Ni ja gambar duit syiling yang aku ada. Nak google leceh lagi nak kreditkan. |
Duit Syiling | Katanya duit syiling yang kotor macam dekat gambar tu bank (mesin duit syiling) tak terima. Betul kah? Aku pun tak ingat dari mana aku dapat duit syiling tu. Hobi aku sekarang ni suka kumpul duit syiling. Bahagia aku tengok makin hari duit syiling makin bertambah hihi
Bila dah banyak ni takutlah nak simpan dekat rumah nanti tak pasal-pasal aku nangis sendiri kalau jadi apa-apa. So dengan excited nya aku pergilah bank nak masukkan dalam akaun bank konon, masa tu dalam pukul satu ke dua petang..
"hai..sy nak masukkan duit syiling".
"mesin tu dah tak boleh. biasa sebelah pagi ja akan terima. kita datang esoklah ya".
"okaylah..esok pagi sy datang lagi..", kecewa aku.
Esoknya aku datang lagi dalam pukul 9.50 macam tu..
"mesin duit syiling tu dah okay..boleh guna tak?", aku tanya seorang pegawai bank yang kebetulan berada di kaunter pertanyaan.
"belum servis..nanti dalam pukul 10.30 am atau 11.00 am baru okay".
"tak apalah kalau macam tu, nanti sy datang", aku kecewa lagi tapi takpa nanti okaylah tu..bisikku dalam hati.
Sekitar 11.15 pagi aku pergi bank lagi..
"mesin duit syiling dah boleh guna?", aku tanya seorang pegawai lelaki ni..
"alamak..rosak..tidak boleh guna. kami pun tidak boleh buat apa. kena tunggu sampai okay lah baru boleh guna".
Are u kidding me?! Aku rasa macam nak mengamuk ja. Masa tu muka dah serupa muka tinker bell tengah marah. Berapa kali aku nak kena naik turun pergi bank? Nasib baik office aku dekat atas ja. Kalau jauh tak ke menyusahkan. Pergi kaunter kena suruh pakai mesin duit syiling, mesin pula balik-balik buat hal. Menguji kesabaran betul !
Sudahnya sampai sekarang aku belum masukkan tabung duit syiling aku. Aku takda semangat langsung nak pergi bank. Cukuplah aku patah hati hahaha
thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek
Tak cuba dekat tabung haji? Selalunya mesin syiling tabung haji jarang rosak.. Hehehe..
ReplyDeletejauhla sis tabung haji dari ofis sy ni..lagipun sy apa-apa urusan memang pakai public bank shj :)
DeleteBank selalu macam tue. Ana tukar dekat pasar jer. Ramai yang nak duit syiling.
ReplyDeleteyke..nanti nak cuba la hehe
DeleteKira dan asing2kan duit siling tu 5 10 20 dan 50 sen..tuliskan jumlah setiap plastik duit siling tu..sbb pegawai bank tu kira manual kalau mesin rosak..tapi 3 hari bkerja tempoh dia..
ReplyDeleteSelalu sy drop kaunter n tulis ja total dia..pagi hantar, jam5 peg dah call inform duit dah kredit..
Tapi kalau malas kira n asing2kan..nda dapat lah hahaha
3 hari bekerja tu isnin hingga rabu ka? suda kira semua ni haha paham jugak situasi dorg..kita nda jua mau menyusahkan hihi tapi kena suruh pakai mesin jugak ni..x tau la tu public bank haha
Deletemcm2 kerenah pihak bank kan. kalau busyra pun penat la gitu, pergi asyik ada ja alasan. huhu
ReplyDeleteDuit syiling ni kalau masuk handbag beratkan CI. Rebeh bahu hihi....
ReplyDeleteTulah .... selalunya duit syiling kat rumah ni suami bawak tukar dgn makcik kantin kilang dia jer
kesiannya dia....kalau kat bank i ni dah lama budak bank tu kena maki..nasib dapat customer baik cam.cik itah
ReplyDeletekalau tiap2 hari memanjang je rosak, memang boleh naik hangin...
ReplyDeleteSomeone necessarily help to make seriously articles I might state.
ReplyDeleteThis is the very first time I frequented your web page and to
this point? I surprised with the research you made to make this particular submit extraordinary.
Great activity!