You are reading:
CHKME SEO DAN SEO DOCTOR

CHKME SEO DAN SEO DOCTOR

Posted on: Wednesday, January 18, 2017

Assalamualaikum & hi..

Hari ni aku lambat update entri sebab aku adjustkan seo blog sekali lagi. Sebelum ini aku pernah buat entri mengenai seo blog aku 100%. Eh nak adjust apa lagi sedangkan CHKME SEO sudah menunjukkan 100%? Untuk pengetahuan korang aku ada pasang SEO Doctor di pelayar internet aku dimana ia menunjukkan button negative merah seperti gambar di bawah. Mulanya aku sendiri tertanya kalau seo blog sudah 100% kenapa seo doctor masih negatif?


Button merah yang aku bulatkan diatas menunjunkkan bahawa blog aku belum terindeks oleh Seo Doctor kerana blog aku mengandungi canonical url. Apa itu canonical url? Aku bagi satu contoh supaya korang senang faham, contoh ini adalah contoh yang diberi oleh seorang blogger hebat selepas aku bertanyakan apa itu canonical url

Link blog aku pada kebiasaannya ialah https://ramaramapendek.blogspot.my/ tetapi bila aku buka blog melalui telefon pintar url blog aku menjadi https://ramaramapendek.blogspot.my/?m=1. Nampak tak bezanya? Itulah yang dikatakan sebagai canonical url dimana blog yang sama tetapi url yang berbeza. Jadi apa yang kita perlu lakukan, kita kena declare bahawa dua url tadi adalah dari blog yang sama dan bukannya duplicate content.

Selepas aku edit apa yang perlu pada template blog akhirnya aku berjaya mengatasi masalah canonical url. Cuba perhatikan gambar di bawah ini


Gambar diatas menunjukkan prestasi blog aku melalui Seo Doctor. Dari none telah berubah ke 98% namun ia menyebabkan keputusan seo blog aku di Chkme menurun dimana sekarang skornya hanya 80% (great).


CHKME SEO DAN SEO DOCTOR. Alhamdulillah biarpun belum sempurna sekurang-kurangnya blog aku kini semakin mesra seo. Apa yang perlu aku selepas ini ialah fokus pada penghasilan entri yang mesra seo juga. Jika ada sesiapa yang berminat untuk memasang Seo Doctor pada pelayar internet boleh baca entri yang disediakan oleh blogger Hasrul Hassan. Terima kasih blogger HH.

Untuk pengguna blogspot yang ingin mengatasi masalah canonical url, disini aku kongsikan sekali bagaimana aku mengatasi canonical url pada blog aku selepas membuat beberapa carian di google mengenai canonical url.

Perkara pertama yang harus korang lakukan wajib daftar dan verify blog korang pada google webmaster. Cara untuk daftar dan verify korang boleh google, ramai blogger yang menyediakan tutorial tersebut. Tips dari blogger HH. Bila kita sudah hantar sitemap sekali, google webmaster automatically buatkan selepas itu namun sebolehnya adalah lebih baik kita hantar sendiri sitemap sebulan sekali.

Jika cara diatas belum berhasil korang ikut cara ini ;

Klik pada edit html. Jangan lupa untuk backup template korang (ini wajib) untuk keselamatan. Cari kod </head> dan masukkan kod dibawah ini diatas/sebelum kod </head> ;

<link rel='canonical' expr:href='data:blog.url'/>

Jika masih belum berhasil cari kod dibawah ini ;

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Gantikan dengan kod ;

<link rel='canonical' expr:href='data:blog.url'/>

Save dan cek jika ianya berhasil. Nak tahu ianya menjadi atau tidak korang kena install seo doctor di pelayar internet korang. Tutorial yang aku kongsikan ini adalah untuk menyokong canonical url supaya tidak dikenalpastikan sebagai duplicate content oleh enjin carian.

Perlu diingatkan bahawa cara ini tidak semestinya menjadi. Kena trial and error ok. Sekian.

*Nota penting. Memasukkan kod <link rel='canonical' expr:href='data:blog.url'/> boleh mengubah persen seo blog korang di Chkme. So sebelum buat fikirlah banyak kali hehehe. Seo Chkme aku turun lagi ke 78% .. :(


thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Blog sis x sampai pun 60% seo nya. Puas godek sana sini tapi tak naik2 gak. Naik pun 10% jer. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy punya seo di chkme pun turun lagi ni..78% huhuhu..tapi seo doctor naik lagi 99%

      Delete
  2. fenin akak baca blog cik itah arini...
    almaklum tak berapa paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun baru ja ambik tahu pasal seo ni semua hehhe sebelum ni bukan ambik berat pun :)

      Delete
  3. Siqah nak sangat belajar pasal SEO. Cuma masih tak bekesempatan. Huhu. Tak faham nanye bila baca entri cik itah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siqa punya seo doctor da ok..78%..
      bestnya pasang seo doctor di pelayar internet kita ni..kita bole nampak sama ada blog tu mesra seo atau x.. :)

      Delete
  4. Nice sharing..nk test jugak lah..duplicate content mmg banyak blog aku hmmm..nk cari penyelesaian jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. seo doctor blog elih terbaik..85%..
      mostly blog yang urlnya...www.com.. seo doctor memang terbaik !

      Delete
  5. alaamak. confusing. tapi topic menarik. I pun kena belajo bab bab ni

    ReplyDelete
  6. yui mmg tak reti bab ni..huhu..haruuu sgguh.

    ReplyDelete
  7. nice share.. dah lama x check.. dulu beriya2 kejar.. skrg dah malas kot.. hehe.. sekdar suka2 je..

    ReplyDelete
  8. Entahlah kakak memang tak ambik pusing SEO ni semua:)

    ReplyDelete
  9. Saya ni memang tak tau langsung apa itu canonical url. Apa itu CHKME SEO. Kat blog ni saya main tulis je.

    ReplyDelete
  10. X pernah check kalau check mesti blog sis JM ke laut

    ReplyDelete
  11. bestnya cik itah blog seo tinggi. busyra punya cek dekat google hritu rendah je. huhu. x tau nak betulkan mana lg.

    ReplyDelete
  12. tq for sharing.. SEO kita teruk betul.. huhu

    ReplyDelete
  13. Tq perkongsian ilmunya Cik Ita. Hakak punya blog, blog biasa biasa aje....tak masuk senarai seo kotnya hihi...

    ReplyDelete
  14. Uuu.. Tingginya. Best2..
    Kaklong pun tak reti bab SEO ni.. Pakai tulis je apa2 nak tulis..
    PAsni banyak kene blaja ni..

    ReplyDelete