Tapi sebelum aku berhenti sempat aku hantar resume ke 10 legal firm dan tak sangka aku dipanggil interview oleh dua firm. Interview pertama tiada jawapan. Interview kedua aku terus diterima masuk dan bekerja sehingga kini. Alhamdulillah biarpun memegang jawatan sebagai legal clerk sahaja aku bersyukur sangat sebab aku boleh tambahkan pengalaman aku. Kalau dulu aku bahagian litigation, sekarang aku bahagian conveyancing. At least aku dah ada dua basic tu.

Nasihat aku kepada mereka yang tengah mencari kerja tu. Kau terima ja apa kerja yang ada. Even kau nak kerja pejabat pun tak salah kau kerja biasa-biasa dulu. Kau buang tepi malu tu. Pedulikan apa orang kata, kita tak kacau periuk nasi dia pun. Lagi-lagi bila kau sendiri takda pengalaman. What do u expect? Sekarang ni pengalaman tu sangat penting. Kau belajar tinggi manapun bukan senang nak dapat kerja. Sebab apa? Sebab kena bayar gaji yang tinggi. Jangan pula kau nak dapatkan kerja pejabat sebab nak jadi macam orang lain, bergaya cantik semua. Betulkan niat tu.


thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Sayur Campur Petola Dan Kubis

Assalamualaikum & hi..

sayur campur

Sayur campur petola dan kubis | Seperti biasa masakan aku ni hanya untuk seorang dua. Masakan bujang katakan hehe. Fyi, aku ni kalau masak tak suka bubuh kunyit sebab tulah bila kat kampung mak aku selalu tegur katanya masakan aku pucat haha apa-apa sajalah yang penting makan. 

Bahan - bahan ;
  • Petola, kubis, cili api, ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan perasa

Cara - cara ;
  • Tumis ikan bilis sehingga garing
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api. Tumis sehingga naik bau
  • Masukkan petola dan kacau. Biar sehingga petola separuh masak
  • Masukkan kubis dan kacau rata
  • Tambahkan perasa dan kacau lagi sehingga kubis layu
  • Tutukan api dan siap!

Simple bukan? Selamat mencuba :)

with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Tuesday, January 24, 2017

Tumis Petola Bersama Tauhu

Assalamualaikum & hi


Kali ini aku masak tumis petola bersama tauhu. Petola ni adalah antara salah satu sayur kegemaran aku. Lagi sedap kalau petola kampung yang aku tanam sendiri hehe sebelum ni aku pernah menganggur selama enam bulan dan sepanjang tempoh tu bertani adalah aktiviti aku..

Bahan - bahan ;
  • Petola, tauhu, sedikit ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili api

Cara - cara ;
  • Tumis ikan bilis sehingga garing
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api. Tumis sehingga naik bau
  • Masukkan tauhu, kacau dan biarkan seketika.
  • Apabila tauhu masak, masukkan petola dan kacau
  • Tutupkan kuali dan biar sehingga petola separuh masak
  • Perasakan dan siap

FYI, aku ni penggemar makanan pedas so apapun yang aku masak memang aku akan letak cili api. Kalau takda memang tak sah. Lagi satu aku ni kalau masak sayur aku tak suka sayur yang terlebih masak, bagi aku lagi better jika ianya separuh masak. Barulah prefect !


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Monday, January 23, 2017

Resepi Kari Ayam Kicap

Assalamualaikum & hi

Resepi Kari Ayam Kicap | Hari ini aku berkongsi masakan orang bujang lagi hihi. Sebenarnya ini cara mak aku memasak ayam kicap. Kali ini aku try sendiri pula. Kalau nak resepi ayam kicap selain dari resepi ini boleh klik SINI untuk baca.




Bahan-bahan :
  • Ayam, kentang, bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, kicap masin, kicap manis dan perasa.

Cara-cara :
  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris halus dan kacau.
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Goreng sehingga naik bau
  • Masukkan kari dan masak sehingga kari masak.
  • Masukkan ayam dan gaul sekata.
  • Tambah secawan dua air putih. Kacau dan biar sehingga mendidih.
  • Masukkan kentang dan kacau sekata. 
  • Masukkan kicap masin dan sedikit kicap manis apabila kentang sudah masak
  • Tambahkan garam dan secukup rasa.
  • Siap!

Apa yang paling aku suka resepi ni perghh kuah nya sedap aihh. Selamat mencuba !



thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Friday, January 20, 2017

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Assalamualaikum..



GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 | Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Thursday, January 19, 2017

Wajah Bebas Tanpa Minyak Dengan Hanya 4 Langkah

Assalamualaikum & hi..

Wajah bebas tanpa minyak dengan hanya 4 langkah. Tiga minggu roomate aku bercuti ke Singapore baliknya terus tegur katanya wajah aku semakin lawa. Tona kulit sekata dan tidak minyak. Wahhh sukanya aku. Apa rahsianya? Nanowhite Fresh. Bukan lagi rahsia sebab sebelum ini aku pernah buat entri mengenai produk Nanowhite ni.


Langkah Pertama
Bersihkan wajah dengan Gel Cleanser Nanowhite Fresh. Caranya : Basahkan wajah. Picitkan sedikit ke telapak tangan dan urutkan pada wajah hingga berbuih. Bilas bersih dan lapkan dengan tuala muka. Gel cleanser ini mampu menghilangkan sebum dan membersihkan wajah dengan mendalam. Gunakan dua kali sehari.

Langkah Kedua
Selepas membersihkan wajah dengan gel cleanser, buang sel kulit mati dengan Anti Dullness Scrub Nanowhite Fresh pula. Caranya : Picitkan sedikit ke jari dan sapukan sedikit demi sedikit seperti gambar bernombor dua diatas. Urutkan ke wajah dengan hujung jari hingga rata (dalam pergerakan membulat) dan bilas. Scrub ini menjadikan kulit wajah licin dan bebas minyak. Gunakan dua kali seminggu sahaja.

Langkah Ketiga
Selepas menggunakan anti dullness scrub, segarkan wajah dengan Miracle Mist 9 in 1 Nanowhite Fresh. Selain menutup pori miracle mist mampu mengembalikan keseimbangan dan menghidrasikan kulit wajah agar kekal segar, berseri dan bebas minyak. Miracle mist ini boleh digunakan pada bila-bila masa.

Langkah Keempat
Setelah miracle mist kering, sapukan pula Dark Spot Corrector Nanowhite Fresh pada kulit wajah yang bermasalah, boleh juga disapukan ke seluruh wajah. Biarkan sehingga kering sebelum menggunakan apa-apa make-up. Dark spot corrector ini mampu mengawal minyak pada wajah dan masalah jerawat. Gunakan setiap pagi dan malam.
 

*Tips untuk kulit berminyak
  • Rajin-rajinkan memcuci muka dengan apa-apa pembersih khas untuk oily skin.
  • Gunakan skincare @ make-up yang bebas minyak.
  • Gunakan tisu minyak atau facial oil absorbent paper.

Nak baca review nanowhite fresh? Boleh klik SINI ya. Jangan tunggu lama-lama tau. Cuba sekarang!


thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Wednesday, January 18, 2017

CHKME SEO DAN SEO DOCTOR

Assalamualaikum & hi..

Hari ni aku lambat update entri sebab aku adjustkan seo blog sekali lagi. Sebelum ini aku pernah buat entri mengenai seo blog aku 100%, boleh baca SINI. Eh nak adjust apa lagi sedangkan CHKME SEO sudah menunjukkan 100%? Untuk pengetahuan korang aku ada pasang SEO Doctor di pelayar internet aku dimana ia menunjukkan button negative merah seperti gambar di bawah. Mulanya aku sendiri tertanya kalau seo blog sudah 100% kenapa seo doctor masih negatif?


Button merah yang aku bulatkan diatas menunjunkkan bahawa blog aku belum terindeks oleh Seo Doctor kerana blog aku mengandungi canonical url. Apa itu canonical url? Aku bagi satu contoh supaya korang senang faham, contoh ini adalah contoh yang diberi oleh seorang blogger hebat selepas aku bertanyakan apa itu canonical url

Link blog aku pada kebiasaannya ialah https://ramaramapendek.blogspot.my/ tetapi bila aku buka blog melalui telefon pintar url blog aku menjadi https://ramaramapendek.blogspot.my/?m=1. Nampak tak bezanya? Itulah yang dikatakan sebagai canonical url dimana blog yang sama tetapi url yang berbeza. Jadi apa yang kita perlu lakukan, kita kena declare bahawa dua url tadi adalah dari blog yang sama dan bukannya duplicate content.

Selepas aku edit apa yang perlu pada template blog akhirnya aku berjaya mengatasi masalah canonical url. Cuba perhatikan gambar di bawah ini


Gambar diatas menunjukkan prestasi blog aku melalui Seo Doctor. Dari none telah berubah ke 98% namun ia menyebabkan keputusan seo blog aku di Chkme menurun dimana sekarang skornya hanya 80% (great).


CHKME SEO DAN SEO DOCTOR. Alhamdulillah biarpun belum sempurna sekurang-kurangnya blog aku kini semakin mesra seo. Apa yang perlu aku selepas ini ialah fokus pada penghasilan entri yang mesra seo juga. Jika ada sesiapa yang berminat untuk memasang Seo Doctor pada pelayar internet boleh baca entri yang disediakan oleh blogger Hasrul Hassan. Klik SINI untuk baca. Terima kasih blogger HH.

Untuk pengguna blogspot yang ingin mengatasi masalah canonical url, disini aku kongsikan sekali bagaimana aku mengatasi canonical url pada blog aku selepas membuat beberapa carian di google mengenai canonical url.

Perkara pertama yang harus korang lakukan wajib daftar dan verify blog korang pada google webmaster. Cara untuk daftar dan verify korang boleh google, ramai blogger yang menyediakan tutorial tersebut. Tips dari blogger HH. Bila kita sudah hantar sitemap sekali, google webmaster automatically buatkan selepas itu namun sebolehnya adalah lebih baik kita hantar sendiri sitemap sebulan sekali.

Jika cara diatas belum berhasil korang ikut cara ini ;

Klik pada edit html. Jangan lupa untuk backup template korang (ini wajib) untuk keselamatan. Cari kod </head> dan masukkan kod dibawah ini diatas/sebelum kod </head> ;

<link rel='canonical' expr:href='data:blog.url'/>

Jika masih belum berhasil cari kod dibawah ini ;

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Gantikan dengan kod ;

<link rel='canonical' expr:href='data:blog.url'/>

Save dan cek jika ianya berhasil. Nak tahu ianya menjadi atau tidak korang kena install seo doctor di pelayar internet korang. Tutorial yang aku kongsikan ini adalah untuk menyokong canonical url supaya tidak dikenalpastikan sebagai duplicate content oleh enjin carian.

Perlu diingatkan bahawa cara ini tidak semestinya menjadi. Kena trial and error ok. Sekian.

*Nota penting. Memasukkan kod <link rel='canonical' expr:href='data:blog.url'/> boleh mengubah persen seo blog korang di Chkme. So sebelum buat fikirlah banyak kali hehehe. Seo Chkme aku turun lagi ke 78% .. :(


thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Monday, January 16, 2017

Follower Hilang

Assalamualaikum & hi..


Follower hilang. Masalah yang aku hadapi sejak jumaat lepas. Aku sendiri pun tak tahu dimana silapnya, akukah atau blogspot yang ada masalah? Tapi tengok blog orang lain elok ja pun em em. Sedih. Cuba juga aku google jalan penyelesaiannya tapi tak jumpa. Alternatif lain aku guna button follower tumblr macam dekat gambar diatas, sila follow dari button tu ya (buat mereka yang belum follow blog ni).

Aku ingatkan aku seorang mengalami masalah ni rupanya ada juga blogger lain yang mengalami masalah yang sama. Tapi kan seingat aku pagi jumaat tu aku blogwalking follower masih okay tapi petang tu aku perasan tiba-tiba follower hilang. Terfikir juga mungkin silap aku sebab masa tu ku tengah edit template blog sampai aku reset semua dan install semula widget follower tapi tak berhasil juga. Disebabkan masalah inilah juga aku masukkan widget Google+ Follower. Sesiapa ringan hati nak follow silalah follow ya.

Ada sesiapa yang tahu penyelesaianya? Mohon share ya hihi thanks.


thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Resepi Ayam Sos Tiram

Assalamualaikum & hi..

Ayam sos tiram. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku memasak ayam sos tiram. Biasa aku masak ayam kari or ayam kicap. Kali ini aku tukar selera tapi macam korang sedia maklumlah, masakan aku ni masakan bujang ja so ringkas dan cepat.


Resepi Ayam Sos Tiram

Bahan-bahan :
  • Ayam, kicap masin, kicap manis, sos tiram, halia, dua ulas bawang putih, seulas bawang merah, garam, maggie secukup rasa, lada sulah, cili kering, cili api (kalau suka pedas), tepung jagung dan lobak.

Cara-cara :
  1. Perap ayam bersama kicap masin dan sedikit kicap manis (apa2 jenis kicap yg korg suka) selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan cili api. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan ayam dan kacau sekata dengan bahan tumis tadi.
  4. Masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sekata.
  5. Masukkan sedikit air, kacau dan biarkan hingga mendidih.
  6. Apabila kuah pekat, masukkan lobak, lada sulah dan perasakan.
  7. Tutupkan api dan hidang.



thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Friday, January 13, 2017

SEO BLOG

Assalamualaikum & hi..

SEO BLOG

SEO BLOG. Inilah aktiviti aku selain blogwalking, aku adjust apa yang perlu untuk seo blog aku. Mulanya seo aku hanya 37%, lepas tu naik 40%. Aku adjust lagi apa yang perlu naik lagi ke 70% dan hari ni last aku adjust alhamdulillah dah perfect 100%. Gigih aku naikkan seo blog ramaramapendek ni sejak tiga minggu lepas. Aku mula berblog pada tahun 2011 dan tahun ini 2017 baru seo blog aku perfect. Oh teruknya!

Seperti yang korang sedia maklum, SEO atau nama panjangnya Search Engine Optimization merupakan satu proses mengoptimumkan sesebuah blog untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam enjin carian seperti Yahoo, Google dan lain-lain. Pentingkah? Wajib okay. SEO sangat penting untuk menaikkan traffik blog kita terutamanya buat mereka yang serius untuk menambahkan pendapatan melalui blog.

Nak cek SEO blog korang boleh cek di CHKME atau di SEO Workers.


thankS for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Thursday, January 12, 2017

Mimpi

Assalamualaikum & hi..


Mimpi | Malam tadi aku tidur awal. Sebelum tidur gigi aku memang dah sakit tapi aku still boleh tahan. Pukul 2.30 pagi aku terjaga, masa tu Tuhan ja tahu betapa sakitnya gigi aku. Pipi pun rasa kebas ja, bila aku pegang uarghh..rupanya dah bengkak sikit. Mulanya aku nak biarkan, aku tutup mata cuba untuk tidur tapi otak aku ligat berfikir. Eh takkan aku nak pergi kerja dengan pipi bengkak..malu kut. Akhirnya aku bangun ke dapur. 

Aku ambil seulas bawang putih, sedikit aku cincang halus dan letak pada gigi yang sakit. Selebihnya aku potong dua dan letak di lubang telinga untuk kurangkan sakit kepala aku. Malangnya tak berhasil jugak. Sakitnya tetap sama huhuhu last2 aku aku ambil bunga cengkih, tumbuk dan letak pada lubang gigi geraham aku yang sakit. Selepas 20 minit barulah sakitnya berkurangan. Lepas tu aku kumur air garam. Aku baru plan nak buat scalling gigi dan tampal gigi yang berlubang ni tapi dah sakit macam ni ada baiknya cabut terus sajalah kan.

Oh ya malam tadi aku mimpi. Aku mimpi didatangi seorang budak. Mulanya aku nampak budak tu dalam semak dekat hutan belakang rumah di kampung. Makin lama makin dekat dia dengan aku. Aku tak hirau tapi dia ikut kemana ja aku pergi. Eh seram pulak aku rasa. Bila aku terjaga..ha tula gigi aku tengah sakit.


thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Inside Out

Asslamualaikum & hi..


Inside out | Aku semakin tertarik dengan lagu ni. Liriknya seakan menari-nari di minda aku ni. Balik kerja, rehat, mandi, masak, makan semua lepas tu masuk bilik nyanyi lagu ni. Oh aku tak boleh move-on. Susahnya nak baca hati perempuan lagi susah nak baca hati lelaki..

Dia selalu minta maaf. "Awak, maaf saya tak handsome macam orang lain. Awak, maaf saya tak hebat macam orang lain. Awak, maaf saya tak banyak harta macam orang lain. Awak, maaf sebab saya banyak sangat kekurangan".

Aku tersentuh. Kenapa bangkit hal yang sama? Aku bukan wanita yang mencari kesempurnaan dalam rupa, kehebatan dalam bakat, kekayaan dalam hidup. Cukuplah lelaki yang terima dan sayang aku seadanya, lindungi aku, bimbing aku. 

"Awak lelaki yang bersusah payah cari duit, kumpul duit semata nak halalkan hubungan antara saya dengan awak. Mana mungkin saya berpaling? Tolong jangan minta maaf dan berhenti bandingkan diri awak dengan orang lain".

Inside Out by Chainsmokers & Charlee
Bend your chest open
So I can read your heart
I need to get inside or I'll start a war 

Wanna look at the pieces that make you who you are
I wanna build you up and take you apart
Let me see the dark sides as well as the bright
I'm gonna love you inside out
I'm gonna love you inside out
Let me see the dark sides as well as the bright
I'm gonna love you inside out
I'm gonna love you inside out
I'm gonna love you
I'm gonna love you
I'm gonna love you
I'm gonna pick your brain and get to know your thoughts
So I can read your mind when you don't wanna talk
And can I touch your face before you go
I collect your scales but you don't have to know
Let me see the dark sides as well as the bright
I'm gonna love you inside out
I'm gonna love you inside out
Let me see the dark sides as well as the bright
I'm gonna love you inside out
I'm gonna love you inside out
I'm gonna love you
I'm gonna love you
I'm gonna love you inside out
Your love inside out
I'm gonna love you inside out
I'm gonna love you inside out
Inside out
Your love inside out
I'm gonna love
I'm gonna love you inside out

Ou-ou-ou-out ou-ou-ou-out
I'm gonna love you
Ou-ou-ou-out ou-ou-ou-out
I'm gonna love you

Ou-ou-ou-out ou-ou-ou-out
I'm gonna love you -
lyric from joox




thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek