Mimpi | Malam tadi aku tidur awal. Sebelum tidur gigi aku memang dah sakit tapi aku still boleh tahan. Pukul 2.30 pagi aku terjaga, masa tu Tuhan ja tahu betapa sakitnya gigi aku. Pipi pun rasa kebas ja, bila aku pegang uarghh..rupanya dah bengkak sikit. Mulanya aku nak biarkan, aku tutup mata cuba untuk tidur tapi otak aku ligat berfikir. Eh takkan aku nak pergi kerja dengan pipi bengkak..malu kut. Akhirnya aku bangun ke dapur.
Aku ambil seulas bawang putih, sedikit aku cincang halus dan letak pada gigi yang sakit. Selebihnya aku potong dua dan letak di lubang telinga untuk kurangkan sakit kepala aku. Malangnya tak berhasil jugak. Sakitnya tetap sama huhuhu last2 aku aku ambil bunga cengkih, tumbuk dan letak pada lubang gigi geraham aku yang sakit. Selepas 20 minit barulah sakitnya berkurangan. Lepas tu aku kumur air garam. Aku baru plan nak buat scalling gigi dan tampal gigi yang berlubang ni tapi dah sakit macam ni ada baiknya cabut terus sajalah kan.
Oh ya malam tadi aku mimpi. Aku mimpi didatangi seorang budak. Mulanya aku nampak budak tu dalam semak dekat hutan belakang rumah di kampung. Makin lama makin dekat dia dengan aku. Aku tak hirau tapi dia ikut kemana ja aku pergi. Eh seram pulak aku rasa. Bila aku terjaga..ha tula gigi aku tengah sakit.
thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Firasat mimpi dari kakak hahaha...
ReplyDeleteAda kata dapat budak rezeki nak bertambah
Ada juga kata akan ada beban nak dtg utk dipikul
Mungkin itulah kena sakit gigi... kesiannyaaa..
Semoga cepat sembuh cik itah..
ReplyDeleteNampak tak muka budak tu? haha..pelik jak kan termimpi mcm tu
ReplyDeleteKlau sakit gigi aishh gila nda blh thn, sy suda pi cabut tu gigi geraham bikin sakit semua satu bdn, bgus d cabut
ReplyDeleteAdehhh kalau gigi sakit nie mmg azab kan..baru nie sakit gigi sebab geraham bongsu berlobang..dh xtahan sesgt baru gie klinik gigi cabut..itupun dh delayed dekat 2 minggu..takut dentist!!!..hehehe..
ReplyDeleteAlamak..mimpi budak??..seram lak bile bayangkan..dh follow..;)
semoga cepat baik gigi tu ya...
ReplyDeleteHi biasa pakai listerine untuk meredakan sakit gigi (^_^)
ReplyDeleteFuh sakit gigi memang azab rasanya....Tak boleh tenteram selagi tak cabut.
ReplyDeleteSelamat berkenalan :D
Ada mimpi yg kdg2 buat kita teringat2 dan tertanya2 kan... apa pun, moga cepat sembuh sakit gigi tu ye :)
ReplyDeletesakit gigi mmg tak leh thn. moga cpt sembuh ya
ReplyDeletemungkin budak tu adalah "gigi" yg tengah sakit tu. dia minta supaya anda "let go" kan dia. huhuhu...
ReplyDeletesmoga cepat sembuh cik itah. busyra kalau sakit gg mmg tak boleh nak brcakap dgn org lain. rasa nak marah ja. sbb sakit kan..huhu
ReplyDeleteok seram mimpi tu... takut teringat-ingat sampai bila-bila... huhuhuhu sakit gigi memang tak boleh nak tahan-tahan. moga dapatlah cabut nanti yea... jaga diri...
ReplyDeletepergh.. seram mimpi tu..
ReplyDeleteitah ni mmg pandai guna ramuan dapur buat ubat yer.. macam2 cuba.. bunga cengkih la, bawang putih la.. resourseful betul.. hehehe
alamak aiii... seram nyer!
ReplyDeleteaida ni kalu mimpi seram, sampai ke siang teringat2!