Monday, January 23, 2017

Resepi Kari Ayam Kicap

Assalamualaikum & hi

Hari ini aku berkongsi masakan orang bujang lagi hihi. Sebenarnya ini cara mak aku memasak ayam kicap. Kali ini aku try sendiri pula. Kalau nak resepi ayam kicap selain dari resepi ini boleh klik SINI untuk baca.



Resepi Kari Ayam Kicap


Bahan-bahan :
  • Ayam, kentang, bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, kicap masin, kicap manis dan perasa.

Cara-cara :
  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris halus dan kacau.
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Goreng sehingga naik bau
  • Masukkan kari dan masak sehingga kari masak.
  • Masukkan ayam dan gaul sekata.
  • Tambah secawan dua air putih. Kacau dan biar sehingga mendidih.
  • Masukkan kentang dan kacau sekata. 
  • Masukkan kicap masin dan sedikit kicap manis apabila kentang sudah masak
  • Tambahkan garam dan secukup rasa.
  • Siap!

Apa yang paling aku suka resepi ni perghh kuah nya sedap aihh. Selamat mencuba !



thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

11 comments:

  1. Menarik ni..nanti akak nak cuba la

    ReplyDelete
  2. Lagi satu masak macam ini tahan 2 hari dgn syarat jgn letak air banyak-banyak
    Guna kicap cair dan kicap pekat aje. Kakak pun suka:)

    ReplyDelete
  3. kalau letak kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang mmg masakan kicap lagi sedap.. tambah dgn bau dia..

    ReplyDelete
  4. sedapnya ayam! kena try nieyh haha thank you for sharing ;)

    ReplyDelete
  5. Kari kalau dikawenkan dengan kicap mmg pergh Cik Ita....
    Tp hakak masak kicap pun tak goreng ayam dulu. Main lebur jer dalam tu. Cuma kalau nak buh kentang, hakak goreng dulu.

    ReplyDelete
  6. sedap tu combine kari & kicap. nanti nak try. nyumm!!!

    ReplyDelete
  7. Kira dua jenis masakan ni,
    kari ayam dan ayam masak kicap.

    ReplyDelete
  8. Time sorang2 kat umah, ayam kicap la yang selalu kaklong masak..
    Nak try jgk la resepi ni..
    Belom pernah lagi masak sekali dgn kentang.. :>

    ReplyDelete
  9. nampak sedap je...biasa makan kari ayam atau ayam masak kicap. Tak pernah lagi makan kari ayam kicap. lain daripada yang lain.

    ReplyDelete
  10. Baca berkali sebab pelik dgn kari dan kicap. Nampak menarik. Hee nanti siqah cuba :)

    ReplyDelete